Melihat Puan Shikin yang menangis dalam berita yang dipaparkan semalam saya menjadi sebak. Manakan tidak, kerana saya juga pernah mengalami kejadian yang sama seperti Puan Shikin hadapi. Saya tahu Puan Shikin merupakan seorang yang tabah dan kuat. Melalui cara pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah, saya dapat rasakan beliau seoarang yang kuat. Tahun yang lalu baru dia diuji dengan keguguran anak dalam kandungan dan tahun ini, dia diuji lagi.
Justeru saya selalu berpesan kepada diri saya dan kawan-kawan rapat saya. Kita sebagai manusia perlu sentiasa bersedia. Kita perlu belajar mengendalikan pelbagai perkara tanpa mengharapkan kudrat sesiapa. Musibah datang tanpa kita duga, begitu juga ajal dan maut. Ia bukannya seperti bom jangka yang kita tahu bila akan meletupnya.
Puan, saya dan rakan-rakan mengucapkan takziah buat puan sekeluarga. Semoga arwah ayahanda puan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.
Al-fatihah untuk mereka yang telah meninggalkan kita terutama buat ayahanda saya Hj. Maskur bin Atmom. Masa kita sahaja belum pasti untuk pergi menghadap Ilahi.
InsyaAllah, hari ini anak-anak dan cucu-cucu bapa kumpul bersama-sama di rumah dan kami akan menghadiahkan bapa dengan doa dan amal jariah dan ilmu yang berguna untuk bekalan di sana.
16 comments:
Baca bab ni....alahai, kenangan lama menusuk kalbu...walaupun dh 20 thn berlalu.
Al-fatihah utk mereka2 yang telah pergi......semoga roh mereka dicucuri rahmat. Kita pun akan menyusul kelak..cuma masanya belum pasti bila.
ia..berita yang mengejutkan.. tapi Allah lebih menyayanginya.. Al-fatihah
Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi mereka wpun kita turut menyayangi semua yang telah pergi itu!
Al Fatihah untuk arwah...
salam...bro,
tkasih sudi singgah dan memberi komen di anaklaut,
al-fatihah buat awrah Shukri Hashim..
Alfatihah kepada keluarga allahyarham.
Al-fatihah....
tak tahu lak citer. Dah lama tak jengah utusan online utk latest news. thanks Aie for putting up the news.
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman
al fatihah
takziah dan al fatihah
Al fatihah untuk arwah terasa hidup ini semakin pendek.... T_T
allah xkn uji umatnya lebih dri kemampuan diorg..
setiap yg jd ade hikmahnye..
so, bnyak kan bersabar
(^_^)
:( hurm terlalu cepat kan proses beliau nak tinggalkan kita semua? smoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yang beriman. amin..
akan rindu lakonan beliau :(
Al Fatihah..
semoga Pn Shikin tabah hadapi ujian ni..
Post a Comment