Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 23, 2009

Saya sedang berperang...

AUTO PUBLISH!

TIKA DAN SAAT INI..SAYA SEDANG BERPERANG UNTUK SAMPAI KE PUNCAK YANG TERTINGGI..DOAKAN SAYA


MAAF KIRANYA SAYA TIDAK MENJENGAH RAKAN-RAKAN DALAM MASA SEMINGGU INI..


INSYAALLAH JIKA ADA KESEMPATAN SAYA AKAN MENZIARAHI KALIAN.


MA'ASSALAMAH..

Saya akan menduduki peperiksaan sehingga 30 April 2009

Tuesday, April 21, 2009

Finally...Akhirnya..

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar pada semester ini..walaupun pada awal tahun saya dan keluarga diuji dengan ujian yang cukup berat (kehilangan bapa tersayang)..sokongan saudara mara dan rakan taulan membuatkan semangat kami tak pernah luntur untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini. Berulang alik dari rumah ke kampus menyebabkan masa untuk saya untuk berdiskusi bersama rakan-rakan amat terhad sekali..Jutaan terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan pada kalian kerana sentiasa memahami keadaan saya dan memberi kerjasama yang terbaik bagi saya..

Dan akhirnya, kita sama-sama dapat menyiapkan projek untuk dibentang dan dipamerkan pada masa yang ditetapkan..semoga usaha dan pengorbanan kita diberkati oleh Allah dan mendapat keberkatan dari-Nya..

Tq 4 all members..wish best of luck for this semester

Inilah projek kami..buat pembangunan kilang di kawasan senai..

Terima kasih kawan2 yang hadir ke ruang pameran jualan kilang kami..ahaks(",)

Semoga kita semua dapat menggunakan minggu study ini dengan sebaiknya..good luck semuanya..

Monday, April 20, 2009

Cerita semalam semalamnya lagi....

Sudah lama rasanya tidak menjengah blog kesayangan ni..bukannya apa..laptop saya rosak dan malas saya hendak baiki dulu kerana semua tugasan untuk semester ini sudah saya selesaikan dan hantar kepada pensyarah yang berkenaan..menyebabkan lama tidak mengupdate cerita terkini membuatkan seorang rakan saya yang merupakan silent reader menghantar mesej kepada saya bertanyakan kenapa tak update cerita terbaru..

Ermm..saya tidak ada cerita terbaru tapi cerita dua hari lepas yang belum saya sempat kongsikan bersama rakan-rakan sekalian..Sabtu yang lepas, saya dan Dir berpakat untuk pergi ke rumah Sis Lin sempena menyambut ulangtahun Adik Amat. tarikh lahir dik Amat berkongsi tarikh dengan hari kelahiran saya juga..(eh..terpromote juga tarikh lahir sendiri..hehehe). Janji dengan Dir tunggu di jusco bukit indah dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar..macam-macam perasaan masa nak ke rumah sis Lin sebabnya saya tak pernah lagi jumpa blogger2 selatan walaupun kami duduk senegeri..

Sampai di rumah Sis Lin, saya dan Dir bersalaman dengan semua tetamu yang telah hadir terlebih dahulu..memang teruja sebabnya orang-orang yang saya kenal di alam maya betul-betul berada di depan mata saya. Sis Lin n family, kak Retna, Abg shai, Abg, Roslee, Bro Kasawari n family dan lain-lain lagi..

Selesai mengisi perut, saya bersama adik dan anak saudara saya serta Dir meminta diri dulu sebelum maghrib sebabnya saya perlu menghadirkan diri untuk ke majlis kenduri kesyukuran di rumah sepupu saya dan Dir pula ada perancangan bersama keluaganya..

Terima kasih saya ucapkan kepada Sis Lin n family serta blogger-blogger yang lain.Pertemuan dengan kalain amat menyeronokkan.Jika diizinkan Allah,InsyaAllah kita berjumpa lagi..

Inilah besday boy..(Dik Amat) bersama family tersayang..

Punya la malu saya nak sembang dengan mereka tapi mereka memang sporting...

Abg shai, bro Kasawari n kak Linda..Tq bakarkan ketam n udang..hehehe

inilah blogger2 tegar,,best88x

Kamilah geng Ben 10!

gambar-gambar ni saya ambil di sini...Sorry bro Kasawari..saya cilok gambar2 ni sebabnya tak bawa kamera time tu..hehe

Semoga ukuwah yang dibina dan terjalin akan berkekalan hingga akhir hayat..

Friday, April 17, 2009

Terima kasih lagi...

Cukup sekadar mengingati..itu yang lebih penting..Dalam usia sebegini..terharu rasanya bila ada yang sudi meraikan bersama-sama tanda kesyukuran.

Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan-rakan yang meraikan bersama-sama dengan mak saya. Rupanya ada kejutan yang mereka lakukan selepas aktiviti makan bersama dan tidur di rumah saya…

Sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan dan mak saya atas ingatan kalian kepada saya..Ingin saya kongsikan kenangan ini bersama kalian..

Kawan2 yang bersungguh-sungguh makan ayam BBQ, otak-otak dan soto

Inilah kawan2 yang berpakat memandikan saya dengan air dan tepung..aduh..abis riuh satu jalan perumahan

Tq kawan2 atas kek suprise ni..

Juga tq kepada pengirim hadiah..ermmm..yang pos laju tu cenderahati dari msjbox..bukan hadiah,,tapi disebabkan sampai pada tarikh hari lahir..saya terima ianya sebagai hadiah harijadi

Hadiah ni yang paling saya suka..terima kasih kepada kawan dan merangkap sebagai adik saya..

Terima kasih juga kepada kak eidafatiha dan kak tirana atas award ini..Ini juga saya terima sebagai hadiah hari lahir saya sebabnya saya baru dapat semalam..
ini dari kak eidafatiha..

dan ini dari kak tirana.

Sempena hari kedewasaan saya, ingin saya ucapkan jutaan terima kasih (sebenarnya tak cukup dengan ucapan ini..jasa kalian tiada nilainya..)kepada mak dan arwah bapa saya yang telah mendewasakan saya sehingga kini..buat pertama kali saya tidak meraikan kesyukuran bersama arwah bapa. Al-fatihah untuk bapa..

Thursday, April 16, 2009

Erti ulang tahun kelahiran

"Happy Birthday to me!
Happy Birthday to me!
Happy Bithday happy Birthday!
Happy birthday to me...."

Ya!saya baru sahaja meraikan ulangtahun kelahiran saya.Yang ke berapa?yang ke 24 tahun!tak perlulah saya rahsiakan walaupun saya sering mendapat maklum balas,penampilan saya tidak menunjukkan usia saya yang sebenar.

Nampak kebudak-budakan lagi tentunya.tak kisahlah.Bagi saya tua atau muda bukan satu masalah,malah bukan juga satu kelebihan apatah lagi kekurangan.Hakikat sebenar setiap kali tiba ulangtahun kelahiran ialah usia akan akan bertambah satu angka lagi dan paling penting, masa hayat juga semakin singkat.

Tidak dinafikan setiap kali ulang tahun, rata-rata ucapan yang sering diberikan ialah semoga panjang umur,murah rezeki dan bahagia selalu.Tiada siapa pun ingin menamatkan riwayat hidupnya dengan segera.Semua manusia yang waras ingin kehidupan yang lebih panjang dan lama.

Sebabnya?Terlalu banyak dan hasrat yang belum ditunaikan.Namun berapa ramai yang meletakkan sasaran untuk melengkapkan diri kita menjadi hamba-Nya yang diredhai agar mendapat rahmat dan barakah dalam kehidupan?

Berapa ramai pula yang menjadikan impian dan cita-cita untuk berjaya dalam pelajaran mahupun karier?

Dan paling penting saya ingatkan untuk diri saya sendiri untuk mengucapkan terima kasih kepada mak yang melahirkan saya.

Dan saya juga ingatkan diri saya supaya tidak menjadikan hari kelahiran saya dengan meminggirkan insan tersayang di sekeliling kerana saya perlu ingat dan disimpan kemas di lipatan memori saya adalah setiap kali tibanya ulangtahun kelahiran bererti saya juga semakin hampir ke penghujung hayat.

Saturday, April 11, 2009

Terima kasih

Terima kasih..
Kepada yang maha Esa.
Kerana hari ini aku masih berpeluang untuk sujud kepada-Mu

Terima kasih..
Kepada sang mentari..
Kerana hari ini aku masih dapat menimati keindahan alam ciptaan-Nya

Terima kasih..
Kepada sang bulan..
Kerana malam ini kau buatkan aku semakin rindu untuk berjumpa dengan-Nya..

Terima kasih..
Kepada sahabat perjuangan..
Kerana sama-sama berjuang untuk menggapai puncak tertinggi..
Semoga perjuangan kita mendapat keredhaan dari-Nya..

Terima kasih juga buat jijie atas award ni..

Thursday, April 09, 2009

Sukarnya menjaga hati.....

Berapa lama kita tidak menghubungi sahabat yang pernah sama-sama mengharungi suka duka menjalani kehidupan bersama pada suatu ketika dahulu bukanlah satu persoalan yang penting. Apa yang penting, kita tidak lupa untuk mendoakan sahabat-sahabat kita.

Siapa yang tidak sedih bila sahabat tempat kita berkongsi suka duka mengkhianati kita?.Saya betul-betul pedih bila dia mengatakan saya melupakannya dan segala kebaikannya pada saya diungkit satu per satu.Hati mana yang tak sedih bila orang yang kita percayai sanggup buat sebegitu.

Saya akui sahabat membawa pengaruh yang besar dalam kehidupan kita. Kala kita dirundung malang saya percaya ramai di antara kita yang lebih senang bercerita dengan sahabat berbanding dengan keluarga sendiri. Sahabat yang baik boleh memberikan pandangan yang ikhlas, jujur dan boleh memberi dorongan untuk kita terus tabah mengharungi kehidupan. Untuk itu saya sangat bertuah kerana dikelilingi sahabat sebegitu tetapi bila seorang dari sahabat saya sebegitu…hati dan perasaan saya bagai disiat-siat..

Adat bersahabat, masing-masing ada kelemahan dan ada kelebihan.Jadi mengapa mesti diingat pada dendam dan rasa marah atas kesilapan yang boleh ditutup dengan sebelah mata atau hanya kerana berkecil hati atas perkara yang tidak disengajakan.

Tidak sayangkah mahu memutuskan persahabatan yang begitu tinggi nilainya.Bertahun bersama, tidakkah ada manisnya yang pusa dihirup hingga hanya kerana setitik hempedu, segala yang manis itu sudah tidak dapat dinikmati lai antara kau dan aku?

Aku tahu, kau juga pembaca blog aku…hubungi aku jika kau ikhlas berkawan dengan aku selama ini, tapi jika tidak, izinkan aku untuk berjumpa dengan kau dan aku akan mengingati kau dalam setiap doaku.

Monday, April 06, 2009

Berubah untuk menikmati perubahan

Hidup ini perlu berubah, dari negatif kepada positif. Kerana memikirkan perubahan itu penting, saya tertarik menyiarkan kandungan kiriman emel yang sampai ke peti masuk saya.Sayangnya, pengirim emel tersebut tidak saya kenali. Isi kandungannya ringkas tetapi mengandungi perkara yang saya fikir amat berguna untuk kita semua.

Sebagai manusia, kita memang tidak mampu meneroka perkara-perkara ghaib tersembunyi dalam jiwa manusia itu sendiri. Dan sebagai kawan, kita juga tidak tahu hakikat sebenarnya tentang siapakah kawanyang menjadi kawan kita. namun kita dikurniakan akal dan fikiran yang dapat menimbang baik buruk sesuatu perkara serta mempelajari bagaimana menambat hati seseorang.

Saya suka sekali memetik kata-kata dalam kandungan emel tersebut. Antaranya;

Sekiranya anda mahu mengubah perangai wanita, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. anda sendiri perlu sanggup berubah kepada perangai yang lebihbaik untuk membolehkan seseorang wanita berubah memperbaiki dirinya.

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang wanita. Dengan itu anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang anda sanggup beri.

Sekiranya anda tidak mempercayai wanita, janganlah anda harapkan wanita itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya pada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak mempercayai anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Iya, saya merasakan mengenal wanita bukanlah untuk mengalahkan wanita. Jika ada yang pincang, rujuklah agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang boleh dilarang.

Kepada pengirim misteri ini, terima kasih kerana berkongsi maklumat. Kalau ada yang sudah mengetahuinya, anggaplah itu sebagai satu peringatan. Tidak salah saling ingat mengingatkan...

Saturday, April 04, 2009

Selamat Ulangtahun Irfan


Adikku,
Jangan panjangkan rajukmu itu pada aku..
Maafkan aku jika tidak menghubungimu..
Bukan aku lupa padamu..

Tapi...,
Masa dan waktu tidak mengizinkan kita..

Adikku,
Hari ini genap sudah usiamu yang ke 15 tahun..
Aku berdoa supaya kau akan menjadi insan yang soleh..
Semoga tahun ini menjanjikan sinar kegemilangan buatmu wahai adikku..

Adikku,
Di hari ini...
Aku mampu mendoakanmu dari kejauhan..
Moga keberkatan Ilahi kita dapat gapai bersama..


Adikku,
Sampaikan salamku pada mama,abah dan adik2 di kampung halaman.
Suatu hari nanti aku pasti akan menjenguk kalian di sana.
Cuma keterbatasan waktu yang mencemburui aku.

SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 15 TAHUN
MUHAMMAD IRFAN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails