Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 24, 2009

Bulan Untuk Bertaubat!

Selamat datang Bulan Ramadhan.Bulan mulia yang menjadi penghulu segala bulan.Walaupun terlewat mengucapkan selamat datang bulan Ramadhan, ianya bukan masalah bagi saya. Oh ya, hampir lupa untuk menggantung kad yang diberi oleh kak As sempena kedatangan bulan yang mulia ini.Terima kasih kak.


Dua-dua saya ambil..hahaha..

Kita bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menyambung segala ibadah di bulan Syaaban lalu pada Ramadahan ini.Sesungguhnya kedatangan Ramadhan ini memberi kita peluang untuk melakukan segala kebaikan.Allah telah menjanjikan pelbagai nikmat dan balasan pahala di bulan ini.

Di negara jiran kita iaitu Indonesia, kedatangan bulan Ramadhan disambut bagaikan menyambut kedatangan pesta besar oleh rakyatnya yang beragama Islam.Sebulan sebelum kedatangan bulan mulia ini, mereka sudah memasang sepanduk sana sini sebagai melahirkan betapa tidak sabarnya mereka untuk menunaikan ibadah puasa.Malahan satu sepanduk berjaya menarik perhatian seorang rakan saya yang belajar di sana yang baru pulang dari negara jiran itu untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga di sini.

Menurut rakan saya itu, pelbagai kata-kata menarik telah digantungkan di sana-sini.Suasana itu nampak sungguh meriah, dan satu sepanduk yang berbunyi "Bulan Untuk Bertaubat!" benar-benar menarik perhatiannya.Keadaan ini agak berbeza di negara kita, di sini sebulan sebelum kedatangan Ramadhan, pusat membeli belah kita sudah sibuk mempromosikan jualan mereka untuk menyambut raya.Lagu-lagu hari raya diputarkan di sana-sini.Ini menunjukkan betapa tidak sabarnya kita untuk menyambut raya sedangkan berpuasa pun belum lagi.

Untuk itu, marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan memahami sedalam-dalamnya konsep berpuasa ini. Memang tepat pun apabila dikatakan bulan Ramadhan adalah bulan tepat untuk bertaubat tetapi mengzuhudkan diri kita di bulan Ramadhan ini, memberi kita peluang untuk menghayati erti taubat itu sendiri.

Ketika segala jenis syaitan dirantai di bulan ini, maka inilah masanya untuk kita membersihkan dii dan terlepas daripada gangguan itu.Namun kalau kita memahami dengan lebih terperinci, syaitan itu sebenarnya bukanlah penghalang atau musuh sebenar untuk kita melakukan kebaikan atau melawan kehendak diri.Apa yang patut kita sekat adalah nafsu kita sendiri.Inilah 'musuh' utama yang perlu kita perangi sebab ia ada dalam diri kita dan sudah sebati dalam diri kita.Kalau kita mampu menentang kehendak nafsu ini, ibadah kita akan berjalan lancar dan kita akan bebas dari pengaruhnya.

Sejauh mana kita mampu melenyapkan pengaruh nafsu ini, bergantung pada betapa ikhlasnya kita menerima kedatangan Ramadhan ini.Kalau kita berpuasa kerana orang lain berpuasa, atau kita berpuasa hanya untuk selesa menyambut raya, atau sekadar untuk mengelak umpat keji, maka kita fikirlah sendiri, apa yang kita dapat di sebalik lapar dan dahaga kita itu.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Dan ada lagi kad yang belum saya gantung..Terima kasih kepada kak Ita. Semoga Ramadhan yang kita tempuhi menjanjikan sinar keimanan dan kebahagiaan buat kita semua.InsyaAllah.

Yang ni pun dua-dua kad saya ambil.Terima kasih atas tanda ingatan.

Jangan mara kepada sesiapa yang masuk rumah saya kena tembak dengan pistol tu. Hanya orang-orang yang tak puasa tanpa sebab je kena tembak.

11 comments:

Unknown said...

bro..
semuga ramadan ini - kita dirahmati dan diberkatiNya dan dipermudahkan dalam segala urusan...

Tirana said...

Salam Aie,

Selamat berpuasa..mudah-mudahan kita diberi kekuatan oleh Allah utk menggandakan amalan di bulan yang mulia ini.

sharamli said...

xtahan tgk kek tu..hu3...
selamat berbuka aie..

imHepPie said...

seb bek posa brsebab so xde ar kene tembak muahaha

Ivy Metaga said...

selamat berpuasa aie..=)

Bro Framestone said...

cool ke... mne de la...besa2 je... niat hati nk jadi penulsinovel..tppe kan daya... xterdaya... anyway salam ramadhan...

thank coz sudi jejak ke blog baru bro.. klu leh update la link ke sinie... coz hari2 ade update terbaru

GRuNGe said...

Wuish, nasib baik abang puasa Aie, kalau tak, konpim kena tembak.

Wah Aie, dah dapat 4 kad raya. Bagus Aie ni.

Aie, salam Ramadhan buat kamu juga. Maaf yea lama tak singgah blog kamu dan membaca entry-entry kamu.

queenlyana said...

aie, ouchhh rasa mcm kena tembak walaupun puasa. Takooottt nyeh layout aie nih.

btw, I suka lagu blog ni. Sangat sukeee. Sangattttt sukeeee..

Maiyah said...

salam aie.. tokojut akak, nak tembak sapa dik.. hehe selamat menjalani ibadah puasa

IamYonna said...

haha terkejut tgk layout.menusuk jantung ok :p

bro,nak alamat umah bro and ur full name ok heee

email > yonna2yonni@gmail.com

ASYIQ said...

Aie...

Dahsyatnya lay out...orang tak puasa je yg kena tembak...hihi.Kelakar!

Budaya org Islam di Mesia dh lagu tu...menyambut ramadhan dengan pesta makanan, pesta kain baju, pesta nyanyian...nampak gayanya nafsu tetap diberi keutamaan.

Moga kita berusaha untuk berubah...bermula dari diri kita sendiri! Kuat semangat bro...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails