Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 19, 2010

Moga tidak alpa

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian,

Rasanya...dah lama tak menulis. Memang iya. Dalam bulan ni baru 1 entri sahaja yang aku hasilkan. Sungguh! Rindu aku membuak-buak untuk aku menulis dalam ruangan ini tapi apakan daya…Kalau setakat tulisan biasa meluah rasa, aku tak panggil itu penulisan. Itu mungkin sekadar luahan hati untuk melepaskan rasa. Aku pun malu nak tunjuk muka bila yang membaca hanya boleh tengok blog ni dan rasa "ini je? apasal dengan dia ni?".Macam ada something wrong je budak ni” Itu mungkin persepsi orang.

Sejak kebelakangan ini saya dilanda kesibukan yang amat sangat. Macam dah takde masa untuk diri sendiri. Mujur minggu ni emak saya ke Kelantan melawat kakak saya sekeluarga di sana selama seminggu. Sekurang-kurangnya emak tidaklah berasa bosan disebabkan saya sering pulang lewat malam. Kadang-kadang kasihan juga bilamana saya pulang lewat malam dan emak tiada teman untuk berbicara. Pada kebiasaanya, apa-apa yang berlaku emak akan mengadu pada saya.

Kesibukan duniawi inilah yang sering saya fikirkan. Sampai bila manusia akan berlari-larian untuk mengejar apa yang ada di duniawi sampai lupa apa yang diperintahkan Allah. Kadang-kadang masa kita untuk lakukan kerja duniawi adalah lebih lama berbanding masa yang kita luangkan untuk menghadap dan berbicara dengan Yang Maha Esa ketika solat. Sebab apa? Sebab kita bekerja kita akan nampak hasilnya hujung bulan tapi masa untuk akhirat kita tidak nampak hasilnya di depan mata.

Itulah manusia…jika hasil yang nampak jelas dan nyata, maka semuanya akan lari untuk mengejar hasilnya tapi yang tak nampak hasilnya secara nyata, maka semuanya diambil ringan. Ermmm..kalaulah Allah kasi pahala dan ganjaran kebaikan dalam bentuk yang kita boleh lihat..aku yakin pasti semuanya berebut!

Jujurnya, kadang-kadang aku alpa dengan suruhan-Nya. Bekerja setengah mati tapi terasa jiwa kosong. Untuk mencapai kebahagiaan duniawi, ukhrawi lagi harus dititikberatkan..

Moga kita semua tidak alpa. Wallahualam.

4 comments:

sharamli said...

ni mak xde ni..bila aie balik..aie ngadu kat sape lak...hu3

GRuNGe said...

Aie, sekurang-kurangnya dalam sebulan ada gak entry Aie, dari abang yang sebulan pun belum tentu. Hehehehe. Keep on doing what you do best.

TokNabe said...

Banyak kerja nak buat..... jadi slow-slow buat satu-satu jangan sampai ter'alpa.

Rashid said...

salam

Betul tu aie. Dunia kita kejar.. Akhirat juga perlu kita 'hambat'..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails