Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 01, 2009

[Hari ke 60] Kenangan bersama arwah bapak

Bersama emak, kami melangkah bersama ke pusara bapak selepas waktu asar.Hajat hati mahu berdoa dan mengambil teladan daripada bapak~insan yang dikenang oleh kami sekeluarga.Bapak dikenali seorang yang tegas dan teguh terhadap prinsip hidupnya.

Hari ini saya berkongsi kenangan bersama bapak.Inilah sebahagian yang masih kekal dalam memori saya….

1994
Saya di darjah tiga..
Tidak pandai menggosok baju lagi tapi bapak tetap tak bagi mak atau adik beradik yang lain gosokkan baju saya.Katanya biar saya belajar sendiri walaupun baju sekolah saya pernah berlobang akibat tak pandai gosok.

Kesannya sekarang, saya akan pastikan baju saya sentiasa akan digosok dan tidak akan selesa jika digosok orang lain.

(erkkk..cerewet jugak kan saya???)

1997
Saya di darjah enam.
Saya diberi pilihan untuk menjadi pengawas atau pengawas pusat sumber sebab kedua2nya saya ditawarkan jawatan itu.Saya minta pendapat dari bapak.
Bapak cakap”Baik jadi pengawas pusat sumber sekolah @ p.s.s dari pengawas sekolah sebabnya boleh berkawan dengan buku..”
Saya turutkan permintaan bapak walaupun pengawas pusat sumber sekolah sering digelar pengawas syok sendiri kerana singkatannya p.s.s.

Tahun ini juga mak dan bapak menunaikan haji menyambut lambaikan kaabah..Tinggal kami 3 beradik kerana abang dan akak duduk di asrama.Umur muda sebegitu ditinggalkan mak dan bapak memang betul-betul menguji kami.Itu baru sebulan lebih.Tapi, kali ini, bapak tinggalkan kami semua untuk selamanya...Kami harus tabah!

Tiba keputusan UPSR diumumkan, saya ke sekolah sendirian untuk mengambil keputusan kerana saya tidak benarkan bapak atau mak menunggu sama.Balik dari sekolah saya tunjukkan keputusan kepada bapak..
Bapak bertanya “Kenapa ada 1B?”
Saya diam..walaupun bapak tak sorak gembira tapi saya dapat rasakan bapak juga turut bersyukur.Esoknya saya diberi hadiah~kasut yang memang saya idamkan. Bapak cakap “Lepas ni naik sekolah menengah mesti kena ambil subjek bahasa arab".

1998
Syukur..saya mendapat tawaran duduk di asrama.Bapak gembira sebab saya ditawarkan sekolah yang belajar bahasa arab.Maksudnya, saya kena ambil 9 subjek semasa PMR nanti.Duduk di asrama seminggu, saya demam!Mungkin rindu pada keluarga..
Ingat lagi pada waktu itu, bapa mengambil saya untuk dibawa balik dengan motor honda buruk bapak.

2000
Saya menghadapi peperiksaan besar pada waktu itu iaitu PMR.Mak dan bapak datang melawat setiap minggu. Tiap minggu juga bapak akan bawakan air penawar. Itu memang cara bapak supaya anak-anak tenang untuk hadapi apa jua jenis peperiksaan. Saya lulus cemerlang dalam peperiksaan itu.Bapak bangga kerana saya mendapat A dalam bahasa Arab tapi bapak tak heboh satu kampung macam orang lain.Itu memang cara bapak!syukur dengan cara wasatiah.

2002
Sekali lagi saya menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM. Kali ini saya kecewa sebab keputusan tidak seperti diduga. A tidak banyak. Saya menangis menerima keputusan itu tapi bapak tenang sambil memujuk. “Itu dah cukup baik berbanding dengan orang lain.Kita kena bersyukur sebab Allah bagi kejayaan pada seseorang ada sebabnya...”
Saya kuatkan semangat walaupun ketika itu saya hanya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat diploma sahaja di IPTA..

2006
Hujung tahun saya habis pengajian di peringkat diploma. Belum konvokesyen, saya ditawarkan bekerja dengan syarikat kontraktor~tempat saya mejalani latihan industri di peringkat diploma. Saya minta tempoh dahulu sebab belum habis menduduki peperiksaan akhir ketika itu dan berhajat mahu rehat sebulan sebelum bekerja.Bapak tak benarkan.Bapak kata “Jangan hilangkan kepercayaan orang lain pada diri kita...” Abis final exam, saya rehat 3 hari di rumah dan terus melaporkan diri untuk bekerja di syarikat itu. Sebulan bekerja, saya mendapat panggilan temuduga dari firma lain..Bapak juga yang hantar ketika menghadiri temuduga di firma itu..Balik temuduga, belum sempat saya cerita pada bapak, bapak kata “Tak payah kerja di firma itu walaupun gaji yang ditawarkan tinggi” Saya diam.. Tambah bapak.. “bapak tak suka kalau bekerja ditempat yang tak disediakan bilik untuk solat”. Memang betul firma itu tak menyediakan ruang yang baik untuk solat.

2007
Hanya sempat bekerja lebih kurang setahun, saya ditawarkan melanjutkan pengajian di peringat sarjana muda.Rasa hati ingin terus bekerja~mungkin sedap pegang duit sendiri. Tapi bapak kata “Walau kita kaya dengan duit tapi pendidikan kita tak tinggi susah untuk hadapi masa depan.Biar kita bina kehidupan dengan pendidikan sebab pendidikan yang menentukan di mananya kita”

2009
InsyaAllah saya akan menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda tetapi pada kali ini majlis konvokesyen kali kedua saya tidak dapat disaksikan oleh seorang bapak yang cukup saya kagumi hingga akhir nyawanya...Manakan tidak saya terkilan sebabnya bapak sering cakap apabila majlis konvoksyen anak-anaknya.. “Bapak tak berpeluang untuk belajar seperti kamu..jadi manfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari untuk dikongsi bersama orang lain juga”

Kenangan-kenangan ini yang menguatkan saya untuk terus menggapai kejayaan.

Al-fatihah untuk bapak..Haji Maskur Bin Atmom

Monday, March 30, 2009

Takdir dan Syukur

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan..
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-NYA..
Syukur pada Allah kerana pemberiannya kerana apa yang kita minta belum tentu baik untuk kita.
Gunakan segala nikmat yang Allah bagi dengan sebaiknya mungkin..itulah tanda syukur kita pada Allah.

kiriman ringkas dari awak membuatkan saya terfikir panjang..saya juga hanya mampu berserah..

Saturday, March 28, 2009

Happy Birthday to Afifah

HAPPY BIRTHDAY TO U..
AFIFAH MAHIRAH BINTI SAIFUDDIN
YANG KE 2 TAHUN


Pak Chu doakan semoga Pipah menjadi anak yang solehah untuk ibu dan ayah...
Semoga anak pak Chu ni tabah menjalani kehidupan bersama ibu dan kakak tanpa ditemani ayah kerana ayah bekerja di negeri pantai timur.
Gambar ni pak Chu ambil dari photopages ayah Pipah...

Wednesday, March 25, 2009

Emak..sedang buat apa tu?

Saya tak balik ke rumah.

Tengahari semalam, saya terserempak dengan abuji (bapa abu turab) sewaktu hendak makan tengahari bersama rakan-rakan saya (dah lama saya tak makan bersama rakan-rakan sejak saya ulang alik dari rumah ke kampus), saya bersalaman dan memeluk erat abuji sebabnya sudah lama saya tidak berjumpanya...air mata mula berkaca sewaktu berjumpa dengannya kerana abuji juga sudah saya anggap sebagai bapa saya sendiri. Abuji tidak lokek untuk memberi kata-kata nasihat. Saya tahu, abuji juga seorang yang kuat menghadapi hari-hari yang mendatang sebabnya dia juga telah kehilangan insan yang tersayang~seorang isteri.

Dalam waktu yang singkat kami hanya sempat bertanya khabar dan keadaan sekarang. Katanya, jangan ikutkan perasaan dan kata hati..sibukkan diri berurusan dengan akhirat dan yang mengkagumkan saya, abuji sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana dalam bidang senibina. Belum sempat saya bertanya kenapa abuji sambung pengajian walhal sudah mempunyai kerjaya yang stabil, rumah yang besar, firma arkitek yang gah..abuji menjelaskan bahawa menuntut ilmu juga diberi pahala dan tambahnya lagi beliau belum puas lagi menuntut ilmu dan sebab itu abuji sedang sibuk ke arah untuk menambahkan pengetahuan dalam diri. Saya kagum. Kata-kata abuji mengingatkan saya kepada situasi kadang-kadang saya juga ada merungut betapa sukarnya untuk memahami sesuatu ilmu..rupanya kesukaran itulah yang ada ganjaran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar..

__________________________________________________________

Semalaman tidak balik ke rumah atas tuntutan sebagai seorang pelajar. Menghadiri ujian dan kelas pada waktu malam menyebabkan terpaksa meninggalkan emak bersendirian. Pesanan ringkas yang dihantar kepada kakakku, harap-harap diambil tindakan segera untuk menemankan emak di kala aku tiada di rumah.

Harap mak dalam keadaan baik sepanjang malam aku tiada di rumah. Menjelangnya peperiksaan yang semakin hampir menyebabkan kelas waktu malam terpaksa dibuat dan menyebabkan aku juga terpaksa meninggalkan emak bersendirian...

Malam ini juga aku akan balik walaupun aku pasti kelas malam ini akan habis lewat.

Tuesday, March 24, 2009

Kelmarin..saya ke sini

Sesekali membawa anak saudara ke tempat sebegini, menyeronokkan juga..merupakan terapi minda buat saya untuk rehat seketika dari kesibukan..

Satu entri yang tak penting...saje je..
Broadband celcom asyik buat hal je..nape ni???

Friday, March 20, 2009

Musim kahwin (Part III)

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT
FARHAN a.k.a BILAL DAN ISNIZA a.k.a ISZ
Erm...senyum seri pengantin

Kawan2 yang terlebih suka

Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah Taala dalam menempuhi alam rumahtangga.

Thursday, March 19, 2009

Pelik ke?


Baru sahaja selesai membaca sebuah buku yang agak santai..ermmm..banyak yang saya pelajari dari buku ini..bermula dari peringkat untuk merisik sehingga ke peringkat mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang soleh dan solehah

Apa yang terkesan di hati saya ialah seharusnya kita hargailah keunikan pasangan masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, lalu belajar untuk saling memahami..hal ini penting demi untuk membina sebuah keluarga berbekalkan syariat Allah dan sunnatullah..

Pelikkan cinta tanpa berkenalan?
keluar makan-makan,
berbalas emel dan SMS?


Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas (Riwayat Tirmizi)

saya harap...awak juga akan membaca buku ini...


Wednesday, March 18, 2009

Sahabat..pulanglah walau sekejap

Sekalipun kita tidak boleh menerima teguran ibu, bapa atau adik beradik kita..jangan sesekali memanjangkan rajuk kita itu..teguran itu bukan untuk siapa..tetapi untuk kebaikan kita juga..Pulanglah ke kampung halaman walaupun sekejap wahai sahabatku..tangguhkan dulu segala urusan lain kerana mereka lebih penting dari segalanya..

Jangan disebabkan kita sudah bermisai lebat dan kuat tulang-tulang, kita menjadi seperti anak yang selalu menggonggong kepada ibu bapanya.Rajuk itu sudah jelas menunjukkan kita telah derhaka dengan tindakan kepada mereka.Ketahuilah oleh kita, ibu bapa telah memelihara kita dari kecil dengan baik, memberi makan, pakaian dan minum, mendidik hingga menjadi orang cerdik pandai, rela tidak tidur demi kita, rela tidak makan asal kita kenyang dan bahkan mahu bersusah payah supaya kita bahagia.

Tapi, jika teguran mereka kita tidak boleh terima, sudah cukup baik kah kita melakukan sebegitu?

Sahabat..pulanglah walau sekejap..salam dan peluklah mereka sepuasnya sebagai tanda kemaafan kerana merekalah harta yang paling berharga…

Monday, March 16, 2009

Penat tapi nikmat

Biasanya, rasa puas itu akan dapat dirasa apabila kepenatan yang dialami itu berbaloi. Kepenatan bekerja berbaloi dengan bayaran gaji.Begitu juga dengan kenikmatan yang dialami dalam kehidupan seharian walaupun tidak menerima sebarang bayaran berbentuk upah atau gaji.Ibaratnya, seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.Dia telah bersusah payah di awal perjalanannya tetapi sekarang dia dan keluarganya boleh menikmati kesenangan.

Kepenatan yang dialami oleh seorang pujangga untuk memilih kata-kata untuk merangkap puisinya..sudah pasti akan dapat menghasilkan satu karya yang cukup menawan.Dan ini membuktikan kepenatan pujangga tersebut adalah berbaloi kerana puisi-puisinya mampu menggerakkan perasaan dan hati nurani pembaca.Seorang pujangga yang tidak pernah merasa susah dan penatnya berusaha dan tidak pernah meneguk kesusahan dalam hidup maka untaian puisi-puisinya hanya akan terasa seperti kata-kata murahan yang tidak bernilai kerana puisi-puisinya hanya keluar dari lisannya, bukan dari perasaannya…dan juga bukan dari hati nuraninya.

Begitu juga dalam kehidupan.Semuanya akan terasa nikmat apabila kita menghayati apa yang kita lakukan.Rasa sakit pun boleh terasa nikmat jika dihayati.Manakan tidak, semasa sakitlah hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta semakin dekat.Masa itulah keikhlasan berdoa kita serahkan segalanya…Penat juga sebegitu..mengadulah kepada Yang Maha Pencipta bahawa kita penat kerana Dia amat memahami hambanya tetapi jangan sampai jadikan alasan penat itu untuk tidak menghadap Allah sebanyak 5 kali sehari...

Hujung minggu yang cukup memenatkan..Menguruskan segala urusan kedai untuk berpindah..memenuhi undangan jemputan perkahwinan sebanyak 3 tempat sebagai wakil kepada arwah bapa..Dan menyiapkan 3 tugasan sekaligus malam semalam tanpa rehat yang cukup sebabnya malas hendak bertangguh lagi kerana tugasan baru pasti akan ada lagi.hujung minggu yang sangat puas dan nikmat bagi saya!Alhamdulillah Allah memberi kekuatan untuk saya hadir ke kuliah pada pagi ini dan diberi kesihatan yang baik untuk bertebaran menuntut ilmu….dan petang ini saya akan menziarahi pusara bapa kerana tidak sempat ziarah pada hujung minggu (semalam)

Kepada ‘awak’, projek sarjana muda awak saya belum buat semakan lagi…..terima kasih kerana memahami.

Tidak lupa juga ucapan Selamat Hari Lahir kepada rakan sepejuangan,Shahira binti Hamdan.Semoga segala impian tercapai..Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails