Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 03, 2012

Sekejap je masa! Safiyyah Irdina dah 4 bulan setengah

Fuhhhh.. bersawang dah blog ni.. sampai ada sarang labah2 tergantung dah..

Assalamualaikum Semua!

Sekejap je masa berlalu..sedar tak sedar anak dah 4 bulan lebih. Sampaikan anak lahir pun tak sempat nak update! Alahai.. Biasa lah.. ada anak ni macam2 nak buat. Aku kalau boleh dari A sampai Z nak tahu pasal anak. Kalau boleh nak anak ada depan mata je. Tapi mana la boleh kan.. tanggungjawab seorang ayah mencari nafkah untuk keluarga.So, sayang anak kena tinggal2kan untuk bekerja.

Tak tahu nak update apa.. Nak update pasal kerja, Oh! Sangat boring nak cite pasal kerja. Siang dah seharian kerja, malam tak boleh sangat cite pasal kerja. Lagipun Legoland Malaysia dah siap.. cuma nak finalkan apa2 yang pending lagi.. Kalau nak list kerja yang pending memang banyaklah kan..  Baik aku cite pasal anak. Safiyyah Irdina semakin pandai. Kalau orang tanya anak dah pandai apa? Aku akan jawab anak dah pandai nangis kuat2.. hahaha. Sebab bila dalam hari, aku perhatikan Safiyyah tak pandai nak nangis kuat2. Tapi dalam usia macam ni, bila mama dia lewat sikit bagi susu, dia dah pandai nangis kuat2 minta nenen!Bila sumbat je nenen terus diam!

Selain dah pandai nangis kuat2, Safiyyah dah pandai senyum dan ketawa. Tapi bukan lah ketawa macam orang besar..cuma kalau orang agah dia, dah dah boleh kasi respon ketawa kekek kekek. Time dia senyum dan ketawa la rasa hilang segalan penat kerja seharian. Penawar yang paling mujarab utuk hilangkan stress ialah senyuman Safiyyah Irdina.

Safiyyah Irdina Saiful Bahri

Memandangkan kepala Safiyyah takde rambut sangat, tiap kali keluar Safiyyah kena pakai riben sebabnya nanti ramai yang tanya lelaki ke perempuan. hahaha. Dan.. tiap kali keluar mesti kena standby bib sbbnya Safiyyah suka main buih2 kat mulut.. (orang tua2 kata budak kecik kalau suka main liur, dia gugurkan rambut mama dia) tapi, memang betul rambut mama dia banyak dah gugur.

Safiyyah Irdina,
Ayah dan mama sentiasa doakan Safiyyah menjadi anak yang solehah, menghormati orang tua, sentiasa menjaga kehormatan diri dan moga perjalanan hidup sentiasa diberkati Allah.

Semoga anak ayah membesar dengan sihat dan sempurna. Amin.

Love,
Ayah n mama

Saturday, May 05, 2012

Setahun Sudah..

MAMA,
sudah setahun kita hidup bersama. syukur dan terima kasih. Ucapan lain ayah dan ucap...

MAMA,
Ayah tak jumpa lagi nama yang ayah suka utk baby..nanti ayah cari dan cari lagi ok.

MAMA,
All d best!

with love,
AYAH

Thursday, January 12, 2012

Senarai Nama

  1. Mohd Qamaruzzaman
  2. Nor Afiqah
  3. Ammar Hakimi
  4. Nuzula Auliyaurrahmah
  5. Ariff Hidayatullah
  6. Ammar Hakimi
  7. Muhammad Aqil Haziq
  8. Nur Afifah Mahirah
  9. Amsyar Harith
  10. Akif Hadif
  11. Muhammad Luqman Nasif
  12. Arif Zakwan
  13. Jihan Fakhirah
  14. Amni Dhia Aisyah
Nasib baik ingat semua.. cuma mungkin senarai teratas tak ikut turutan. Sekarang anak buah buahan dah mencecah 14 orang. 5 gegurl dan 9 boboi. Kalau awal2 dah ramai gegurl confirm dah jadi flower girl pakchu kan..

Ada lagi 2 orang..

  1. Ahmad Shafiq
  2. Amira Shakeela
Yang ni anak2 buah2an belah keluarga isteri.

Pakchu epol dan chu ena / Pak ngah dan cik ngoh doakan kalian semuanya sihat. Moga jadi anak yang soleh dan solehah dan berbakti kepada kedua orang tua.

Jangan nakal2 dan sayang semua!


Monday, November 07, 2011

Happy Engagement Anniversary..



Alhamdulillah. Hari ini genap setahun ikatan pertunangan kami berdua dan kini kami telah pun disatukan dengan ikatan pernikahan yang sah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah, emak, adik beradik, umi ayah dan adik beradik ipar.

Ada kisah di sebalik majlis pertunangan kami ini. Pada mulanya.. hajat emak hanya ingin datang mengenali keluarga bekas tunang saya dan kini telah memegang sebagai status isteri saya. Tapi bila difikir-fikirkan balik, tidak elok datang dari jauh tapi tiada apa-apa persiapan. Perancangan kami berdua tidak mahu ditunangkan. Kalau boleh mahu disatukan terus jika diizinkan kedua belah pihak keluarga. Bukan apa, jarak dan waktu kami tidak sama. Saya di Johor dan isteri bekerja di Kuala Lumpur. Majlis yang akhirnya menjadi majlis sarung cincin ini juga semuanya tidak disangka. Nasib masa tu saya membawa baju melayu ungu.. last-last minit isteri saya cakap yang ayah nak sarung cincin untuk saya.

Saya dengan tak malunya masuk ke dalam rumah mendengar perbincangan antara kedua keluarga. Memang tak malukan?? hahaha. Sepatutnya pasangan lelaki mana boleh datang. Itu kata orang. Tapi mak dan pakcik kata masuk je. Tak salah pon dalam agama> Sekurang-kurangnya kalau ada apa2 bantahan saya boleh ajukan terus.. Ceh.. bila dan duduk depan bakal ayah mertua dan kini telah pun menjadi ayah saya, mana berani nak bantah kan? Ikut je la cakap orang tua.. Insya Allah ada keberkatan nya.

Perbincangan antara keluraga tidak meyebut langsung pasal tarikh pernikahan. Yang penting jangan tunang lama-lama. Kalau dah ready, jalan terus je... hahaha. Cuma bila ayah mertua saya tanya bulan 5 ok? Saya bagi isyarat ok! ayah cakap, pasal tarikh dia serahkan pada saya dan isteri untuk bincang bersama. Hoorey... ayah kata pilih tarikh yang senangkan kedua-dua belah pihak.

Alhamdulillah, majlis yang cukup simple dan hanya dihadiri keluarga terdekat ini akhirnya kami telah disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Terima kasih buat emak, Hjh Hindun binti Hj Mimfari, ayah mertua Hj Ab, Rashid bin Yaacob, Ibu mertua, umi Hjh Azizah binti Md Nooh, adik beradik yang saya sayangi. pakcik dan makcik yang membantu dan tetamu yang hadir. Saya tahu pada majlis pertunangan kami, ada kawan dan kenalan yang berkecil hati kerana tidak memaklumkan pada mereka. Bukan kami merahsiakan cuma biarlah majlis pertunangan ini diketahui oleh kaum keluarga dan saudara mara yang terdekat dulu.

Tidak mengapa jika saya dikata, tetapi di mana pula mahu diletak sabda Nabi,


“Rahsiakan tentang hal pertunangan dan hebahkan hal perkahwinan”

Saya petik penulisan dari Abu Saif yang menyatakan :
Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.


Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.



See.. baju tunang kami diguna pada hari raya. Walau warna ungu kami tidak sama.. Tetapi kami tetap kelihatan happy kan? hehehe


Terima kasih kepada bekas tunang saya yang sama-sama menjaga diri dalam tempoh masa pertunangan kita. Kepada bekas tunang dan kini telah pun menjadi isteri saya, terima kasih atas pengorbanan dan kesediaan berkongsi hidup bersama saya. Kesederhanaan menjadi daya penarik antara kita berdua.

Sunday, October 30, 2011

6 Bulan sudah

Alhamdulillah.. genap sudah 6 bulan ikatan perkahwinan kami. Awal 3 bulan perkahwinan memang banyak cabaran. Itu isteri saya yang kata. Saya rasa begitu tapi tak luahkan pada isteri dulu. Nak tunjuk ego pada isteri kononnya. hahahaha

3 bulan pertama memang banyak cabaran dan dugaaannya. Masa ini lah baru nak kenal dan tahu rentak pasangan masing-masing. Isterilah yang banyak bersabar. Cara saya menggosok baju bagaimana pun dia ingin turuti demi mahu menjaga hati saya. Masak nak rasa apa pun dia akan tanya pendapat saya. Minum nak manis lebih atau kurang pun dia juga tanya pendapat saya. Terima kasih isteri kerana bersabar dan terima kasih juga kerana berjaya menaikkan berat badan saya sebanyak 8 kilo selepas berkahwin. OMG!.

Sedangkan lidah lagi tergigit inilan pula pasangan suami isteri kan. Yang saya dapat pelajari, bila isteri komplen itu ini, suami kena diam dan dengar dan bila suami komplen itu ini, isteri juga kena diam. Kena fikir positive apa yang dikatakan.

Sentiasalah berdoa supaya keharmonian keluarga sentiasa dapat kita pupuk hingga ke akhir nafas.Hidup saling melengkapi adalah tunjang kesempurnaan.

Terima kasih sayang..

Gambar 2 bulan selepas kawin. thanxs to mansur and is sbb jd photographer suka2 kami. Kami takde OP sendiri. Wife pon pakai lipstic je sbb tak pakai mana2 MUA. haha

Friday, September 16, 2011

4 Bulan yang lalu...

4 bulan yang lalu...
27 Jamadil Awal 1432

27 Jamadil Awal 1432


24 Jamadil Akhir 1432..

Doakan kebahagiaan kami hingga ke syurga.

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami anak kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.."-Al-Furqan :74

Saturday, May 28, 2011

♥ SAVE THE DATE 28.05.2011

Dear beloved friends, bloggers, ex-colleagues & et all,

You are cordially invited to celebrate the wedding uniting Saiful Bahri & Siti Nor Sakinah on Saturday, 28 May 2011.

P/S: Do leave ur address if u want the invitation card ya :)

See u there...

AIE ENA

Tuesday, February 15, 2011

Wednesday, December 15, 2010

Saya sayang mak saya!

2 bulan kebelakangan ini saya dilanda kesibukan yang amat amat amat sangat. Ceh.. nak tunjuk betapa sibuknya saya. Ya! kawan2 satu opis pun terasa kebahangan sibuk sejak kebelakangan ini. Kalau la badan ni boleh dibelah-belah, sikit buat tender, sikit ke CCM Meeting, sikit ke site meeting, sikit ke site valuation, sikit buat payment. Saya guna perkataaan KALAU. Padahal benda tu tak kan berlaku dalam diri kita.

Masa untuk berehat diri sendiri pun tak ada. Kadang2 bising jugak mak bila tengok asyik aku sibuk dengan kerja je sampai masa untuk diri sendiri takde. Cuti tahun ni pon masih berbaki 10 hari lagi. 7 hari aku forward ke tahun depan dan nak tak nak aku kena habiskan 3 hari cuti sebelum akhir tahun ini. Kalau la ada anugerah pekerja yang tak rajin ambil cuti, agak2 boleh dapat tak bos? hahaha

Saya yakin dalam kesibukan pasti ada hikmah di sebaliknya. Bak kata orang, ilmu dan pengalaman tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Ianya perlu dicari, digali dan harus diaplikasikan. Pernah jugak saya mengeluh pada emak terlalu penat bekerja sampai hampir setiap malam saya akan sampai jalm 10 malam. Balik rumah sudah tentu masa untuk tidur saja. Tapi Alhamdulillah, mak sentiasa memberi dorongan dan kata2 positif.. kerja bukan senang kan. Nak hidup senang, kita kena bersusah dulu. Atas sebab mak faham dengan situasi kerja saya lah, mak banyak membantu untuk membuat persiapan majlis nanti. Bila mak dah dapat quaotation dari kawan2 mak, mak akan update pada saya tanya ok tak kalau kos macam ni, macam tu. Kalau mahal bagi saya, saya cuba nego dengan orang yang mak deal. hahaha.. yang penting budget tidak lari.

Tiap hari ada saja mak update itu ini. Betapa prihatinnya mak sampaikan saya sendiri yang serba salah. Bukan saya malas tapi saya tiada masa lagi untuk cari itu ini. Sabtu ahad pon kadang2 datang bekerja sampai ke petang.

Buat mak, terima kasih mak. Kasih sayang mak takkan berhenti walau saya akan berkongsi hidup dengan seorang yang kini bergelar tunangan saya. Harap dia juga mengerti....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails