Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 03, 2009

Yang terbaik buat kita...

Aku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar.
Ia beri kaktus berduri..
Aku minta rama-rama nan indah,
diberi ulat berbulu..
Aku sedih dan kecewa..
Namun kemudian..kaktus itu berbunga..indah sekali..
Dan ulat itu menjadi rama2 yang sangat cantik..
Itulah jalan TUHAN..indah pada masanya..

TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi DIA memberi apa yang kita perlukan.
Kadang kita sedih, kecewa dan terluka.
Tetapi jauh di atas segalanya DIA telah mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita..

8 comments:

unknown said...

manusia hanya merancang
TUHAN yg menentukan

Tirana said...

kadang2 apa yang kita inginkan bukan menjadi keperluan kita..Allah knows the best..

jagoan said...

Kita berdoa meminta kepadaNya, apa yang kita mahu. Bila kita dah dapat, kita berhenti berdoa. Sedangkan kita seharusnya jangan putus berdoa kepadaNya.

Kita meminta untuk dapat A. Bila dah dapat A, kita tak berkenan, lalu meminta lagi untuk dapatkan AA. Manusia itu tak pernah rasa bersyukur. Dan selalu alpa dan leka. Alahai...

Mak sihat ke?

.

Keri AlHaj said...

bila kita tak dpt sesuatu perkara yg kita nak... anggaplah masanya belum sampai lagi atau Allah akan gantikan dgn hal yg lain yg lebih baik lagi...
setiap dari kita punya bahagian rezeki masing-masing...

mcm yg kak Tirana tulis tu - Allah know the best...

Dhada said...

Betul sgt tuu (:

Myza Pesona said...

Sesungguhnya Allah SWT itu MAHA MENGETAHUI! Tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya! Bersyukurlah!

addyaholix said...

Dia beri kita sedih untuk ketawa.
Dia beri kita kecewa untuk cinta.

Dia tetap beri kita sesuatu untuk sesuatu.

cIk pEnNa said...

sy pernah dapat kiriman sms sama dengan nih..

ermm..berbillion thanks ye Aie sbb post entry nih..

mengingatkan sy supaya sentiasa bersaba dlm apa shj dugaan yg diberi..
Dia lebih tahu segala-galanya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails