Dimulakan dengan kalimah basmallah..
Al-fatihah untuk Allahyarham Hj. Maskur Bin Atmom.
Semoga bapak aman di sana. InsyaAllah anak-anakmu sentiasa akan mengiringi doa sebagai hadiah yang cukup berharga bagi almarhum ayahanda.
Hebat sungguh dugaan Allah Taala.Tatkala kasih sayang masih diperlukan, jika Allah berkata kun fayakun, maka dengan sekelip mata Allah akan menarik nikmat yang diberikan.Saya gagahkan juga untuk menempuhi hari2 mendatang tanpa seorang ayah.Sekarang kami adalah sumber kekuatan emak.
"Ya Allah, jika ini ujian yang diberikan oleh-Mu supaya kami lebih mengingati Mu, kami redha Ya Allah.."
Masuk hari ke 7 bapak meninggalkan kami, masih terbayang2 lagi gurau senda bapak bersama kami.Lantaran itu, saya tidak sanggup lagi membuka kedai untuk berniaga seperti selalu almarhum lakukan.Saya tak cukup kuat untuk pijak ke kedai milik bapak.Apatah memijak dan menjalankan urusniaga di kedai, memandu kereta di jalanraya depan kedai juga sudah cukup membuatkan hati ini menangis.Masih terbayang2.
Semalam Allah menguji kami lagi.Kedai kami nyaris dijilat api.Ya Allah, menggigil dan ketakutan saya semasa memandu menuju ke tempat kejadian.Fikiran berkecamuk.Macam2 yang difikir.Hebat dugaan Allah kepada kami.Hampir 2 meter sahaja kedai nyaris terbakar.Rumah jiran di sebelah kedai kami hangus dijilat api.Innalillah....mujur anak2 semuanya selamat.Jiwa saya ingin merintih.Jika kedai dijilat api...bagaimana kami nak hadapi situasi sebegini.
Sekali lagi Al-fatihah untuk arwah bapak saya Allahyarham Hj.Maskur Bin Atmom.Terima kasih kepada saudara mara, jiran tetangga, orang masjid dan rakan2 yang hadir ke majlis tahlil.Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pensyarah dan rakan2 utm, warga sek.keb taman suria dan rakan2 blogger yang mengadakan majlis tahlil untuk arwah.Jemput hadir sekali lagi ke majlis tahlil allahyarham pada
Hari : Sabtu
Masa : Lepas Isyak
Tempat : No 26, Jalan Bayan 64, Taman Megah Ria, 81750, Masai.
Semoga Allahyarham akan lebih tenang di sana.Amin ya rabbal alamin.
20 comments:
hmmm....
seperti biasa.sabar itu penting.
pengalaman mungkin dpt kita kongsi.
sekarang!jika dapat menggenggam tangan seseorang atau meminjam bahu seseorang untuk menangis mungkin dapat memberikan semangat utk mguntum senyuman.
tabahkan diri aie....
reda dengan pemergian ayahanda mu... teruskan kehidupan..
usaha kan segala yang ditinggalkan allayarham.. banyakkan doa kepadanya.. amin!
tabahkan hati dan kuatkan semangat..hanya doa mengiringi arwah ayahnda..
masih ada insan lain yang memerlukan perhatian aie-bonda..
tabahkan dirimu, wahai sahabatku, mungkin senang untuk memperkatakannya, tapi aku tahu, sukar untuk melaksanakannya, walauapapun, setiap dugaan akan menentukan tahap keimanan kita, jika kita pasrah dengan ketentuan-Nya, Pastinya ia akan meningkatkan iman dan ketabahan kita menempuhi hidup. Al-fatihah untuk allahyarham ayahandamu, maaf tidak mampu berkunjung untuk majlis tahlil pd mlm ini,..
Salam takziah. Kdg ujian dtg bertimpa2. Tp smuanya itu mengajar kita unt jd lbh tabah. Ingt:stiap yg berlaku ada hikmahnya.
Mati itu pasti.. Hidup... InsyaALLAH...
Semoga roh beliau dicucuri rahmat... Aminnn
sabar yer
ni sume dugaan dr DIA..
cik yana pun dh kehilangan ayah..
da msuk 12thn ayah cik yana meninggal..
setiap hari cik yana terkenangkan dia..
tp cik yana kna kuat demi mak n adik2..
Al-Fatihah utk mereka yg dah pergi..
Kita yg masih idup nie..kna truskan khdpan spt biasa..
Takziah..Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah.. Insyallah.. Heard about this from my bloggers list...
doakan yg terbaik utk arwah..
amin..
;)
salam takziah...
anis cume mampu berdoa supaya aie dan keluarga tabah menempuh hari2 yg mendatang.
tiap apa dipinjamNya pastikan akan di kemabalikan. sbr ye aie.
bykkan sedekah al-fatihah. moga almarhum di tempat dikalangan org beriman
Hidup perlu diteruskan walaupun ada halangan yang menimpa! Tabahkan hati dan kuatkan semangat utk meneruskan kehidupan ini, dik!
Aie..tabahkan ati ye..
kuatkan semangat..
Allah lebih syg kan dia..
salam takziah..
sentiasalah kirimkan doa untuk arwah ayah mu ya
saya percaya aie seorang yg kuat... Allah tak akan beri ujian pada mereka2 yg tak mampu menanggungnya. sebab ujian Allah adalah bersesuaian dgn kekuatan hambaNya utk menanggung ujian tersebut...
Aie masih punya emak... - cuba bayangkan anak-anak yatim piatu yg terpaks berada di rumah anak-anak yatim sejak dari mereka kecil... (bayangkan ada org lain lebih teruk lagi ditimpa ujian Allah **cara itu akan buatkan kita terfikir ujian yg kita dpt tak lah seteruk mana - (ini adalah cara saya hilangkan rasa kusut bila ditimpa musibah)..
Masa akan sembuhkan segala rasa sedih dan duka. Lama-lama kita akan terbiasa...
Tahu tak, apa hikmah disebalik Allah memberikan kita penuh dgn sifat lupa... dan selalu terlupa. Supaya dgn kelupaan itu kita tak akan berpanjangan berada dlm kedukacitaan mengingati org2 tersayang yg dah tinggalkan kita, atau mengingati segala rasa sedih yg kita tanggung... dan dgn sifat lupa itulah kita akan mampu teruskan hidup seprti biasa semula. Baru 7 minggu Ayah pergi tinggalkan aie.. masih baru... amat sulit sgt nak hadapi hidup.
saya pernah lalui kesedihan ini. kehilangan org tersayang buat selama2nya.. sampai masanya saya pun lupa juga (walaupun tidak sepenuhnya)
kuatkan semangat. jadi contoh kepada adik2. Banyak2 berdoa untuk ayah.
kematian tu sebaik-baik peringatan utk kita... ayah aie dah pun pergi.. lepas ni giliran kita pulak...
aku tahu kau manusia yang tabah. moga kau mampu tempuh semua dugaan dari DIA. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. cuma jangan sesekali mengeluh, kerna tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. moga dugaan kali ini mampu buat kau terus kuat dimasa depan insyaallah.
moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang bertaqwa.
oit! balas komen kat bahagian komen saya ya...
saya..paham. saya paham sgt apa yg aie alami sekarang... sebab kita pernah lalui hal yg sama. org hanya tahu bagi nasihat, tapi mereka tak alaminya... segala bebanan tu kat bahu aie...
saya tak boleh nak bagi tips mcamana nak hilangkan rasa duka tu... hanya masa yg akan sembuhkannya...
seminggu masih terlalu baru... dua minggu pun kira baru, sebulan , 2 bula, 3 bulan pun belum tentu dpt lupakan - mungkin boleh terima kenyataan sedikit...
jgn terlalu mendesak diri utk melupakan kedukaan tu secara mendadak... buat slow-slow... nak melupakan memang sgt payah... sgt2 payah... tapi usahalah.
kalau dgn meniaga tu buat aie terkenangkan bapak... jgn meniaga lagi...
kalau ada brg2 bapak yg buatkan aie ingatkan dia, simpan dulu barang-barang tu kat tempat yg tak boleh dilihat... masukkan dlm kotak ke... (kalau rasa tergamak nak bagi pada orang- bagi je pada orang)...
lepas ni semua perkara akan jadi sulit... payah... sabar byk2 dan aie akan terbiasa dgn kesulitan tu... - nasihat saya sekali lagi, cuba pandang pd org yang diberi ujian lebih hebat dari kita...
Hadiahkan doa banyak2 utk bapak - dan dia akan bahagia kat sana...
"sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"...
doa utk bapak byk2 ya....
salam singgah dan takziah drp sy yer...komen2 dan kata semngat tuh semuanya btul dan sempat juga saya renugngkan ke dlm diri sy sendiri...
salam...
Salam to aie...
Semoga tabah menghadapi ujian hidup. Setiap yg berlaku ade hikmahnye.
kuatkan semangat... kita yang masih hidup masih mempunyai tggjwb yang perlu ditunaikan..
teruskan perjuangan anda di bumi Allah swt
salam takziah.
sesungguhnya yang hidup itu pasti akan mati...
mg allahyarham ayah anda ditempatkan diantara orang2 yang beriman n soleh.
amin...
Post a Comment