Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 30, 2011

6 Bulan sudah

Alhamdulillah.. genap sudah 6 bulan ikatan perkahwinan kami. Awal 3 bulan perkahwinan memang banyak cabaran. Itu isteri saya yang kata. Saya rasa begitu tapi tak luahkan pada isteri dulu. Nak tunjuk ego pada isteri kononnya. hahahaha

3 bulan pertama memang banyak cabaran dan dugaaannya. Masa ini lah baru nak kenal dan tahu rentak pasangan masing-masing. Isterilah yang banyak bersabar. Cara saya menggosok baju bagaimana pun dia ingin turuti demi mahu menjaga hati saya. Masak nak rasa apa pun dia akan tanya pendapat saya. Minum nak manis lebih atau kurang pun dia juga tanya pendapat saya. Terima kasih isteri kerana bersabar dan terima kasih juga kerana berjaya menaikkan berat badan saya sebanyak 8 kilo selepas berkahwin. OMG!.

Sedangkan lidah lagi tergigit inilan pula pasangan suami isteri kan. Yang saya dapat pelajari, bila isteri komplen itu ini, suami kena diam dan dengar dan bila suami komplen itu ini, isteri juga kena diam. Kena fikir positive apa yang dikatakan.

Sentiasalah berdoa supaya keharmonian keluarga sentiasa dapat kita pupuk hingga ke akhir nafas.Hidup saling melengkapi adalah tunjang kesempurnaan.

Terima kasih sayang..

Gambar 2 bulan selepas kawin. thanxs to mansur and is sbb jd photographer suka2 kami. Kami takde OP sendiri. Wife pon pakai lipstic je sbb tak pakai mana2 MUA. haha

Friday, September 16, 2011

4 Bulan yang lalu...

4 bulan yang lalu...
27 Jamadil Awal 1432

27 Jamadil Awal 1432


24 Jamadil Akhir 1432..

Doakan kebahagiaan kami hingga ke syurga.

"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami anak kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.."-Al-Furqan :74

Saturday, May 28, 2011

♥ SAVE THE DATE 28.05.2011

Dear beloved friends, bloggers, ex-colleagues & et all,

You are cordially invited to celebrate the wedding uniting Saiful Bahri & Siti Nor Sakinah on Saturday, 28 May 2011.

P/S: Do leave ur address if u want the invitation card ya :)

See u there...

AIE ♥ ENA

Tuesday, February 15, 2011

Wednesday, December 15, 2010

Saya sayang mak saya!

2 bulan kebelakangan ini saya dilanda kesibukan yang amat amat amat sangat. Ceh.. nak tunjuk betapa sibuknya saya. Ya! kawan2 satu opis pun terasa kebahangan sibuk sejak kebelakangan ini. Kalau la badan ni boleh dibelah-belah, sikit buat tender, sikit ke CCM Meeting, sikit ke site meeting, sikit ke site valuation, sikit buat payment. Saya guna perkataaan KALAU. Padahal benda tu tak kan berlaku dalam diri kita.

Masa untuk berehat diri sendiri pun tak ada. Kadang2 bising jugak mak bila tengok asyik aku sibuk dengan kerja je sampai masa untuk diri sendiri takde. Cuti tahun ni pon masih berbaki 10 hari lagi. 7 hari aku forward ke tahun depan dan nak tak nak aku kena habiskan 3 hari cuti sebelum akhir tahun ini. Kalau la ada anugerah pekerja yang tak rajin ambil cuti, agak2 boleh dapat tak bos? hahaha

Saya yakin dalam kesibukan pasti ada hikmah di sebaliknya. Bak kata orang, ilmu dan pengalaman tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Ianya perlu dicari, digali dan harus diaplikasikan. Pernah jugak saya mengeluh pada emak terlalu penat bekerja sampai hampir setiap malam saya akan sampai jalm 10 malam. Balik rumah sudah tentu masa untuk tidur saja. Tapi Alhamdulillah, mak sentiasa memberi dorongan dan kata2 positif.. kerja bukan senang kan. Nak hidup senang, kita kena bersusah dulu. Atas sebab mak faham dengan situasi kerja saya lah, mak banyak membantu untuk membuat persiapan majlis nanti. Bila mak dah dapat quaotation dari kawan2 mak, mak akan update pada saya tanya ok tak kalau kos macam ni, macam tu. Kalau mahal bagi saya, saya cuba nego dengan orang yang mak deal. hahaha.. yang penting budget tidak lari.

Tiap hari ada saja mak update itu ini. Betapa prihatinnya mak sampaikan saya sendiri yang serba salah. Bukan saya malas tapi saya tiada masa lagi untuk cari itu ini. Sabtu ahad pon kadang2 datang bekerja sampai ke petang.

Buat mak, terima kasih mak. Kasih sayang mak takkan berhenti walau saya akan berkongsi hidup dengan seorang yang kini bergelar tunangan saya. Harap dia juga mengerti....



Monday, October 18, 2010

Hujung minggu yang bz

Salam semua. Sementara ada masa ni saya nak update blog laju2. Mata pon dh nak terpejam sebenarnya, Ngantuk yang amat selepas balik kerja. Esok site meeting! Ok, abaikan dulu apa2 jua pasal meeting. Esok pagi selawat banyak2 sepanjang perjalanan pergi ke site meeting. Harap2 klien senyum panjang lebar. Hahaha

Lately ni saya bz ngan macam2 perkara. macam tak cukup masa. Padahal diri sendiri yang tak pandai urus masa lagi. Rasa macam tak cukup 24 jam!!!

Hujung minggu baru2 ni saya bz ngan satu perkara. Ceh..mana bz sangat kan kalau buat satu perkara. kalau buat macam2 perkara baru la dikira bz kan??? Takpe, saya nk cakap yang saya bz jugak sebab saya belum dapat rehat lagi. Badan pun macam dah lesu. Mak suruh g berurut, saya sekeras-kerasnya tidak mahu. Apatah lagi yang tukang urutnya adalah perempuan. Nanti lain macam pulak jadinya. =)

Sila tengok gambar di bawah...





















Nampak tak apa yang saya buat? ha...saya kerjakan yang ini lah..Nampak tak? hasil tangan saya yang tu.. Yang satu lagi hasil tangan kerja emak dan adik. Tiba2 jadi macam kreatif plak. Tapi bila balik kerja td, ada bad news dari akak saya. Katanya, anaknya dah gentel2 benda2 yang warna putih. Nasib baik baru satu kotak digentelnya..Kalau semua, mahunya saya claim pada mama dia. hahaha

Hujung minggu ni jugak saya akan bz jugak. Bz ngan dinner and family day office di KL. Nampaknya kena rehat puas2 dalam bus la jawabnya.

Eh, tak nampak eh gambar apa yang saya tayangkan tu? Kalau tak nampak...nanti2 saya letak lagi. Nanti saya kasi nampak semuanya!



Thursday, September 23, 2010

.........

Rasanya dah lama tangan ni tak menaip apa2 cerita di sini. Bukan takde masa, cuma malas saja. Eh! bukan malas tapi takde masa. Aku rasa masa aku tak cukup 24 jam sehari. Gerak kerja pada waktu pagi, balik kerja memang tak jumpa matahari. Bukan masa tak cukup tapi barangkali aku yang tak pandai manage masa betul-betul.

Salam alaik pembuka bicara. Ya Allah! rindu pada blog! rindu pada kawan2 blog. Maaf, aku tidak berkesemapatan untuk jengah kalian lama2. Singgah baca sekejap untuk mengetahui berita kalian dan aku tidak tinggalkan sebarang jejak. Maaf ya!

Akhir-akhir tahun ni aku dihimpit dengan tugasan yang banyak. Satu pembelajaran yang baru bagi aku. Terima kasih kerana masih diberi kesempatan untuk belajar benda yang baru.

Seronok bekerja dalam dunia yang penuh kesibukan tapi mak sering ingatkan kerja jangan sampai kita lupa pada Allah. Pagi2 ke kerja, aku diriangkan dengan 3 orang anak sedara yang pagi2 lagi bersemangat untuk salam ketika aku hendak ke kerja. Yeay! sayang kalian!!

Oh! lupa nak ucapkan selamat datang kepada 2 orang staf baru. Pompuan pulak tu. Agak2 ada can tak? hahaha. Semoga kita dapat berkongsi ilmu dan pengalaman bersama.

Ok! aku takde entri yang menarik untuk dikongsi. Ada! tapi mungkin aku simpan rapat2 dulu. Sampai masa, aku hebahkan pada kalian. (",)

Aku undur diri dulu. Perlu rehat yang cukup. Oh! esok site meeting Legoland. Selamat malam semua. Perlu rehatkan fizikal dan mental untuk berhadapan dengan klien esok! =)

Sunday, August 29, 2010

Muhasabah Diri

Pejam celik pejam celik Ramadhan semakin dekat untuk meninggalkan kita. Masih ada peluang lagi ke untuk kita berjumpa dengan Ramdahan pada masa akan datang? Wallahualam.

Salam buat semuanya,

Dalam sisa-sisa Ramadhan yang masih tinggal ini, masih banyak lagi yang yang perlu diperbaiki. Dalam erti kata, aku takut tidak berjumpa bulan buat Umat ini nanti.

Semalam aku kerja membawa Kimi. Ya! semangat aku ke kerja memang semakin berkobar-kobar. Banyak yang aku belajar. Terus terang aku cakap, aku suka bekerja. Cuma kadang2 aku rasa tidak bermotivasi bila aku tak dapat siapkan kerja pada masa yang tidak ditetapkan padahal list to do masih menimbun lagi.
Sampai Kimi tanya aku "pakchu tak penat ke?".
Aku just jawab "pakchu kena la kerja, nanti nak belikan Kimi mainan, pakchu takde duit..Kimi ada duit nak beli mainan?"
Kimi jawab " takde.."
Sebenarnya aku tak nak ajar budak kecil tu supaya bekerja kerana duit semata. Yang penting adalah kepuasan dalam bekerja dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua.

Hari ni mak tanya lagi.."tak kerja ke hari ni?"
Aku lantas jawab " Tak mak..."
Mak : Bukan ada tender ke nanti?"
Mak adalah orang yang paling kuat memberi aku semangat. Love u mak. Tapi dalam bulan ni, aku hanya sempat habiskan masa untuk mak bila time waktu berbuka dan selepas waktu terawih. Tapi terawih aku dah ada lubang2 sebabnya aku tersangkut dalam kesesakan lalulintas yang amat teruk time balik kerja.

Dari segi hubungan sesama manusia. Aku rasa aku masih kekurangan. Ya! banyak lagi kekurangan sebabnya ada yang masih berkecil hati sebabnya aku tidak memberikan sedikit ruang untuk kawan-kawan. Uishhh.. macam mana ni..

Masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki. Terima kasih kepada yang sentiasa memberi semangat dan dorongan.

Moga sisa-sisa yang tinggal ni, sama-sama dapat tingkatkan amalan. Memang susah untuk terus jadi yang terbaik tapi at least dalam sehari tu mesti kena ada peningkatan. Itu azam aku.

# Doakan si pencuri accessories kereta aku mendapat hidayah Allah. Tak baik wo bulan puasa ni mencuri.

"Bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup seribu tahun lagi, beribadahlah kamu seolah kamu mati esok."


Thursday, August 26, 2010

Unmotivated


I guess a lot of people have this problem. I'm not exactly "unmotivated", but my depression keeps me from acting so it feels like I am unmotivated.

I have high goals, but can't seem to take the first step.

I need....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails