Ujian pertengahan semester petang tadi dari jam 4.30 sehingga 5.30 memaksa saya untuk menumpang bermalam di bilik seorang rakan. Tambahan pula, saya malas untuk berhadapan dengan kesesakan lalulintas pada waktu petang sebegini Mujur semasa bersalaman dengan emak, saya telah memaklumkan kepada emak bahawa kemungkinan saya tidak berbuka bersamanya. Bagi memastikan emak tidak berasa sunyi, saya menghantar emak ke rumah kakak. Di situ sekurang-kurangnya ada cucu-cucu emak yang boleh membuatkan emak tersenyum.
Berbuka dengan rakan-rakan membuatkan saya berfikir. Mungkin beginilah hidup sebagai anak rantau. Di rumah, walaupun lauk yang dihidangkan tidaklah banyak, tetapi kemanisan berbuka bersama keluarga pasti ada. Itu pendapat saya. Rakan yang baru pulang dari kampung menyambut Ramadhan bersama keluarganya juga berpendapat sebegitu.
Saya yakin, kalau bukan atas tuntutan mencari ilmu atau kerjaya, pasti semuanya ingin meluangkan masa bersama keluarga ketika hadirnya Ramadhan al-Mubarak. Di situlah ikatan silaturrahim akan menjadi lebih kuat.
Esok hari, saya akan menghantar emak ke Kelantan untuk bertemu anak-anak dan cucunya yang lain. Biar sesibuk mana pun, urusan untuk bertemu keluarga perlu diatur. Saya pasti, dengan cara membawa emak berjumpa anak-anak yang lain, sekurang-kurangnya linangan air mata ketika sambutan Ramadhan tanpa suami di sisi dapat dikurangkan.
Untukmu arwah bapa, tahun lepas adalah Ramadhan terakhir buatmu.Semoga tahun ini, kami dapat meneruskan amalan tadarus walau kami tak pasti adakah ini Ramadhan terakhir buat kami..Wallahualam.
17 comments:
Salam Aie,kak skaf juga pegang pd prinsip itu. keluarga adalah segalanya. Biar susah sikit, biar berkorban sikit, asal itu dapat membahagiakan mereka, tak mengapa Aie, bahagia mereka adalah bahagia kita juga.
salam aie.. satu hari nanti bila dah berkeluarga blehlah rasa camna seronok berkumpul ngan isteri n anak2 apalagi suma adik bedik pun join, skrg ni kene ler sabar dulu, impian harus dikejar nanti bila impian tercapai mula plak episod baru sebagai suami bapa atau Bos kat tmpat keje sapa tahu kan
salam aie...siapa kita tanpa keluarga? siapa kita tanpa ibubapa? adakah kita tanpa mereka? tepuk dada tanya iman....
tau xpe..sdey bkk kt kt h0stell.tiap2 kali bkk n sah0r..tringat kt mak abah..makan apa dy0rang kt umh..entah beselera..entah tidak..
bagusla..skurang2nya mak aie xsunyi..
tau xpe..sdey bkk kt kt h0stell.tiap2 kali bkk n sah0r..tringat kt mak abah..makan apa dy0rang kt umh..entah beselera..entah tidak..
bagusla..skurang2nya mak aie xsunyi..
slam aie...
selalunya, 1 ramadan ni saya ibaratkan mcm 1 syawal jugak... semua mesti kena ada kat rumah ayah... biar tak sempat bersahur bersama, yg utama berbuka tu semua kena ada... dah jadi tradisi keluarga pulak.
>> Salam Ramadhan buat aIe sekeluarga....
=)
Aie,
"Sujud dahi mencecah bumi,
Tanda syukur kebesaran ilahi,
Ramadhan mubarak tiba lagi..
Bersamalah kita menambah iman di
hati...."
Selamat Berpuasa..:)
kerana itu aku berusaha balik kampung untuk berpuasa dengan bonda tercinta...ada something yang terasa tapi tak tercerita saat berbuka bersama keluarga
huhu..
last week, 1st day puase sempat berbuka dgn family..
tp diz week x dpt balik..
ade exam...
tp next week nak balik...
=)
salam ramadhan~
(^_^)
Tahun 2007, berbuka ala orang bujang ketika berada di melaka.
Petang2 terpaksa ke pasar ramadan mencari juadah kemudian sorang2 kekadang dengan kawan menunggu waktu berbuka di bilik. emm... memang seronok berbuka bersama keluarga.
sayunya bila bro tulis bapak kt situ. Erm, sabarla.
buka puasa dengan kawan2 best apa? meriah jugak. cuma tak masak jela ngn diorang!
lmbt lagi ku nk balik kpg ku di sabah.. huhuhu
lmbt lagi ku nk balik kpg ku di sabah.. huhuhu
hmm, yeah.memang betul. ayah saya meninggal dunia 6thn yg lepas n sejak tu kami mmg sllu nak make sure mak tak sunyi.
sibuk mane pun we all,priority ttp pada mak. if leka sekejap, pasti hati rasa xsedap.
apa bungkus2 tu aie?
buka lah~
hehehe~
salam...bro aie.
kelate dok mana?
Post a Comment