Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 23, 2009

Kita apa yang kita fikirkan

Orang yang berfikir akan kemarahan marahlah ia, orang yang berfikir akan keresahan resahlah ia orang yang berfikir kasih sayang datanglah ia kasih sayang.Semuanya bermula daripada apa yang kita fikirkan.Semuanya bermula di kepala.Betul apa yang difikirkan betullah jadinya.salah yang difikirkan salahlah jadinya.

Apa yang ada di kepala ni pula datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala akan cuba direalitikan oleh diri.Apa yang cuba direalitikan oleh diri itulah sebenarnya kita.

Kalau kita meletakkan perkataan malas di hati, perkataan itulah yang sampai di kepala dan perkataan itulah yang akan menguasai diri, maka jadilah kita seorang yang malas.Kalau kita sering berkata tak boleh, maka kita tidak menjadi seorang yang serba-serbi tidak boleh sebabnya kita telah set dalam fikiran kita bahawa kita tidak boleh.

Sekadar peringatan kepada diri sendiri supaya sentiasa berfikiran boleh untuk melakukan sesuatu dan tanggungjawab ini walaupun keadaan sekarang sukar sekali.Terima kasih kepada rakan2 kumpulan tugasan yang memahami saya tidak dapat hadir ke kampus pada waktu malam kerana perjalanan jauh.Tugasan pasti saya akan saya laksanakan juga!

7 comments:

CikYana(",) said...

miss u la inchik aie..
adkh anda sehat??

CikYana(",) said...

tau xpe..
moral of de story..
jgn sekali2 gne IE okeh..
idup Mozilla..hukhuk..

fahruzzaman.Ismail said...

nyata kebenarannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Di dalam diri manusia ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak, itulah dia hati.”

manfaatkan...

heeeeeee...

Tirana said...

This is law of attraction..

Kapten Luffy said...

aku nak fikir yg best2 ler..

Anonymous said...

Yurp, btul tu, kerana apabila kita memikirkan sesuatu, ia kan menjadi sebahagian mind setting kita. so, always thinks positively..

Sis Lin said...

ermm mmg betul tu aie...kita kdang2 selalu memikirkn org lain dr diri kita..tp kita x terfikir apa kah org itu jgk memikirkn kita di sini...ssh nk di ramal,rambut sama hitam,hati lain2 kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails