Sejak pakchu dah kerja, rasanya masa pakchu untuk anak-anak pakchu yang ada di Johor Bahru ni makin berkurangan. Apatah lagi anak-anak pakchu yang ada di Indonesia, Shah Alam dan di Kelantan. Alahai....
Buat Kimi, semoga menjadi anak dan cucu yang soleh, abang long yang baik untuk adik-adik dan menjadi pelajar yang cemerlang dalam taska dan peringat seterusnya. Kalau arwah bapa (kimi pun panggil bapa pada arwah atuknya) ada, pasti bapa juga bangga kerana hajat untuk menyekolahkan Kimi di taska Islam nampaknya berhasil.
Harap-harap cikgu-cikgu di taska faham tiap bicara Kimi sepertimana yang pakchu faham walaupun Kimi masih pelat dan jangan lupa cikgu dah pesan, kalau pergi sekolah, jangan lupa pakai ‘spender’ sebab cikgu takut terzip ‘anu’ Kimi bila buang air kecil nanti. hahaha
Kimi, pakchu sayang kamu sepertimana anak-anak pakchu yang lain juga. Semoga ulangtahun kelahiran Kimi yang ke 4 tahun menjanjikan keberkatan dalam kehidupan semua.
Hadiah pun pakchu tak beli lagi..Kimi nak apa?
2 comments:
bila besar nnt kalau dia baca ucapan ni, mesti dia akan terharu dan dia akan fhm betapa sygnya pakchu dia kat dia :)
happy birthday little kimi :)
maksu p0n syg kimi jgk...
pagi2 bangun awal...xm0 wat perangai dah kal0 xcukup tid0...
epi befday...mintak jam ben-1o kat pakchu
:)
Post a Comment