Memulakan hari-hari kuliah memang menyeronokkan bagi saya. Apatah lagi apabila ianya di awal semester kerana pada masa inilah dapat bersua kembali dengan rakan-rakan sekuliah. Macam-macam cerita yang akan dikongsi bersama. Malah lebih menyeronokkan apabila dapat bersua kembali dengan pensyarah-pensyarah fakulti.
Seperti biasa, sesi kuliah terus sahaja dimulakan seawal jam 8 pagi pada hari Isnin yang lalu. Kali ini tiada sesi taaruf seperti sebelum-sebelumnya. Barangkali ianya boleh dilakukan atas inisiatif mahasiswa atau mahasiswi itu sendiri.
Memulakan sesi kuliah pada awal pagi amat menyeronokkan. Mungkin masih lagi semangat untuk mendengar tiap patah perkataan dari pensyarah. Cuma kadang-kadang hilang fokus bila mendengar kawan bersembang di sebelah. Mendengar satu per satu tiap bicara pensyarah kadang-kadang satu perkara yang membosankan juga. Apatah lagi jika ianya dilakukan dengan suasana yang amat serius sekali. Mujur pensyarah yang memulakan sesi kuliah pada awal pagi tersebut tidak membosankan kerana ianya diselangselikan dengan jenaka bersahaja yang mempunyai nilai pengajaran tersendiri. Bagi saya, sebenarnya pensyarah tersebut hendak mengingatkan sesuatu kepada para pelajarnya tetapi beliau tidak menggunakan bahasa yang formal sebaliknya menggunakan jenaka sebagai bahan medium penyampaian supaya maksudnya dapat difikirkan sendiri oleh pelajar.
Seperti kebiasaan, setiap permulaan semester, para pensyarah akan sentiasa mengingatkan para pelajar dengan pesanan dan nasihat supaya pelajar tidak alpa dengan tanggungjawab dan hak sebagai seorang mahasiswa ataupun mahasisiwi. Inilah kita!. Manusia yang sering lupa dan alpa dengan tanggungjawab dan hak yang saban waktu kita lakukan, tetapi sentiasa perlu diingatkan dari masa ke masa walaupun ianya sebenarnya adalah rutin kewajipan kita.
Demi Masa, Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh.Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.(surah al asr)
17 comments:
Selamat kembali berkuliah...Semoga Aie sentiasa bersemangat.
gud luck~!
kembali bertazkirah
Selamat kembali ke alam kuliah,tutorial,assignment.....
Semoga sentiasa bersemangat dan tetapkan hati belajar ikhlas kerana Allah...bukan sekadar nakkan ijazah.
Akak doakan yang paling terbaik utk aie...
bt0l2..kdg2 kal0 dgr lec ckp..tgk2 tetiba tersengguk2..hu3
Betul, waktu pagi tak best kelas. Dulu abang selalu buat jadual dengan memastikan kelas start pukul 10 dan petang selepas pukul 5 tiada sukan kerana perlu bersukan waktu petang. Tapi biasanya, pasti ada satu hari kelas dari pagi sampai petang.
salam..
slmt kmbali ke alam kampus..
give to the world the best u have..and the best will come back to u..InsyaAllah..amin
Salam aie..
Caiyok..moga sentiasa bersemangat ^^
teringat plak sy masa zaman kuliah2 ni hehehehe...
mmg best, tapi kalo bab bnyk assignment dan exam tuh aiyooooo hahhahaha
good
mulakan dengan mood yg baik
salam aie, semoga aie akan sentiasa dalam ketenangan dalam menghadapi apapun situasi semasa menimba ilmu.. Insyaallah
selamat kembali belajar,bro! :) bro belajar kt mana eh
ayuh kembali kesekolah, ayuh! good luck bang ayieee...
ohh dah mula kelas balik ek.. ermmm... selamat berkuliah.. suka kuliah pagi2 ni sebab kepala masih fresh.. asal malam tadi tak tidur lewat hu hu..
hari selasa yg lepas ada ke UTM.. ermm leh roger2 pasni he he
salam..
Manusia itu lemah dan pelupa. Hanya sekecil zarah nikmat yang Allah kurniakan, sukar untuk kita menghargainya saat ia menjadi milik kita. Namun saat ia hilang diambil kembali oleh Tuannya, tika itulah kita sedari ia adalah sebesar-besar nikmat.
satu sifat manusia ialah pelupa..
p/s: tq singgah anaklaut
gud luck 4 ur future undertakings...
Post a Comment