Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 09, 2009

Sukarnya menjaga hati.....

Berapa lama kita tidak menghubungi sahabat yang pernah sama-sama mengharungi suka duka menjalani kehidupan bersama pada suatu ketika dahulu bukanlah satu persoalan yang penting. Apa yang penting, kita tidak lupa untuk mendoakan sahabat-sahabat kita.

Siapa yang tidak sedih bila sahabat tempat kita berkongsi suka duka mengkhianati kita?.Saya betul-betul pedih bila dia mengatakan saya melupakannya dan segala kebaikannya pada saya diungkit satu per satu.Hati mana yang tak sedih bila orang yang kita percayai sanggup buat sebegitu.

Saya akui sahabat membawa pengaruh yang besar dalam kehidupan kita. Kala kita dirundung malang saya percaya ramai di antara kita yang lebih senang bercerita dengan sahabat berbanding dengan keluarga sendiri. Sahabat yang baik boleh memberikan pandangan yang ikhlas, jujur dan boleh memberi dorongan untuk kita terus tabah mengharungi kehidupan. Untuk itu saya sangat bertuah kerana dikelilingi sahabat sebegitu tetapi bila seorang dari sahabat saya sebegitu…hati dan perasaan saya bagai disiat-siat..

Adat bersahabat, masing-masing ada kelemahan dan ada kelebihan.Jadi mengapa mesti diingat pada dendam dan rasa marah atas kesilapan yang boleh ditutup dengan sebelah mata atau hanya kerana berkecil hati atas perkara yang tidak disengajakan.

Tidak sayangkah mahu memutuskan persahabatan yang begitu tinggi nilainya.Bertahun bersama, tidakkah ada manisnya yang pusa dihirup hingga hanya kerana setitik hempedu, segala yang manis itu sudah tidak dapat dinikmati lai antara kau dan aku?

Aku tahu, kau juga pembaca blog aku…hubungi aku jika kau ikhlas berkawan dengan aku selama ini, tapi jika tidak, izinkan aku untuk berjumpa dengan kau dan aku akan mengingati kau dalam setiap doaku.

11 comments:

Na Shari said...

Sedih akak baca entri ni...sabarlah aie...kalau kita di pihak yang benar, insyaallah...mesti ada jalan penyelesaian...

joegrimjow said...

jgn lupe masukkan ak dalam doa mu

AyKay said...

salam ziarah,

kawan ketawa ramai sekali tak payah dicari, kawan tika menangis amaklah kecil bilangannya.

baguslah teruskan silahturahim

sharamli said...

sabar je la...d0akan ikatan ni pulih balik..insyaalah..

Anonymous said...

kesian2.. sbr je la.. n apa kata kalau aie yg hbungi dia... mn tau die ada mslh len n bkn niat die nk m'khianati aie..

addyaholix said...

sabar. aku pernah rasa. dan aku redha. mungkin dia bukan sahabat terbaik untuk aku. mungkin tuhan mahu yang lebih baik buat aku. itu cara aku pujuk hati aku sendiri.

Kasawari said...

wah mendalam luahan hati dalam entri ni bro..

Abgbent said...

Salamelekom, wbt adikku aie,

ermmmm memang begitulah keadaannya hati. Umpama kaca perlu dijaga dengan berhati-hati agar tidak pecah atau retak.

Kalau dah pecah atau retak, memang boleh disambung tetapi bekas-bekasnya akan tetap kelihatan.

Begitu juga keadaan hati bila menerima ilmu. Andai ilmu itu terpancar di dalam perbuatan, ketahuilah bahawa hati itu bersinar sebenarnya.

Tetapi sebaliknya pula andai ilmu yang diterima tidak terpancar melalui perbuatan, itu menunjukkan hati perlu digilap dengan sinar cahaya-Nya.

Moga-moga akan adalah kilauan hati itu nanti.

abgbent

Blog Eazy Izzuddin said...

hmm..
terharu bace..
=)

btw salam singgah ea..
=)

Anonymous said...

berkawan memang indah... tapi bila diungkit... sakitnya sampai ke ulu hati... pedih!!!

Unknown said...

kalau dah tak sudi nak berkawan...
redha je la...sorang pergi, seribu yang kembali...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails