Tiba-tiba sahaja keinginan saya untuk menaiki kenderaan awam timbul apabila memikirkan sudah lama saya tidak menaiki bas untuk ke mana-mana. Sambil-sambil itu boleh juga saya tahu harga tambang bas yang terkini. Boleh tahan juga kadar kenaikan harganya. Harap-harap harganya akan turun lagi selepas harga minyak turun masa kini. Sebabnya, sudah tentu jika harga tambang pengangkutan awam ini tidak dikawal, maka makin susahlah orang yang menggunakan perkhidmatan ini. Bukan semua orang berada dalam keadaan senang. Tambahan pula, ekonomi sekarang berada dalam keadaan yang kurang stabil.
Bukan penghormatan yang dipinta.Bukan harta benda yang diketagih.Mungkin itulah yang dikatakan oleh orang-orang tua atau yang lebih dewasa dari saya ketika berada dalam bas.Bagi saya tak semua akan berkata begitu tetapi saya dapat rasakan apa yang mereka rasakan.
Penat, Mengantuk dan Tidak selesa.
Itulah yang mereka alami ketika ini. Seharian bekerja mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan keluarga adalah menjadi satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh mereka. Sanggup menaiki kenderaan awam untuk pergi dan balik kerja. Tapi, anak-anak masa kini masih tidak mengerti apakah yang dilakukan oleh orang tua mereka.
Sesak dan macam ikan sardine!.satu situasi di mana saya menggunakan bas untuk menuju ke satu destinasi.
Tidak dapat digambarkan apa yang akan terjadi jika saya sudah berusia seperti mereka. Mesti sedih melihatkan anak-anak muda yang buat seolah-olah tidak wujudnya orang yang lebih tua di hadapan mereka. Tidakkah mereka kasihan kepada orang-orang tua ini yang susah payah menaiki bas dan berada dalam keadaan berdiri sedangkan anak-anak muda duduk dalam keadaan sambil bermadu asmara bersama pasangan di tempat duduk .Tidakkah? Sampai hati mereka…
Saya berhenti setakat ini.Sedih untuk meneruskan ayat-ayat bila mengenangkan jika orang tua saya naik bas tanpa dipelawa oleh anak muda untuk duduk.
Yang tua dihormati, yang muda disayangi..tapi selalu saya terfikir bagaimana orang tua nak sayang yang orang muda jika yang muda tidak tahu menghormati yang tua.
Allah selalu mengingatkan kita bahawa, "KEREDHAAN ALLAH BERADA DALAM KEREDHAAN ORANG TUA, DAN KEMURKAAN ALLAH BERADA DALAM KEMARAHAN ORANG TUA."


Rindu pakchu datang lagi. Tak tahu entah yang ke berapa kali ianya datang menyinggah. Yang pasti pakchu amat rindu kalian. Sumpah!