Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 21, 2009

Tahniah dan terima kasih. Kalian adalah terbaik!

Dua hari yang lepas, saya berjumpa dengan seorang sahabat saya yang saya anggapnya sebagai seorang adik. Niat di hati memang ingin berjumpa dengannya kerana sudah lama kami tidak berjumpa selepas dia telah menamatkan pengajiannya. Sekalung tahniah saya ucapkan kepadanya atas majlis graduasi baru-baru ini. Niat di hati mahu berjumpa ketika langsungnya hari keraiannya sebagai graduan yang telah menggenggam segulung ijazah tetapi atas sebab peribadi, saya tidak dapat bersama-sama meraikan kejayaannya.

Alahai Chah..maafkan saya kerana tidak dapat hadir pada waktu itu. Sungguh! Saya tidak melupakan kamu sebagai seorang sahabat yang banyak membantu saya. Apatah lagi kehadiran dari bumi kenyalang sepatutnya saya sambut dan raikan kejayaan kamu bersama. Saya cuba mengatur waktu pertemuan untuk berjumpa dengannya. Fikir saya lebih baik saya berjumpa pada hari Khamis kerana pada hari tersebut, dia akan terbang semula ke bumi kenyalang atas tuntutan sebagai pekerja pula..

Dalam kesibukan saya pada hari Rabu untuk berjumpa dengan responden bagi mendapatkan data kajian, saya menerima pesanan kiriman ringkas menyatakan bahawa dia ingin berjumpa di salah satu pusat membeli belah bersama keluarganya. Mujur waktu tersebut tiada lagi janji temu dengan beberapa pihak responden. Saya terus memandu menuju ke tempat yang dijanjikan. Dalam kesesakan lalulintas pada waktu pentang, fikiran saya mula resah apabila memikirkan banyak masa yang dihabiskan oleh sahabat saya dan keluarganya untuk menunggu saya. Berjumpa dengannya ddan keluarganya membuatkan hati saya riang. Perjumpaan yang singkat itu sekurang-kurangnya saya dapat belajar tentang erti sikap saling menghargai antara sahabat.

Kepada chah dan family, terima kasih kerana sudi berjumpa walaupun terpaksa menunggu dalam masa yang agak lama. Terima kasih juga atas ole-ole dari bumi kenyalang..


Kek lapis sarawak dan cenderamata dari bumi kenyalang..

Tahniah dari saya. Anda adalah terbaik! Selamat pulang ke negeri bumi kenyalang..

Sekalung penghargaan terima kasih juga kepada kak maiyah atas award yang diberikan kepada saya.

Mengenali kak Maiyah dalam alam maya ini membuatkan saya sering rasa bertuah. Kesukaran dalam kehidupan yang kak maiyah hadapi membuatkan hati dan perasaan saya berkocak sedih apabila memikirkan dalam dunia ini, tidak semua nikmat akan kita perolehi berkekalan. Kisah-kisah kak maiyah mengingatkan saya kepada seorang kenalan lama saya yang telah lama kami tak bersua tetapi akhirnya saya bertemu kembali dengannya di facebook. Ketabahannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Komputer walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda untuk hadir ke kuliah yang lokasinya jauh dari kampus akhirnya membuahkan kejayaan apabila baru-baru ini, dia berjaya menamatkan pengajiannya. Saya kagum dengannya! sedangkan berjalan kaki ke bilik kuliah saya mengeluh penat, apatah lagi dia yang berkerusi roda. Fikir saya, tentu lagi penat!

Tahniah Ruzimi! Semangat kental dalam diri kamu membuatkan saya semakin semangat untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang.

Walau siapa pun kita, kita tetap pandang anak bulan yang sama. Salam Ramadhan!

Wednesday, August 19, 2009

Kunang-kunang

Malam ini,
Aku adalah kunang-kunang..
Yang bisa terbang..
Mencari arah yang hilang..
Dalam gelap aku terang..

Siang nanti,
Aku bukan lagi kunang-kunang,
Aku impikan untuk menjadi rama-rama nan indah,
Yang bisa terbang bebas,
untuk melihat segalanya.....

Tetapi,
Aku lebih suka menjadi kunang-kunang,
Kerana senja sentiasa menanti aku.
Untuk terus abadi di sana..

Sunday, August 16, 2009

Harapan

Dari masyrik berkelana ke maghrib, dari paksina mengembara ke daksina. Ku belajar, mengamati, menilai & menafsir setiap perjalanan hidup penuh berliku. Mudah2an aku sampai ke destinasi dengan pengalaman dan pengajaran yang berharga, mengajar aku untuk hidup lebih bermakna lagi.

Sepulau rindu segunung kasih segenggam sayang
Selaut resah sepantai gundah menghempas jiwa
Jiwa berkemelut mencari penawar
Jika ke hujung dunia...sanggup ku kembara
Agar mendapat setitis penawar duka nestapa

Takkan sungguh seluang dilaut, dipukul ombak balik ke pantai, layar ku tiup rindu menderu, hajat bergalas langit nan ringan...menuju biduk ke pelabuhan rindu, melunas dendam kerinduan menggunung yang tinggi.

Mudah-mudahan semuanya selamat...Perasaan itu betul-betul mencengkam jiwa..

Thursday, August 13, 2009

Hero baru PakChu


Sape2 yang nak kenal ngan kita, jom la g melawat blog ayah kita..ayah kita dah ceritakan pasal kita..kita lahir 12 ogos 2009..lambat 4 hari dari Amzar Hasif.

Untuk hero pakchu yang baru ni..semoga menjadi anak yang soleh dunia akhirat..Ajak ayah balik johor lepas ibu abis pantang ye..hehehe

Saturday, August 08, 2009

WelcOme to the WOrld..080809




Semoga kelahiran anak buah pakchu yang ke 9 ini sentiasa mendapat keberkatan dari Allah. Pakchu doakan semoga menjadi anak yang soleh..Amin..

Ingatkan dapat baby girl..rupanya baby boy lagi..Apa pun pakchu ucapkan Alhamdulillah sebab anak pakchu sihat dan selamat. Kepada Ammar Hakimi dan Amsyar Harith, kalian ada adik baru,,jangan nakal2 ye..

Dan pakchu juga akan dapat anak buah yang ke 10 pada pertengahan bulan ini. baby boy juga!

Allah berfirman,
“ Aku perlindungkan engkau, wahai bayi, dengan kalimat Allah yang sempurna, dari setiap godaan syaitan, dan setiap pandangan yang penuh kebencian. “

Thursday, August 06, 2009

Kawan..aku tak marah.

Malam semalam, fikiran jadi tak tentu.Meninggalkan ibunda di rumah bersendirian kerana terpaksa bermalam di kampus. Banyak perkara belum diselesaikan lagi untuk dihantar pagi tadi.Belum ada sebarang persediaan untuk esoknya. Terus menanti di satu tempat untuk tujuan perbincangan. Akhirnya waktu yang dijanji berlalu begitu sahaja sehingga jam 10 malam baru kelihatan kelibat mereka. Siapakah yang salah?

Kawan, aku tak marah tapi aku tak suka bila masa tak ditepati dan kerja-kerja dilakukan pada saat-saat terakhir. Maaf jika aku menegur kalian dengan suara yang agak tinggi sehingga masing-masing mendiamkan diri. Aku faham, jadual masa kita tidak sama tapi perlu diingat yang utama tetap perlu diutamakan.

Sungguh! aku benci melakukan kerja pada saat-saat terakhir kerana tiada kesempurnaan di situ walaupun pembentangan semalam mendapat pujian. Moga perkara sebegini tidak berulang untuk tugasan yang akan datang.Itu yang aku harapkan!

Moga hari-hari yang lain, Allah mengizinkan kita untuk menjadi seorang yang menepati masa supaya tidak menyukarkan pihak lain. Salam nisfu sya'ban...

Sunday, August 02, 2009

Yang sudah tu sudah la...

Entri penuh jiwa kacau..hanya sekadar luahan..

Sejak kebelakangan ini saya dilanda dengan kesibukan yang amat sangat.Mungkin pengurusan masa saya yang lemah menyebabkan saya rasa sebegitu sehinggakan saya malas untuk menghasilkan entri terbaru walhal dalam beberapa hari ini banyak sangat cerita yang ingin saya kongsikan bersama. Sampaikan ada seorang rakan saya mengatakan blog saya dah bersawang..Ceh...nasib baik takde binatang-binatang buas...hanya labah-labah je..hehe

Saya faham..bukan mudah untuk melupakan seseorang tapi jika orang tersebut tidak mencintai kamu, apakah kamu terus-terusan untuk mencintai dia walhal kamu sudah tahu jawapannya? Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi kan lebih indah jika menyayanginya tanpa mengharapkan sesuatu perasaan apapun darinya.

Kita hanya perlu satu minit sahaja untuk menghancurkan seseorang, Satu jam untuk menyukai seseorang, Satu hari untuk mencintai seseorang, Tetapi memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang... Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu dengan orang yang tidak tepat. Jadi ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat kita akan tahu betapa berharganya anugerah tersebut. Cinta adalah ketika kita membawa perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan dan menemukan bahawa kamu peduli dengan dia........

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kita harus membiarkannya pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka... Tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka bagi kita.Itu kesalahan yang sering dilakukan oleh kita bernama manusia.

Teman yang terbaik adalah teman dimana kita dapat duduk bersamanya dan merasa terbuai dan tidak pernah mengatakan apa-apa dan kemudian berjalan bersama. Perasaan seperti itu adalah percakapan termanis yang pernah kita rasakan. Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai juga!!!

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai itu tumbuh di dalam hati mereka, tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh di dalam hati...

Ada hal yang sangat ingin kita dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang dari mereka kita ingin dengar. Tetapi jangan sampai kita menjadi tuli walaupun kamu tidak mendengar dari seseorang yang mengatakan itu dari hatinya . Jangan pernah berkata selamat tinggal jika kita masih ingin mencoba. Jangan menyerah selama kita merasa masih dapat maju. Jangan pernah berkata kita tidak mencintai orang itu lagi bila kita tidak mampu membiarkannya pergi...

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan... Kepada mereka yang masih percaya walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang masih mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan Jangan melihat dari wajah, itu bisa menipu.

Jangan melihat kekayaan, itu bisa menghilang. Datanglah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Berharaplah kamu dapat menemukan seseorang yang dapat membuatmu tersenyum.

Cukup cubaan untuk membuat kita kuat.Cukup penderitaan untuk membuat kita menjadi manusia yang sesungguhnya, Dan cukup harapan untuk membuat kita bahagia. Selalu letakkan dirimu pada posisi orang lain. Jika kita merasa bahawa itu menyakitkan kita. Mungkin itu menyakitkan orang itu juga.

Kasih itu sabar, kasih itu murah hati, ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tetapi kerana kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala..

Yang sudah tu sudahlah..jangan diungkit kisah lama kita..saya sedia untuk menghulurkan tangan untuk memberi bantuan, menadahkan telinga untuk mendengar tiap luahan hati kamu, memberikan mulut ini untuk saling ingat mengingati dan memberi sepasang mata ini untuk menangis bersama-sama jika kamu dilanda kesedihan. Cuma saya pinta, saya tak mampu menjadi terbaik untuk awak. Walaupun awak kata itu alasan tapi bukan itukah pilihan kita?

Saya jadi keliru.....

Tuesday, July 28, 2009

Ala omak...kawinkan aku...

Selesai sesi kuliah, saya lepak bersama kawan-kawan sekuliah untuk lunch sambil bersembang kosong. Dalam kehangatan bersembang, topik yang amat menarik perhatian kami adalah mengenai perkahwinan.Ya! KAHWIN!

Memandangkan ini semester terakhir kami, seorang sahabat saya menceritakan mengenai persiapan kahwinnya yang belum dilakukan dan majlisnya dirancang akan diadakan pada bulan 12 ini. Saya fikir, tinggal beberapa bulan sahaja dan jika dilakukan pada saat-saat akhir, pasti ada sahaja yang tidak sempurna. Tapi bila diterangkan bahawa majlisnya diuruskan sendiri oleh emaknya, saya dan rakan-rakan yang lain menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya ada yang menguruskan. Dan bukan persiapan dari material yang kami harapkan tetapi kami lebih mengharapkan sahabat saya ini lebih bersedia dari segi mental, rohani dan fizikal untuk menempuhi kehidupan baru pada akhir tahun ini. Bila difikirkan semula, untuk mengadakan majlis perkahwinan memakan masa sampai bertahun lamanya tapi majlisnya hanya 2 hari sahaja dan kita belum pasti kehidupan selepas perkahwinan bagaimana pula..

Kisah ini benar-benar terjadi kepada sahabat kepada sahabat saya yang ingin melangsungkan perkahwinan pada bulan 12 nanti. Katanya, seoarang sahabatnya, bila menjelang hari perkahwinan, tiba-tiba dia rasakan dia tak nak kahwin dengan lelaki tersebut padahal lelaki tersebut memang baik dari kaca mata saya. Dan bila diajukan kepada emaknya bahwa dia tidak mahu kahwin dengan lelaki tersebut, emaknya terkejut dan terpaksa meneruskan majlis kerana kad sudah diedarkan kepada tetamu dan emaknya berkata lepas berkahwin, terpulang pada anaknya untuk bercerai atau meneruskan kehidupan sebagai suami isteri. Astaghfirullah! saya mengucap panjang bila emaknya hanya mampu memberi cadangan sebegitu.

Sahabat saya bercerita lagi, semasa pergi ke majlis kahwin sahabatnya itu, malam pernikahan hanya diiringi dengan linangan air mata di bilik kerana dia betul-betul tidak bersedia untuk berkahwin walaupun sudah melalui proses berkenalan, bercinta sehingga bertunang. Mungkin jadi tawar hati. Walaupun majlisnya diadakan secara besar-besaran tapi saya dapat bayangkan apabila sahabat saya kata, baju pengantinnya dan barang hantarannya tidak sesempurna mana kerana dia menyembunyikan barang-barang tersebut daripada emaknya. Alahai....sedih juga bila suasana perkahwinan diraikan sebegitu rupa.

Akhirnya, kehidupan yang sepatutnya dirasai dengan penuh kebahagiaan sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebagai satu sandiwara sahaja apabila di depan keluarga walhal mereka tidak pernah memenuhi nafkah batin sebagai pasangan suami isteri dan si isteri hanya mampu menangis bila menghubungi sahabat saya untuk meluahkan segalanya dan dia hanya meletakkan dalam tempoh terdekat ini untuk berpisah membawa haluan masing-masing tetapi si suami tetap memujuk untuk bersama-sama menempuhi kehidupan. Betapa kasihnya si suami walaupun si isteri sebegitu.

Dalam apa juga situasi yang dihadapai oleh mereka, kami hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka. Berbincanglah sebaiknya bagi mengharmonikan suasana perhubungan yang telah dipilih itu kerana yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Friday, July 24, 2009

Di kesempatan ini

Hanya sekadar entri carca marba. Maklumlah, sementara saya masih tidak dibebani dengan tugasan di kampus dan saya masih ada kesempatan ni, saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang mengingati.



Kedua-duanya saya terima dari miSS GaZa..terima kasih ya..


Yang ni pula dai sahabat saya, Dir. Dir bukan bagi award saje2 tapi kena tag sekali..Adoii..tapi takpelah..memandangkan tugasan yang perlu dihantar pada pensyarah telah saya hantar, saya siapkan juga tugasan ini..

THREE NAMES I GO BY

Kalau di rumah, family panggil epol@epong. Di kalangan kawan2, saya dikenali sebagai Aie.Nama ni saya dapat dari senior2 sejak duduk di asrama semasa di tingkatan 1 tapi kalau kawan2 sekolah rendah dan cikgu, saya dipanggil Bahri..


THREE JOBS I HAVE HAD IN MY LIFE


Saya pernah duduk di atas kerusi yang empuk sebagai bos sambil pusing2kan kerusi melihat staf2 saya melakukan kerja.Time tu memang terasa nikmatnya apabila ada asset sendiri, staf sendiri dan semuanya dalam keadaan mewah. Memang seronok…OK2..cukup..itu tipu je..disebabkan dulu arwah ayah saya seorang peniaga, maka saya juga bekerja sebagai pembantu kepada ayah saya suatu ketika dahulu..Tapi betullah..melibatkan diri dalam dunia perniagaan melatih kita untuk menjadi seorang yang sentiasa positif.Percayalah..Selain peniaga, saya juga melibatkan diri dalam kerja separuh masa..maksud saya..belajar tapi ambil upah buat kerja..Biasanya kerja-kerja ni jika saya ada kelapangan je saya terima.Kerja yang melibatkan ukur kuantiti bahan binaan.Yes..i’m like it!hahaha..Dan satu kerja lagi saya pernah lakukan ialah kerja di stesen minyak petronas lepas SPM.Waktu tu hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya saya apabila ada seorang cina yang berlagak marahkan saya mencalarkan keretanya..Padahal memang dah calar..Saje nak cari sebab la tu..hahaha


THREE PLACES I HAVE LIVED


Saya pernah tinggal di kawasan sting garden (setinggan).Tapi saya akui duduk di setinggan memang menyeronokkan..Macam2 perkara boleh dilakukan..Ada je aktiviti dengan kawan2..Kemudian, arwah ayah saya membeli rumah pangsa di Taman Melok, time tu rasa memang tak seronok sebabnya duduk terperap macam di dalam sangkar..Tingkat 4 plak tu saya duduk..walaweii…takde lif plak flat tu..Bila adik beradik dah besar, mak ambil keputusan beli rumah di Taman Megah Ria, Masai..walaupun rumah tu takla besar sangat tapi bersyukur sebabnya tak payah naik turun tangga..


THREE TV SHOWS THAT I WATCH


Secara jujurnya, saya jarang menonton TV tapi sejak akhir2 ni bila hari Jumaat jam 9 malam, saya mesti berada di depan TV untuk menonton rancangan Nur Kasih..Suka sangat tengok panorama ciptaan tuhan dalam cerita tu…kadang2 sampai saya bayangkan saya berada dalam situsai cerita tersebut..cewah…


THREE PLACES I WANT TO GO (right now)


3 tempat yang saya nak pergi sekarang adalah masjid sebabnya nak tunaikan solat jumaat..Lepas tunaikan solat jumaat, saya ke masjid lagi bersama ibunda tercinta sebab ada gotong royong sambutan Isra’ Mikraj pada esok hari dan malam ni saya akan ke rumah Alumni Utm untuk majlis kesyukuran perkahwinan ayah sahabat saya..Tahniah untuk buji!


THREE OF MY FAVORITE FOODS


Saya takde spesifik makanan yang saya suka sebabnya semua saya telan tapi makanan yang membuka selera saya bila ada udang masak sambal, tumis budu serta ulaman dan mee rebus.


THINGS I AM LOOKING FORWARD TO


Sudah tentu perkara pertama yang saya lihat dan bersedia adalah kematian.bila baca buku tentang kematian, memang menakutkan sebabnya masih belum ada persediaan lagi..Keduanya menghabiskan pengajian ini dengan jayanya dan mendapat kerja yang baik. Seterusnya, saya harus membincangkan sesuatu perkara bersama ibunda tercinta..Rujuk ibunda dulu untuk perkara yang ini..


THREE PETS THAT YOU HAVE OWNED


Saya takde binatang peliharaan..Bukan benci tapi memang tiada kesempatan untuk memiliki binatang peliharaan..tambahan pula, saya amat takut dengan anak kucing,,terutamanya yang baru lahir..Alamak..bocor plak rahsia..


Ok.Selesai sudah.Lega..Saya taknak tag siapa-siapa. Untuk Dir, dah takde hutang ye. Maaf lambat buat tugasan ni sebabnya baru settle dengan tugasan yang akan dihantar kepada pensyarah..tapi siapa yang sudi buat, saya alu2 kan..

O..lupa..sebelum buat entri ni..saya sempat juga menyediakan sarapan untuk anak2 buah saya..Amsyar dan Hakimi. Sarapan yang cukup ringkas sebabnya pakchu tak pandai memasak lagi. Hanya roti berintikan telur rebus.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails