Minggu ini saya perlu bersiap sedia untuk menghantar draft tesis kepada penyelia.Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.Gara-gara memo yang dikeluarkan panel menyatakan pelajar perlu menghantar draft tesis pada 16 September kepada penyelia masing-masing, membuatkan pelajar menjadi kelam kabut. Bila difikirkan semula, ada baiknya juga menghantar awal.Sekurang-kurangnya boleh menikmati suasana raya dengan tenang.
Pengalaman semasa mendapatkan responden kadang-kadang membuatkan saya tersenyum sendirian. Dari penduduk, pemaju sehinggalah perbadanan pengurusan bangunan kediaman pasca tingkat saya temui.Pelbagai ragam dan layanan. Dan salah satu responden yang membuatkan saya teringat apabila saya dilayan oleh seorang staf wanita yang bekerja dengan pihak pemaju.
Saya mengetuk pintu pejabatnya.Sebelum saya ke pejabat tersebut, saya sudah mengkaji latar belakang syarikat tersebut terlebih dahulu di mana organisasinya kebanyakan terdiri dari bangsa cina.
Selepas dibenarkan masuk, saya memberi sapaan 'hello and good morning' dan saya mula speaking dengannya dengan menyatakan tujuan saya datang ke situ. Sapaan saya itu dibalas. Memandangkan raut wajah wanita tersebut seperti cina dan kebetulan dia memakai skirt paras atas lutut dan mengenakan pakaian yang agak seksi, saya memanggilnya dengan panggilan Ms. Ann dan membahasakan diri sebagai 'i' dan 'u' sahaja sebagai pengganti nama diri.
Sedang saya rancak mengajukan soalan kepadanya, tiba-tiba saya ditegur olehnya.
"Dik, kalau nak berurusan, bagilah salam terlebih dahulu.lagipun kita kan orang Islam dan bulan ni kan bulan puasa, panggil saya akak pun takpe, tak perlu guna ganti nama 'i' dan 'u'".
Saya diam dan terkedu.Saya terima tegurannya. Mungkin dia tidak selesa atau biasa dengan penggunaan bahasa seperti itu.Bagi saya, saya dah cukup fomal ketika berurusan dengannya.
Selesai berurusan dengannya, saya terus memandu untuk berjumpa dengan responden yang lain.sepanjang perjalanan, saya memikirkan teguran itu. Adakah saya yang bersalah tidak memberi salam? Jawapannya saya tak pasti sebab melihat penampilannya seperti orang cina, saya tidak memberi salam tetapi saya memberi ucapan selamat pagi sebagai pengganti salam. Tambahan pula nama samarannya seperti orang bukan Islam juga. Rupa-rupanya nama sebenarnya adalah Suzana dan dipanggil Ann.
Fikir saya lagi. Saya tahu iman seseorang tidak boleh diukur melalui perwatakan dan penampilan tetapi kan lebih manis jika kita nak tegur seseorang supaya memberi salam, penampilan kita selari dengan penampilan orang Islam. Baru tampak lebih manis lagi untuk berbicara soal adab memberi salam ketika berurusan.
Apa-apa je la. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada Puan tersebut yang telah memberi kerjasama kepada saya untuk menjayakan kajian saya.
13 comments:
Ha ah..kalau kita sndiri confuse dgn penampilan dia...mcm mana. nnti beri slm tak disambut plak. Keliru kita kan?
Biasa berlaku di mana2 perkara ini.
Aie...tolong doakan kejayaan kak ngah ...UPSR bermula esok!
lebih elok kalau dimulakan dengan salam tak gitu
sekarangkan bnyk kawen campur, jadi kadang2 tak dapat nak bezakan org tu bangsa apa kan..., takpe aie tak salah pun...
xpe la..tima je la teguran tu...
hehe..takpe Aie, kesilapan yg tak disengajakan. (Sbb tu wanita Islam ada tatacara berpakaian utk membezakan muslimah dan org2 bkn Islam, jika org tersalah anggap dgn kita disebabkan penampilan kita, jgn salahkan org lain..)
iskk..kalo saya pon rasanya musti hengat tuh cina gak..adeh...cara dia tegur tuh da bagos tpi pakai lak sexy giler..apekah???
boleh tingkatkan PR thesis ko ni sebab jumpa ramai org
salam aie.. hai gamak nyer dunia :(
hehehe..kak tirana pun pernah terkena..nak bagi salam, takut bukan islam..teragak-agak..last sekali dia yang bagi salam..Dari situ baru tau dia beragama islam tapi penampilan tidak melambangkan demikian.. Salah kita ke? Salah dia la...hehehe
hihihihihihi..klu ateh la..bukan salam je..ateh terus mengorat dia untukdi jadikan bini tau..hhaahhhaa
Salam tuan rumah.....thanks 4 dropping by at my blog.
Ni sy dtg m`jenguk kembali. :)
aie: hoho. Kalu aku jdk ko error gak laa..dlm ati aku akan jwb blk yg 'aku xslh, da die pkai mcm bkn cara org islam pakai, slh die laa..' hoho. pastu bile die tegor cm tu, aku akn bls, 'ops, sorym ngat kan akak ni chinese..' haha. kasi mkn dalam sket..hoho
hehe..sy phm keadaannye..hmm..slh dia jgk kut..spttnye sblm dia tegur orang dia kne perbetulkn diri dia dlu.tmbh2 soal yg jls berkaitan nga cara islam
:)
Post a Comment