Saya masih ingin berkongsi kisah saya semasa di Kelantan. Kisah yang berlaku semasa saya berada dalam train untuk menuju ke Tanah Merah. Selepas menidurkan seorang anak saudara, (yang seorang lagi mak saya yang tidurkan) saya lepak di bahagian pintu train sambil membaca buku "Di Atas Sejadah Cinta" hasil penulis terkenal iaitu Habiburrahman el-Shirazy. Sengaja saya baca berulang kali kerana saya suka cerita motivasi sebegitu. Sedang asyik saya duduk di bahagian pintu train sambil membaca, saya ditegur seorang lelaki cina.
Dia : U mau turun mana?
Saya : Tanah Merah..u?
Dia : Tumpat
Saya : Balik kampung ke?
Dia : Bukan, saya mahu bawa anak-anak saya sembahyang di sana.
Saya : O..saya ingat u balik kampung cuti sekolah macam ni.
Dia : Kampung saya di JB saja. Saya mahu anak-anak saya minta pada Tuhan.
Saya : Bila balik JB semula?
Dia : Malam esok balik semula.
Saya terfikir. Sedangkan orang yang bukan beragama Islam sanggup dan semangat pergi ke tempat sembahyang mereka semata-mata ingin berjumpa Tuhan mereka, kita yang beragama Islam hendak menunaikan solat di masjid atau surau sebelah rumah pun susah nak lakukan. Padahal Islam itu syumul, Tuhan kita (Allah) ada di mana-mana saja. Bukan susah hendak meminta dan berdoa.Cuma kita saja yang malas lakukan.
13 comments:
bt0l..kdg2 malu dgn dy0rg yg bukan n0nmuslim...
kita sangaka dapat berjumpa di mana-mana sebab tu sering terleka
salam adik, mmg ramai yg masih leka dan anggap solat ini rasa berat nak dilakukan.. moga mereka akan diberi hidayah
semoga kita juga sedar dan terus istiqamah untuk semakin dekat dengannya
biasala, benda baik belakang rumah tamo nak pegi, tapi sbb benda tak baik, 1000km pom bleh pg
Tak ada ubat khas penyakit malas ni. Nak berubah...... kena diri sendiri yang buat.
hohoho~
betul2~
kadangkala..mereka malas mencari~
Haaa haaa...sentuhan yg agak dalam maksudnya.
Terfikir dan berfikir....
manusia mmg begitu..
aku antara manusia yang alpa aie. terima kasih untuk ingatan kamu!
salam..satu renungan yang bagus dan peringatan buat kita semua
salam aie..
hmm, jgn kata nak ke surau atau masjid. dalm rumah sendiri pun ada masanya malas nak buat... ntah apa sebenarnya yg memalaskan kita utk bersembahyang padahal bukannya berat sgt pun dan bukan lama sngat pun. Apa sebenarnya yg memalaskan kita. kita sendiri yg pupuk sikap malas tu...
iskk..sgt memalukan..kita neh kdg nak pi surau depan umah pon..alahai...
Post a Comment