Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 21, 2009

Tak ada apa2, sebenarnya ada apa2

Apabila ada orang berkata, "saya tak ada apa-apa ya, saya ikhlas beri benda ni pada awak.Saya tak ada apa2."Maksudnya selalu dia ada apa2. Walaupun bukan semua sebegitu tapi itulah...

Orang yang tak ada apa-apa, dia tidak perlu kata dia tidak ada apa2. Dia beri dan mengucapkan kata-kata penghargaan buat si penerima dan mungkin juga terus pergi. Mungkin kita tidak akan bertemu dengannya lagi sampai bila2. Tetapi orang yang ada apa2, dia memberi kita sesuatu dan dia iringi dengan kata2, "Saya tak ada apa2, saya ikhlas.Ambillah." Selalunya dia memang ada apa2.Sekali lagi saya ulangi, walaupun bukan semua sebegitu.

Dan hari Ahad lalu (semalam), saya terima sesuatu dari seseorang. Mungkinkah dia ada apa2 atau ikhlas? Baru 2 minggu lepas saya menyatakan hasrat saya untuk membeli barang itu dan tiba2 saya dihadiahkan dengan barangan itu. Musykil. Saya harap dia benar2 ikhlas dan tidak ada apa2. Saya jadi keliru kerana mengapa dia terlalu prihatin dengan apa yang saya katakan. Saya tak meminta cuma saya menjawab pertanyaannya melalui laman sembang yahoo messenger dan tidak saya sangka barang yang saya inginkan ditunaikan olehnya. Kami tak pernah berjumpa sebelum ini dan saya bertambah lagi pelik apabila dia menyatakan bahawa id ym saya diperolehi dari blog saya ini dan dia merupakan silent reader yang tak pernah meninggalkan sebarang komen di blog saya. Saya menjadi semakin hairan kerana perkenalan yang baru hampir 6 bulan di laman sembang, dia telah menghadiahkan saya satu barang yang saya inginkan.Bagi saya, kalau saya hendak memilikinya pun, saya fikir banyak kali.

Alahai...sahabat yang saya anggap seperti abang sendiri, saya ucapkan jutaan terima kasih atas pemberian itu. Tapi saya terfikir bila di akhir perbicaraan kami, seolah-olah ada pengharapan dari saya..Bila difikir takut juga. Semoga Allah melindungi saya, sahabat yang memberi dan kalian semua.

Saya harap, jika dia membaca entri ini, dia tidak berkecil hati.

22 comments:

Fly said...

salam sahabat...have anice day

GRuNGe said...

Salam Aie. Lama tak update yea. Owhhh, mengenai entry Aie ni, rasanya pemberian tu ikhlas Aie. Jangan difikirkan. Sesungguhnya tu dah jadi rezeki Aie. Bak kata orang tua-tua, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Janganlah ada perasaan syak wasangka dalam diri Aie. :P Tu jer abang nak pesan.

akhis said...

~baiknya dia nk bg ap yg awak nk...

AiE bAhRi said...

Fly,
salam bro..have a nice day too..

GruNGE,
Abg man, Saya sedikit bz dengan project.tu yg lama tak update blog dan lepas ni mungkin juga jarang update.Saya tak nafikan kebaikan dia tapi sedikit kekeliruan berlaku dlm fikiran saya. Dan saya tak syak dia yang bukan2 cuma saya harap dia betul2 ikhlas.Betul!rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari tapi rezeki ni saya rasa besar sgt nilainya..syukur yang tak terhingga..

Untuk yang memberi, saya tak syak bukan2,,cuma fikiran saya yang terlalu negatif mungkin.

akhis,
Ya!insan@pemberi itu mmg baik dr kaca mata saya.

Abg Din said...

Pemberian yg ikhlas haruslah diterima dengan ikhlas juga....

Kita hendaklah sentiasa berprasangka baik terhadap orang.....

AiE bAhRi said...

Abg Din,
terima kasih mengingatkan saya. Mungkin saya lupa.Selalu fikirkan negatif.Mungkin juga langkah berhati2..

Tapi di akhir perbualan kami, saya terkir dengan pernyataan darinya kerana ada pengharapan yag lain di sebalik pemberian itu. Saya jadi negatif!

Saya perlu meminta maaf kepadanya jika sangkaan saya salah..

Unknown said...

orang memberi - dikelompok dalam 2.
satunya memberi
duanya mengambil

yg memberi tidak pernah persoalankan apa aku akan dapat..

yang mengambil - apa aku akan dapat...

pastinya keduanya adalah penyumbang...

kita fikirkan

AiE bAhRi said...

- jinggo -,
terima kasih mengingatkan saya.

IamYonna said...

i think bro tak patut sangsi kot. i'allah beliau ikhlas menghadiahkan benda tu mungkin sebagai tanda persahabatan tak pun, mungkin beliau nak memenuhi impian bro.

mungkin secara tak langsung ada entry2 atau kata2 bro yang menolong beliau ke. well, kita tak tahu kan? hehehe..

best jugak ada org kasi hadiah mcm ni kan> hehhee nasib bukan pompuan :p

ASYIQ said...

Moga2 tak ada unsur negatif lain udah le..

Orang memberi kita merasa...terimakasih daun keladi!!

TokNabe said...

Bersangka baik ada faedahnya.

Kasawari said...

Salam Bro..

wah dapat apa tu bro.. takder apa2 ek.. he he.. dapat jersey Man utd baru ker.. he he..

betul kata tok nabe kita tu bro..

Keri AlHaj said...

salam aie...

bersangka baiklah. niat ikhlas atau tak ikhlas bukan kuasa kita menilainya... kita sama sekali tak tahu keikhlasan seseorg apabila memberi. jadi cuba elakkan dari fikir hal yg bukan-bukan...

org berbudi kita berbahasa.. besykur dan berterima kasih atas apa yg diberi... bimbang nanti ada hati yg terasa bila kita macam nak soalkan keikhlasan org...

arsaili said...

salam..semoga dia ikhlas dan kita pun ikhlas menerima...InsyaAllah masih ramai orang yang baik dalam dunia ini dan kita shld be blessed berjumpa dgn mereka

Anonymous said...

terima seikhlasnya, yang penting bersangka baik, walau ada niat yang tersembunyi, itu antara dia dan yang esa, kita x berhak mengadili, namun andai menerima mnyusahkan hatimu, lebih baik tidak menerima, namun tolak dengan baik, jadi, andai saudara sudah menerima, yakinlah dengan keikhlasannya, insya allah

AiE bAhRi said...

Yonna,
saya jadi terlalu negatif sekarang ni.Terlalu sangsi.mudah2an ada kemaafan untuk saya.Kalau perempuan saya tak sangsi kot.muakakaka

Kak ASYIQ,
Mudah2an macam tu la...

Tok nabe,
betul3

Bro Kasawari,
Salam untuk bro juga..
Dapat yg lebih berharga dr jersey Man U.hehehe..ceh..riak plak..

AiE bAhRi said...

Abg Chime,
Salam abg...
Saya kadang2 lupa bang..selalu pk yg bukan2 sejak dua menjak ni.Entah la bang..Perlu muhasabah diri lagi dan lagi..Dan saya juga telah meminta maaf kepada si pemberi kerana memikirkan yang bukan2.

arsaili,
saya hargai dia..Sangat bersyukur dipertemukan buat pertama kali.

saiyidah_nafisah,
Terima kasih atas ingatan saudari.

Kapten Luffy said...

bestnya

aku x pernah dapat hadiah lg

unknown said...

setuju dgn komen abg din tu

addyaholix said...

selalu fikir dari sudut positif aie. aku yakin dia ikhlas. jangan buruk sangka kelak ada hati yang terguris. anggap itu rezeki tuhan yang dah tertulis untuk kau. dan, sekarang kau peroleh seorang lagi sahabat.

kita manusia biasa, yang naluri negatifnya lebih kuat.

I-sya said...

aie, betul kata mereka semua. terima seikhlas hati setiap pemberian org. kalau hati berkata2 simpanlah sendiri sbg langkah berhati2. yg ptg bersangka baiklah pada mereka yg berbuat baik pada kita. bersyukur dengan rezeki yg diperolehi... aie antara yg terpilih... syukurr...

King Of Single said...

aah ek....memula td ekyn ingat gurl yg bagi...
skali rupenye laki..
em mmg die ikhlas...insyaALLAH...
tp ekyn sangsi gak ni huhu
xpenah jumpe..jd silent reader..ym..end up kasi adiah lak?
em xpe aie..die mmg sorg hamba ALLAH yg baek..
musuh xmo d cari yup..haha

n_n

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails