Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 29, 2010

Muhasabah Diri

Pejam celik pejam celik Ramadhan semakin dekat untuk meninggalkan kita. Masih ada peluang lagi ke untuk kita berjumpa dengan Ramdahan pada masa akan datang? Wallahualam.

Salam buat semuanya,

Dalam sisa-sisa Ramadhan yang masih tinggal ini, masih banyak lagi yang yang perlu diperbaiki. Dalam erti kata, aku takut tidak berjumpa bulan buat Umat ini nanti.

Semalam aku kerja membawa Kimi. Ya! semangat aku ke kerja memang semakin berkobar-kobar. Banyak yang aku belajar. Terus terang aku cakap, aku suka bekerja. Cuma kadang2 aku rasa tidak bermotivasi bila aku tak dapat siapkan kerja pada masa yang tidak ditetapkan padahal list to do masih menimbun lagi.
Sampai Kimi tanya aku "pakchu tak penat ke?".
Aku just jawab "pakchu kena la kerja, nanti nak belikan Kimi mainan, pakchu takde duit..Kimi ada duit nak beli mainan?"
Kimi jawab " takde.."
Sebenarnya aku tak nak ajar budak kecil tu supaya bekerja kerana duit semata. Yang penting adalah kepuasan dalam bekerja dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua.

Hari ni mak tanya lagi.."tak kerja ke hari ni?"
Aku lantas jawab " Tak mak..."
Mak : Bukan ada tender ke nanti?"
Mak adalah orang yang paling kuat memberi aku semangat. Love u mak. Tapi dalam bulan ni, aku hanya sempat habiskan masa untuk mak bila time waktu berbuka dan selepas waktu terawih. Tapi terawih aku dah ada lubang2 sebabnya aku tersangkut dalam kesesakan lalulintas yang amat teruk time balik kerja.

Dari segi hubungan sesama manusia. Aku rasa aku masih kekurangan. Ya! banyak lagi kekurangan sebabnya ada yang masih berkecil hati sebabnya aku tidak memberikan sedikit ruang untuk kawan-kawan. Uishhh.. macam mana ni..

Masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki. Terima kasih kepada yang sentiasa memberi semangat dan dorongan.

Moga sisa-sisa yang tinggal ni, sama-sama dapat tingkatkan amalan. Memang susah untuk terus jadi yang terbaik tapi at least dalam sehari tu mesti kena ada peningkatan. Itu azam aku.

# Doakan si pencuri accessories kereta aku mendapat hidayah Allah. Tak baik wo bulan puasa ni mencuri.

"Bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup seribu tahun lagi, beribadahlah kamu seolah kamu mati esok."


8 comments:

eiza in the house.. said...

salam ramadhan ayie...lama dah tak g sini...hope ayie bahgia sekarang

AiE bAhRi said...

salam ramadhan buat eiza gak...thanks =)

King Of Single said...

agak pelik gak time 1st week pose da dgr lagu2 raye bkn maen meriah..


wahh! cam nk halau ramadhan yg baru tiba....sdgkan kite xtaw sempat kah kite berjumpe ramadhan tahun depan?

AiE bAhRi said...

King of Single,

Salam Ramdhan. Cuba baca dan fahami maksud ayat saya. Bukan bermaksud saya menghalau Ramadhan tapi saya maksudkan semakin cepat masa berlalu sehingga Ramadhan hampir meninggalkan kita dan jika tidak digunakan sepenuhnya manfaat yang ada bimbang kita tidak berpeluang untuk berjumpa dengan Ramadhan akan datang.

Rasanya takde istilah halau di situ..harap maklum

King Of Single said...

salam...saya xbmaksud yg awk "halau" tu...sya bg situasi kbyakan mnusia skang...

maaf, da wat tsalah paham plak..
sy tahu dan paham maksud ayat2 awk tu..

salam ramadhan~

Anonymous said...

qxbsigqymirblnkluozd, justin bieber baby, uyxvukp.

Anonymous said...

Hola, estoy dando servicios de Seo, somos expertos en el tema

[url=http://www.metamercadeo.net/?page_id=8]Posicionamiento web[/url]

Anonymous said...

Hi I'm Rick. Anyone into excise dispute coins? If you don't know the challenge iit's like this: The tradition of a challenge is the most simple technique to secure that members are carrying their module's coin. The rules of a impugn are not always formalized an eye to a segment, and may shift between organizations. The contest at most applies to those members that obtain been dedicated a dream up earn formally through their unit. This may part to some controversy when challenges are initiated between members of bizarre organizations and is not recommended. The tradition of the originate test is meant to be a origin of morale in a component, and forcing the challenge can cause a up-end effect.

[url=http://www.challengecoinsdirect.com/2010/09/16/semper-fi-challenge-coins/]military coins[/url]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails