Saya mulakan dengan salam kepada semua. Assalamualaikum w.b.t
Bulan ni saya disoal bertubi-tubi tentang sesuatu perkara. Saya sebagai anak hanya mengikut je apa yang emak mahukan. Kalau baik kata mak, baiklah untuk saya. Kalau itu yang emak mahu dari saya, itulah yang akan saya berikan. InsyaAllah.
Ya, mungkin fikiran orang tua tak sama apa yang kita fikirkan tapi cuma saya perlukan masa untuk berbincang dengan adik beradik dulu. Ya la, saya ada abang, saya ada kakak dan saya juga ada adik. Selagi mereka ada, saya perlukan perbincangan dan pendapat dari mereka. Kalau si abang kata ok tapi si kakak kata tak ok atau sebaliknya, maka saya perlukan emak untuk buat keputusan dan ambil suara majoriti. Kalau semua kata ok, saya lagi suka! Yeay! (boleh lompat-lompat kegirangan)
Tadi pagi lepas menziarahi kubur arwah bapak, mak ajak ke kedai a*d*m*n jumpa kak leen. Ya Allah! macam terlalu awal. Saya cuma ikutkan je. Mak tanya itu ini pada kak Leen tu..bla...bla..bla..bla...pastu Kak Leen kata kalau betul nak dia, kena booking awal 6 bulan dari tarikh Perghhh..! cuak siot aku. mak nak jugak khidmat Kak Leen tu jugak since my sisters dah guna khidmat dia masa big day mereka. Mana tak cuaknya. Aku macam taklah terfikir advance sampai macam tu sekali. Cuma tiap kali mak borak dengan aku, mesti tanya pasal ni..Mak macam paham yang aku dah kerja takde langsung masa nak keluar cari makwe, dating tengok wayang, makan berdua. Sebab tu mak risau kot! hahaha.. cuma sekarang aku masih gila kerja. Aku rasa kerja adalah tanggungjawab. Lagipun since adik aku dah habis study, tak risau sangat aku nak stay back lewat malam di opis. Ok, jangan cerita pasal kerja. Sampai tutup mata pun kerja tak akan habis.
Dalam perkara macam ni, aku rasa aku dah boleh fikirkan sesuatu. kalau nak harapkan adik beradik mereka pun teramat bz. Cuma aku harapkan sokongan dari mereka je.
Mulai sekarang aku dah boleh buat budget itu ini. Budget untuk diri sendiri dan emak memang dah ada. cuma budget untuk perkara sebegitu aku belum buat elok2 lagi. Kalau start buat budget dari awal, InsyaAllah tak over budget. Kalau boleh biarlah ianya saving dan memberi kepuasan kepada semua pihak. Nanti aku proposed budget tu pada mak. Kalau mak kata, dia ada tempat lagi murah. Aku follow mak.
Lagipun anak-anak buah aku pun dah besar. Boleh la aku hire mereka sebagai flower girl! yeah!
Comelkan kalau aku gandingkan Kimi n Fiqah dan Haziq n Fifah.. fifah kata pakchu dengan puteri raja ke? Alahai anak pakchu yang seorang ni....
Takde lagi alasan siapa yang masuk rumah saya ni jadi takut. Itu mamat yang pegang pistol tu saya dah kasi buang kerja! hahaha. Saya buat rumah baru yang simple je. Cukup hanya saya gantung langsir merah sebagai hiasan.
Ok. Takde apa yang nak bagitahu. Saya cuma ada tambah list blog baru sebagai rujukan pada masa akan datang. Biar mudah nak survey mana yang ok, murah dan puas hati. Bagi yang tak perasan sila abaikan.
Dua hari lepas, aku ada baca fakta tentang i-City di Shah Alam. Memang betul, kalau tak tahu mesti ada yang sangka ianya satu kawasan tempat menarik di luar negara. Kawasan yang dipenuhi dengan lampu warna warni. Pernah juga aku melihat gambar kawan-kawan di facebook yang berlatarkan pemandangan di I-City. Memang cantik! Tapi malu pula nak tanya mereka ambil gambar di mana. Untung jugak aku tak tanya,,kalau tak mahunya kena bambu dengan kawan-kawan sebab tak tahu lokasinya.
Kalau aku ke Shah Alam mesti tak berkesempatan nak ke sana. Padahal dari rumah abang aku ke sana bukan lah jauh, cuma tak berkesempatan sahaja. Tengok tu, anak-anak pakchu bergumbira bersama nenek dan achu e.t ke sana. Mesti seronok.
Lepas ni, tak kira jugak...kalau aku sampai ke Shah Alam, aku nak ke sini jugak! (sambil hentak2 kaki..hahahaha) mana tau boleh tunjuk gambar pada kawan-kawan dan kelentong mereka yang aku telah ke luar negara..hahahaha
::aku takde entri best, sekadar mengisi masa lapang di waktu hujan yang menyebabkan aku terpaksa lepak di rumah.
Seminggu kebelakangan ini, saya terlalu busy dengan tugasan kerja di pejabat. Banyak lagi perkara yang perlu saya belajar bagi memantapkan kerjaya dan diri sendiri. Ok! stop pasal kerja. Kalau cerita pasal kerja memang tak habis sampai pejam mata.
Saya teruskan dengan cerita terbaru saya. Saya mula merajinkan diri ke gym. Ok! jangan fikir saya ke gym untuk bina badan berketak-ketak. Saya tak minat untuk memiliki badan macam tu. Saya ke gym atas tujuan untuk fitness dan keluarkan peluh setelah seharian duduk di pejabat. Sekurang-kurangnya badan tidak dipam-pam untuk menjadi semakin mengembang seperti sekarang. Hahahaha.Harap2 amalan ke gym akan mantain sampai saya memang tidak ada kesempatan untuk ke sana. Lagipun, harga untuk sebulan memang murah. Berbaloi-baloi orang kata. Lagipun memang tengah berazam untuk maintainkan berat badan. Cewahhhh..
Ada seorang opismate saya akan berpindah ke tempat kerja baru. Memang sedih sebab dia salah seorang rujukan saya juga. Semoga beliau lebih berjaya di tempat lain. Kepada staf baru yang baru masuk dan akan masuk nanti, saya ucapkan selamat bekerjasama dengan kami semua. Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Itu harapan saya kepada staf baru... Cewahhh lagiii...
Kimi dan echa ada beli "lapotop" baru. Satu warna pink dan satu warna biru. Siap tunjuk pada pakchu lagi yang laptop Kimi boleh baca alif, ba, ta dan kenal angka dalam bahasa arab. Tapi tak jamin la laptop Kimi dan Echa ada warranty ke tidak kan?? hahaha.. Kalau rosak, Kimi ngan Echa yang akan jadi pomen sendiri. Baru je pakchu simpan angan-angan nak beli Mini Hp time PC fair minggu depan nanti, tengok-tengok Kimi dan Echa dan belu dulu "mini laptop jenama Apple" buatan china tu.
Hujung minggu ni saya makin menjadi gila akibat seseorang. Demam ra. ya.nun.dal.wau makin menjadi-jadi. I lef u.
Orang belah sana dah dapat kerja. I'm happy for her. Congrates! Kerja elok-elok. Dapat gaji boleh belanja saya. =) Jangan selalu makan hati dengan saya ya!.
Kepada saya, selamat masuk bulan Julai yang memang akan bz menggila! Kerjalah bersungguh-sungguh. Kalau semua dilakukan dengan sunguh-sungguh, InsyaAllah pasti ada ganjaran. Cuma lambat atau cepat sahaja. Ok, bye. Bak kata suara dalam laptop Kimi, Ilal Liqa' (Jumpa lagi...)
Dah seminggu budak-budak naik sekolah. Aku tengok Kimi sikit pon takde sindrom kemalasan untuk pergi sekolah. Walau pagi hari dia akan tidur bila mama hantar ke rumah, tapi bila aku cakap van sekolah dan sampai, dia dengan semangatnya bangun untuk pergi sekolah. Harap-harap semangat Kimi sentiasa kekal sampai dewasa.
Tadi pagi, sebelum pergi ke kerja, aku dan Echa sarapan bersama. Mak sediakan bihun goreng. Tambahan pula ada ikan, makin menjadi la Echa makan. Mujur dia tak minta pakchu yang suapkan. Kalau tak makin lambat pakchu nak gerak pergi ke tempat kerja. Sedang leka Echa makan di dapur, aku panaskan enjin kereta dahulu. Tengok jam pukul 7.45 pagi baru aku salam mak dan gerak ke opis.
Tiba-tiba aku dengan Echa jerit dari dapur panggil “Pakchu..pakchu….”
Aku biarkan je dulu. Tapi rupa-rupanya dia lari ke pintu. Ingatkan nak ikut pakchu ke kerja tapi rupa-rupanya nak salam sebelum aku gerak ke kerja. Alahai…pakchu lupa la Echa, memang selalu Echa akan salam aku sebelum aku kerja. Walau dia nakal macam orang yang dah umur 4 tahun tapi sikapnya yang pandai ambil hati membuatkan aku sukar nak marah. Mujur baby Hasif dah ada dalam buai. Kalau tidak, baby la paling kalut nak kejar pakchu naik kereta sama.
Cuma pakchu ralat sikit, time cuti sekolah pakchu tak bawa anak-anak pakchu round2. Pakchu busy dengan urusan pakchu. Anak-anak pakchu yang kat shah alam pun pakchu tak bawa lagi ronda-ronda2 kan.. nanti balik JB pakchu bawa ronda2 k. apatah lagi anak pakhu yang kat Kelantan…erm..nanti kalau dah ada semua, kita sewa lori la untuk jalan-jalan.
Harap-harap anak pakchu semua sihat semuanya. Tahun depan kakak Pikah pulak dah nak ke sekolah rendah. Cepat je masa berlalu…Bila pula pakchu akan tamatkan zaman bujang ye! Tunggu dapat sponsor dari mama, ibu dan ayah anak-anak pakchu la baru pakchu kahwin..=) Baru boleh anak-anak pakchu jadi flower girl and boy kan?
Memandangkan bulan ini saya dipenuhi dengan undangan majlis perkahwinan rakan-rakan, saya ingin berkongsi dengan kawan-kawan lelaki di luar sana yang akan menjadi bakal suami suatu hari nanti. Artikel ini saya terima dari 'orang belah sana'. Terima kasih atas perkongsian maklumat ini..
Artikel ini dipetik dari salah seorang penulis terkenal iaitu saudara Hilal Asyraff
Dua hari lepas, semasa makan-makan dengan ahli rumah, timbul perbincangan berkenaan bila dah jadi suami nanti. Biasanya, apabila disebut fasal perkahwinan, orang sibuk membicarakan perihal pasangan yang hendak dikahwininya. Tetapi yang terharunya saya dalam perbincangan tengah makan itu, kami membicarakan bagaimana keadaan diri kami untuk menjadi suami.
“Al-Quran pun tak banyak baca.” “Masjid pun tak istiqomah pergi” “Subuh pun liat nak bangun” “Kekemasan rumah pun susah nak jaga”
Ya. Bagaimana agaknya bila sudah berkahwin? Mungkin orang sibuk berfikir bagaimana mendalamnya cinta mereka kepada pasangan mereka boleh pergi selepas kahwin nanti. Tetapi entah kenapa, saya berfikir apakah aku ini mampu nak didik isteri dan anak? Mampu nak pimpin mereka untuk dapat redha Allah? Mampu nak didik mereka untuk menghala ke syurga? Kalau kita berhenti pada persoalan mampu atau tidak, sudah bersedia atau tidak, mungkin hingga mati kita tidak akan dapat jawapannya kalau sekadar berfikir-fikir demikian.
Maka saya mewujudkan satu persoalan lain yang lebih ‘bumi’ untuk difikirkan. “Sudahkah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi suami yang baik?” Realiti sebuah pekahwinan Seronok bila kahwin.
Saya tak pernah nampak lagi orang yang berduka bila hendak berkahwin. Tetapi saya suka, dalam keseronokan perkahwinan, seseorang itu perlu memandang bahawa perkahwinan adalah gerbang kepada dunia yang lebih besar dan panjang. Jangan dilihat bahawa perkahwinan itu adalah Majlis Perkahwinan yang dihadiri ramai orang, tempohnya hanya sehari, disertai pelbagai program dan majlis makan sahaja. Tetapi selepas Majlis Perkahwinan itu wujud satu perjalanan panjang. Dan bukan keseronokan sahaja yang wujud di dalamnya. Kita akan tinggal dengan pasangan kita dalam kebanyakan masa 24 jam sehari. Tidur dengannya, bangun dengannya, makan dengannya, tinggal bersamanya, dan bila ada masalah serta cabaran kita bersamanya.
Dan tiada orang pada saya, bercita-cita berkahwin hanya sehari dua. Kemudian bila Allah izin dapat anak, dengan anak pun sedemikian. Kita bersamanya dalam kebanyakan masa 24 jam sehari. Dan saya tak rasa ada orang yang nak anak dia mati selepas 2-3 hari. Bersama mereka. 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan entah berapa tahun dalam kehidupan kita. Majoritinya mencecah puluhan. Kalau tak berusaha untuk bersedia, apakah akan terjadi sepanjang pengharungan alam yang panjang itu?
Suami adalah contoh Bayangkan ya, dalam sepanjang kehidupan kita berumah tangga nanti, kita adalah seorang yang selalu bangun lewat subuh, jarang sungguh membaca Al-Quran, tidak pula menjaga kebersihan, apatah lagi masih suka melakukan dosa, bagaimana agaknya pasangan kita? Ini adalah tanggungjawab besar selain memberikan nafkah. Menjadi contoh yang baik kepada isteri dan anak-anak.
Saya tidak dapat membayangkan kita bangun lewat Subuh dan isteri ikut bangun lewat sama kerana kita tak bangun awal Subuh. Anak juga kemudiannya terbiasa bangun lewat Subuh sebab kita tak kejutkannya Solat Subuh. Saya tidak dapat membayangkan kita jarang sungguh membaca Al-Quran sehingga isteri pun rasa tidak mengapa tidak membaca Al-Quran. Anak juga kemudiannya rasa susah hendak suka dengan Al-Quran sebab kita pun jarang membaca Al-Quran. Saya tidak dapat membayangkan kita masih suka buat dosa, jauh daripada Allah, sehingga isteri pun nanti rasa tidak kisah atas hal yang sama kerana merasakan itu perkara biasa. Anak juga kemudiannya rasa yang dosa itu bukan dosa sebab dia melihat kita melakukannya seakna itu perkara halal dan mendapat pahala sahaja.
Bagaimana? Tidakkah terasa bahawa berusaha ke arah persediaan adalah sesuatu yang urgen? Yang akan dipersoal di akhirat Suami, bapa, ketua keluarga, itulah yang paling berat persoalannya di hadapan Allah kelak.
Satu perkara yang kita perlu ingat adalah kita akan dibangkitkan di hadapan Allah dan akan dipersoalkan. Maka bagaimana agaknya persediaan kita untuk menjawab persoalan Allah akan hal keluarga kita?
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” Surah At-Tahrim ayat 6.
Bagaimana pula kalau kita yang menjadi penyebab mereka ke neraka? Bukankah itu menyedihkan?
“Katakanlah lagi: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan keluarga mereka pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.” Surah Az-Zumar ayat 15.
Adakah kita hendak menjadi orang yang merugikan diri dan keluarganya sekali? Ketahuilah. Kahwin itu bukan sekadar majlis perkahwinan, dan tanggungjawabnya bukan sekadar nafkah.
“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132.
Dan yang hendak memerintah, pastinya perlu melakukannya bukan? Memang kalau nak tunggu sempurna tak akan sempurna Memang kalau sekarang kita tanya diri kita, apakah aku telah sempurna untuk berkahwin, nak jadi contoh, memang tak akan kita mampu jawab sempurna. Jadi, apakah kita tidak boleh berkahwin sebelum sempurna? Tidak. Saya tidak kata demikian. Memang tidak akan ada manusia yang sempurna.
Tetapi setahu saya, ada manusia yang berusaha ke arah kesempurnaan itu. Sebab itu, persoalan yang saya timbulkan adalah, apakah kita telah berusaha untuk bersedia? Semasa bujang kita mula jaga kekemasan, semasa bujang kita sudah usaha menyelesaikan hal Bangun Subuh, semasa bujang kita usaha memperkuatkan hubungan dengan Allah, semasa bujang kita usaha biar diri cinta dengan Al-Quran dan kebaikan, semasa bujang kita sudah usaha meninggalkan dosa-dosa dan memperkemaskan banyak amalan. Apakah kita telah berusaha membiasakan diri kita untuk menjadi contoh?
Penutup: Saya percaya bahawa rumah tangga yang terbaik, adalah yang Allah redha Saya percaya bahawa, rumah tangga yang terbaik adalah yang mendapat keredhaan Allah SWT. Dan saya pula percaya bahawa manusia tak akan mampu menjadi baik tanpa usaha. Sebab itu saya kira, hendak membina rumah tangga yang baik, maka manusia perlu berusaha untuk bersedia.
“Ala bro, lepas kahwin nanti baru fikir lah” Ya. Mungkin boleh. Tetapi bagaimana agaknya kalau terlewat? Baru hendak berubah, anak dan isteri pula telah pekat dengan amal kita sebelum berubah. Bagaimana? Mengapa bila dikurniakan masa ketika bujang, tidak kita gunakan? “ala, benda ni benda dah kahwin la bro. Pelajar-pelajar kena fikir belajar aja” Oho.
Maaf. Guru saya kata, hal perkahwinan kena fikir semasa dari tingkatan satu lagi. Ia menjana kematangan. Bukan fikir nak kahwin dengan siapa. Tetapi fikir nak hidup macam mana lepas kahwin nanti. Maka, apa kata kita jangan lewat-lewatkan usaha kita? Mengapa tidak dari sekarang?
Saya teringat kata-kata seorang ulama’: “Ada beza orang yang beriman di awal Islam, dengan orang yang beriman selepas Fathu Makkah.” Fikir-fikirkan. “Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132.
Fahmi(Lone) n Nor
Farid n Ijun Kimi n Noraini #Tahniah buat rakan-rakan yang telah mendirikan rumahtangga. Semoga sentiasa mendapat keberkatan Allah. Bulan ini nampaknya bulan berasmaradana...hahahaha...
Kalau kita diberi dugaan yang maha hebat oleh Allah, terimalah seiring dengan usaha kita untuk menangani cabaran dan dugaan itu. Allah tahu, hamba-hambanya yang diberikan cabaran adalah insan-insan yang terpilih di muka bumi. Mengapa kita mengeluh? ya, sebabnya kita belum bersedia untuk terima dugaan yang menimpa-nimpa..aku juga tidak sekuat itu jika diuji sebegitu hebat sahabat...
Bersabarlah sahabat kerana jika kita tidak diuji kita akan terus alpa dan hanyut.....
Aku akan terus ambil kekuatan dalam diri kalian untuk terus bersama-sama hadapi kehidupan. Aku yakin kamu lebih kuat untuk hadapi semua itu..
Buat orang belah sana.....semoga ayah cepat sembuh. Kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Sumbangkan keringat walau sepenat mana pun...
Dan juga buat sahabat merangkap seperti saudara kandung saya...Semoga lebih kuat ya! Sekarang terbukti orang-orang yang mempunyai hasad dengki ditunjukkan juga akhirnya..Ambil pengajaran supaya jangan mempercayai orang lain sepenuhnya..
Juga buat sukarelawan negara...jasa dan misi baik kalian hanya Allah yang boleh membalas. Sungguh hebat dugaan kalian ditahan oleh insan yang tidak mempunyai hati dan perasaan..
Bersyukurlah! Allah menguji kalian dengan hebat sekali. Kalau aku diletakkan di tempat kalian, belum tentu aku boleh menghadapinya....
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
Seminggu kebelakangan ini, saya seolah-olah dihempap dengan batu yang amat besar. Rasa sakit, tertekan yang amat dan kadang2 sampai terasa seperti hati ini disiat-siat. Kalau dulu saya bersemangat untuk memulakan hari, tapi seminggu kebelakangan ini saya mula amat tidak seronok untuk memulakan hari-hari kerja. Rasa down yang amat sangat. Tapi di sebalik perasaan down yang saya alami, sekurang-kurangnya ia mengajar saya untuk bekerja dengan lebih keras dan menjadi lebih kuat lagi untuk hari-hari yang mendatang. Entah! mungkin saya mengalami kejutan dengan suasana bekerja seperti ini. Tekanan yang amat sangat sampai saya rasa lemah untuk memulakan kerja.
Mujur, tiap kali balik kerja, emak lah tempat saya luah segala. emak la yang sudi meminjamkan telinga untuk mendengar tiap keluhan saya. Dan mulut emak la yang sudi memberi kata perangsang dan sokongan untuk hari-hari mendatang. Kalau dulu saya bisa tangani sendiri tapi minggu ini, saya perlukan seseorang untuk saya luahkan segalanya. Sekurang-kurangnya saya berasa lega sedikit apabila sudah diluahkan pada emak yang sentiasa mendengar.
Satu prinsip saya, saya tidak akan berhenti mengalah walau apa jua cercaan dari sesiapa. yang penting saya dapat belajar sesuatu dari mereka yang bijaksana. Dalam usia muda ini, saya rela diri saya dimarah asalkan marah itu ada sebabnya tapi sampai bila akan bertahan kan?
Yang penting diri kena kuat dan sentiasa belajar dan terus belajar dari orang sekeliling. Nak menjadi seorang yang berjaya, bukan hanya tahu dari satu aspek sahaja. Semuanya kena ambil tahu!
Saya tahu, Allah itu maha mendengar..maha kaya dan maha mengetahui...sebab itu dia letakkan saya dan kawan saya terlibat sama dalam projek ini.
Ya! kami antara orang2 yang terpilih untuk memikul tanggungjawab yang saya rasa berat juga untuk dipikulnya.
Yang saya mampu...Istighfar , istighfar dan terus istighfar supaya keadaan sentiasa tenang.
Terima kasih buat mak yang sudi mendengar segala luahan saya sepanjang seminggu ini....
InsyaAllah..diri ini semakin kebal untuk hari2 mendatang. Allah meletak kita dalam sesuatu keadaan mungkin ada sebabnya. Fikirkan Saiful! (hanya untuk memotivasikan diri sendiri...)