Sekalipun kita tidak boleh menerima teguran ibu, bapa atau adik beradik kita..jangan sesekali memanjangkan rajuk kita itu..teguran itu bukan untuk siapa..tetapi untuk kebaikan kita juga..Pulanglah ke kampung halaman walaupun sekejap wahai sahabatku..tangguhkan dulu segala urusan lain kerana mereka lebih penting dari segalanya..
Jangan disebabkan kita sudah bermisai lebat dan kuat tulang-tulang, kita menjadi seperti anak yang selalu menggonggong kepada ibu bapanya.Rajuk itu sudah jelas menunjukkan kita telah derhaka dengan tindakan kepada mereka.Ketahuilah oleh kita, ibu bapa telah memelihara kita dari kecil dengan baik, memberi makan, pakaian dan minum, mendidik hingga menjadi orang cerdik pandai, rela tidak tidur demi kita, rela tidak makan asal kita kenyang dan bahkan mahu bersusah payah supaya kita bahagia.
Tapi, jika teguran mereka kita tidak boleh terima, sudah cukup baik kah kita melakukan sebegitu?
Sahabat..pulanglah walau sekejap..salam dan peluklah mereka sepuasnya sebagai tanda kemaafan kerana merekalah harta yang paling berharga…
15 comments:
Tanpa ibu dan bapa..siapalah kita...
aku dah lama tak balik. aku dah hampir tujuh bulan tak jejak kaki di kampung halaman. tapi aku tak balik bukan sebab rajuk. aku tak balik bukan sebab derhaka. aku tak balik sebab kekangan kerja yang tak mampu aku elak. tapi hujung minggu ni aku balik kampung. ya hujung minggu ni aku balik!
Bila kita dah tua..sorang demi sorang anak kita akan pergi..begitulah perasaan ibu bapa kita saat ini. Satu hari nnti hidup kita pun akan kosong. Penuhilah impian ibu bapa selagi mereka masih hidup.
nsibaek skg ni still stay ngn parents
xtau laa nnt cane...
Alhamdulillah...dua minggu sekali, insyaallah akak balik kampung. setiap kali balik, akak akan cium mak dan abah puas2, borak2 dgn mak abah...dan cuba sedaya upaya untuk buat mak abah happy. setiap kali nak berangkat balik pulak, akak akan minta ampun dan maaf sekiranya ada perbuatan akak dan suami yang menyinggung hati mak dan abah...dan akak tak pernah lupa untuk cakap "Mak abah...Na sayang sangat mak dengan abah..." biasanya, dah masuk dalam kereta...mesti akak nangis bila tengok mak dan abah lambai tangan ucapkan selamat jalan...
salam singgah...thanks sbb komen kat blog saya
Sebak (-_-)
tula..queen pun da lama tak balik...
nie weekend tak kira la sape pun nak buat appointment, i'm not available...please try again later...hehehehe
mesti balik nie kene perli cuckop2..hahaha....lantokla..yang penting aku balik...
chaiyok2!!
Rindu ngan mak bapak aku di kg..huhu..
slalu rindu parents..smgu byk kali kol.rase tak puas..huhuhu
:) ingatlah jasa ibu bapa
hmmm...
kimi nak balik hujung minggu ni.. dah lama tak balik.. bz jer..
kalau tak call mama sehari..rasa tak lengkap pulak...siapala kimi tanpa mereka..
nice n3! lama tak singgah..
budak2 skang pantang ditego,melenting pastu lari..
dia xtau parent riso ke ape. geram pulak akk ni..ekekeke
dulu masa dok kl... sebulan sekali saya akan balik jumpa mak dan ayah... mesti... sekajap pun tak pe...
sekarang ni tiap-tiap hari saya akan balik... hehehe... sebab sekarang memang dah duduk dgn diorg...
hargailah mereka sementara masih ada masa... Berbakti pada mak dan ayah... esok-esok Allah akan ganti pula dengan menganugerahkan pada kita anak-anak yg taat dan dengar kata juga... IsyaAllah...
esok balik rumah ..
yeay ..
:D
:))
:)
Post a Comment