Saturday, February 28, 2009

Musim kahwin



Selamat Bertunang buat Yatt dan pasangannya Zulkifli..

Buat pasangan pengantin baru Ain dan suami,Selamat Pengantin Baru (erk..gambar tak upload sebab pengantin dah salin baju biasa masa datang..lewat sangat datang..)

Dan buat sahabat saya lagi..Naziha dan suami,Mukhriz..Selamat pengantin baru juga.Moga kalian berbahagia ke anak cucu.Maaf tak dapat datang sebab ada hal yang perlu diselesaikan lewat petang tadi..

Semoga dapat melayari alam rumah tangga dengan penuh sempurna..

Thursday, February 26, 2009

Our Memories Together Will Forever Be Cherish In Our Heart


Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka
sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada
sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan
kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia
berbuat keutamaan kepadanya.

Wednesday, February 25, 2009

Doa untuk sahabat

"Wahai Maha pengasih, jika sahabatku jatuh cinta, benihkan cintanyapada seseorang yang melabuhkan cintapada-Mu.Agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMu.Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh hati,izinkanlah dia menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada-Mu.Agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah.Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-mu.wahai maha Penyayang,Jika sahabatku rindu,jagalah rindunya pada-Mu.agar dia tak lalai dari merindui syurga-Mu".Ya Allah,lindungilah dia sebaiknya.

Allah ada berpesan dalam al-Quran,barangkali yang kita suka tidak elok buat kita dan barangkali yang kita benci itu sebenarnya yang terbaik buat kita.Wallahu'alam

Monday, February 23, 2009

Kita apa yang kita fikirkan

Orang yang berfikir akan kemarahan marahlah ia, orang yang berfikir akan keresahan resahlah ia orang yang berfikir kasih sayang datanglah ia kasih sayang.Semuanya bermula daripada apa yang kita fikirkan.Semuanya bermula di kepala.Betul apa yang difikirkan betullah jadinya.salah yang difikirkan salahlah jadinya.

Apa yang ada di kepala ni pula datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala akan cuba direalitikan oleh diri.Apa yang cuba direalitikan oleh diri itulah sebenarnya kita.

Kalau kita meletakkan perkataan malas di hati, perkataan itulah yang sampai di kepala dan perkataan itulah yang akan menguasai diri, maka jadilah kita seorang yang malas.Kalau kita sering berkata tak boleh, maka kita tidak menjadi seorang yang serba-serbi tidak boleh sebabnya kita telah set dalam fikiran kita bahawa kita tidak boleh.

Sekadar peringatan kepada diri sendiri supaya sentiasa berfikiran boleh untuk melakukan sesuatu dan tanggungjawab ini walaupun keadaan sekarang sukar sekali.Terima kasih kepada rakan2 kumpulan tugasan yang memahami saya tidak dapat hadir ke kampus pada waktu malam kerana perjalanan jauh.Tugasan pasti saya akan saya laksanakan juga!

Friday, February 20, 2009

Happy Birthday to Amsyar Harith


Selamat Hari Lahir yang ke 1 tahun..
Semoga Amsyar menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah, Rasul dan kedua orang tua..
Pak Chu hanya mampu mendoakan sahaja..
Dah 1 tahun anak sedara pak chu ni tapi tak boleh manja2 lagi dengan mama n ayah sebab mama kata tahun ni amsyar akan dapat adik lagi.(tahun ni pak chu dapat 2 orang anak sedara lagi..alhamdulillah..)


sambutan hari jadi amsyar mama kata kena buat biasa2 je sebabnya bapak tiada.Kalau bapak ada, tentu amsyar asyik didokong sahaja.

Kan seronok kalau ada pak long n family, pak ngah, mak ngah, akak piqah n akak pipah, mama tati, abah zul, abg jajiq n acu siti tapi semuanya duk jauh dari jb.

Selamat Hari Lahir Amsyar Harith

Thursday, February 19, 2009

Bila bunga-bunga berguguran


Hidup ini tidak selalunya indah.Bila kita berada dalam keadaan duka, Allah kurniakan kita kegembiraan bagi mengubati hati yang duka.Bila kita berada dalam keadaan suka, dengan sekelip mata Allah boleh menarik nikmat suka itu.

Tiada manusia yang inginkan kedukaan tetapi sebenarnya dengan kedukaan itulah yang mendekatkan kita kepada Maha Pengasih.Begitulah lumrah alam.Kadang-kadang kita tak pasti adakah kita ini insan yang betul-betul kuat dan tabah.Ujian demi ujian Allah berikan untuk menduga manusia.

Langit juga tidak selalu cerah, alam juga turut merasainya.Bunga-bunga yang berguguran juga menunjukkan alam turut merasai kesedihan itu.Seolah-olah ingin turut sama merasai kedukaan itu.

p/s: Buat pertama kalinya, air mata saya berguguran kerana seorang perempuan ibarat bunga-bunga yang berguguran.Kepada awak, saya maafkan kesalahan awak sebabnya mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya.

notakakikukumalu :
Kata-kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerana selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Monday, February 16, 2009

Maaf, tiada sambutan di hari lahirmu..

Istimewa untuk awak..maafkan saya kerana tiada yang istimewa untuk saya menyambut hari yang istimewa untuk awak.Bukan saya lupa tapi keadaan tahun ini tidak mengizinkan.

Saya tahu awak betul2 memahami situasi saya sekarang...sehingga hari ini saya belum meraikan awak walaupun sudah masuk hari ke 4 selepas tarikh lahir awak (12 Feb)..Maafkan saya....

"Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan awak untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan awak supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Sering awak bertanya...kenapa mesti memilih awak? Ermm....Kenapa saya memilih awak? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih awak. Saya sudah sholat istiqarah, dan saya semakin mantap memilih anda.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 23 TAHUN

Moga awak sentiasa mendapat keredhaan dari Allah Taala.InsyaAllah.. Hari lahir awak mengingatkan saya kepada arwah bapak saya yang mana tarikh lahirnya adalah pada hari lahir awak juga (12 Feb).."

Al-Fatihah

Tag-kenapa mesti 6?

Saya nak settlekan tag yg dibagi oleh abg chime.yg abg chime nak adalah seperti berikut :

• Go to your photos folder in your computer.
• Go to the 6th folder of photos.
• Go to the 6th picture in that folder.
• Put the picture on your blog and description of it.
• Invite six friends to join the challenge.
• Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Alamak!..saya takde folder pic sampai enam.yang ada sampai empat je.xpe kan abg chime?huhuhu..tapi abg chime dh kata tag ni mudah..letak je gambar.pic ni adalah folder ke empat tapi gambar ke keenam.Ok kan?

ni la gambarnya..gambar semasa sambutan hari raya aidiladha tahun lepas...opss...ni bukan sesiapa..ni la adik saya.Satu2nya adik saya yang saya ada..Semoga adik akan tabah menjalani kehidupan tanpa seorang ayah.Apa yang penting jangan abaikan pelajaran dan mudah2an adik akan grad dengan cemerlang.Semoga kita sama2 dapat membina kekuatan demi emak.Ok stop!tak nak sedih2 sebabnya kalau tak makin panjang lagi ayat yang nak ditaip.

Jeng3..sekarang saya nk jemput 6 kawan2 saya untuk buat tugasan yg sama-dir, cik yana, khairil,siti bum-bum,dr.salam ngn kak eidafatiha..

ok settle..

Thursday, February 12, 2009

[Hari ke 13] Hadiah Untuk Bapak

Hari ini genap usia arwah bapak yang ke 56 tahun..

Tiada yang istimewa dari kami anak beranak melainkan doa yang dikirim untukmu..

Moga bapak tenang dan damai di sana..Amin ya rabbal alamin..

Lepas asar semalam, sempat saya ke kampus semula untuk menghadiri tazkirah bersama ahli kumpulan dan penyelia studio.

Saya tertarik dengan sepotong hadith yang dibacakan.Semoga ianya dapat dilaksanakan kami adik beradik sebagai hadiah untuk arwah bapak.

Terjemahan dari Abu Usaid As-Saidi r.a berkata :
Ketika kami duduk bersama Rasulullah s.a.w tiba2 datang dari seorang lelaki dari Bani Salama lalu berkata "Wahai Rasulullah s.a.w, apakah masih ada kesempatan lagi untuk berbuat baik kepada kedua orang tuaku setelah keduanya meninggal?Jawab Nabi s.a.w Mendoakan keduanya, meminta ampun untuk keduanya, melaksanakan wasiat keduanya, menyambung tali silaturrahim kerabatnya, dan memuliakan teman2nya.
(Diriwiyatkan oleh Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Al-fatihah...

notakakikukumalu :

Peringatan untuk diri sendiri supaya kuat menempuhi hari2 yang mendatang tanpa seorang ayah :Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, tapi rindukan mati kerana mati adalah pintu berjumpa dengan Allah.Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Friday, February 06, 2009

[Hari ke 7] Bapak tidur buat selamanya

Dimulakan dengan kalimah basmallah..

Al-fatihah untuk Allahyarham Hj. Maskur Bin Atmom.

Semoga bapak aman di sana. InsyaAllah anak-anakmu sentiasa akan mengiringi doa sebagai hadiah yang cukup berharga bagi almarhum ayahanda.

Hebat sungguh dugaan Allah Taala.Tatkala kasih sayang masih diperlukan, jika Allah berkata kun fayakun, maka dengan sekelip mata Allah akan menarik nikmat yang diberikan.Saya gagahkan juga untuk menempuhi hari2 mendatang tanpa seorang ayah.Sekarang kami adalah sumber kekuatan emak.

"Ya Allah, jika ini ujian yang diberikan oleh-Mu supaya kami lebih mengingati Mu, kami redha Ya Allah.."

Masuk hari ke 7 bapak meninggalkan kami, masih terbayang2 lagi gurau senda bapak bersama kami.Lantaran itu, saya tidak sanggup lagi membuka kedai untuk berniaga seperti selalu almarhum lakukan.Saya tak cukup kuat untuk pijak ke kedai milik bapak.Apatah memijak dan menjalankan urusniaga di kedai, memandu kereta di jalanraya depan kedai juga sudah cukup membuatkan hati ini menangis.Masih terbayang2.

Semalam Allah menguji kami lagi.Kedai kami nyaris dijilat api.Ya Allah, menggigil dan ketakutan saya semasa memandu menuju ke tempat kejadian.Fikiran berkecamuk.Macam2 yang difikir.Hebat dugaan Allah kepada kami.Hampir 2 meter sahaja kedai nyaris terbakar.Rumah jiran di sebelah kedai kami hangus dijilat api.Innalillah....mujur anak2 semuanya selamat.Jiwa saya ingin merintih.Jika kedai dijilat api...bagaimana kami nak hadapi situasi sebegini.




Sekali lagi Al-fatihah untuk arwah bapak saya Allahyarham Hj.Maskur Bin Atmom.Terima kasih kepada saudara mara, jiran tetangga, orang masjid dan rakan2 yang hadir ke majlis tahlil.Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pensyarah dan rakan2 utm, warga sek.keb taman suria dan rakan2 blogger yang mengadakan majlis tahlil untuk arwah.Jemput hadir sekali lagi ke majlis tahlil allahyarham pada

Hari : Sabtu
Masa : Lepas Isyak
Tempat : No 26, Jalan Bayan 64, Taman Megah Ria, 81750, Masai.

Semoga Allahyarham akan lebih tenang di sana.Amin ya rabbal alamin.

Sunday, February 01, 2009

Al-fatihah untuk arwah ayah saya.

Salam..

Saat saya menulis entri ini, hati dan jiwa saya masih dalam tidak keruan.

Al-fatihah untuk arwah ayah saya Allahyarham Hj.Maskur Bin Atmom yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu 31 Januari 2009.

Semoga ayahanda ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman.Amin.

Doakan saya tabah menghadapi hidup2 akan mendatang tanpa seorang ayah.

Muslim Ilusi VS Yahudi Realiti

Menjawab persoalan mengapa umat islam tidak dapat berbuat apa-apa dikala pengganasan yahudi berleluasa, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti”(Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.


Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?


Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.


Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.


Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.


Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.


Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.


Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.


Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.


Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan? Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.


Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

PERJUANGAN KITA WALAUPUN BUKAN DI MEDAN PEPERANGAN TAPI KITA BOLEH TERUS BERJUANG DENGAN MEMBOIKOT YAHUDI LAKNATULLAH.

TERUSKAN MEMBOIKOT!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails