Setiap hujung minggu, saya dan emak pasti akan menziarahi pusara ayahanda. Kalau tidak sempat membacakan yasin, kami hanya membacakan al-fatihah dan membersihkan apa yang patut di kawasan pusara ayahanda. Setiap kali selepas menziarahi pusara, saya akan singgah sebentar di rumah pakcik kerana kawasan perumahannya berhampiran dengan pusara ayahanda. Biasanya, kalau singgah di rumah pakcik, kami lebih bercerita mengenai hal-hal keluarga sahaja. Terima kasih kepada pakcik (abang kepada emak) yang sentiasa sudi berkongsi pendapat dengan saya.
Dalam kerancakan berbual, tiba-tiba pakcik saya bertanya, berapa kos untuk membuat pusara ayahanda. Saya menjawab sekian dan sekian. Memang saya akui, saya yang memilih bentuk pusara itu setelah berbincang dengan emak dan adik beradik lain serta setelah bertanya pendapat kepada seorang ustaz yang mengajar saya sewaktu di kampus. Pusara ayahanda hanya ditutupi dengan rumput jenis carpet dan dua nisan sebagai pengenalan pusara arwah. Bentuknya memang cukup ringkas kerana itu yang dipersetujui setelah kata sepakat antara adik beradik diambil.
Alangkah terkejutnya apabila tiba-tiba pakcik saya membuka cerita yang menyatakan pakcik (adik arwah bapa) berjumpa dengannya dan menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila kubur arwah hanya dilakukan sebegitu. Dia seolah-olah marah kerana ada mengungkit tentang duit pembahagian antara adik beradik arwah, hanya dilakukan sebegitu rupa sahaja! Ya Allah, saya mula berfikir apakah tindakan saya salah?. Saya ambil tindakan untuk diam dahulu. Malas untuk membantah kerana bimbang dikata saya mula menunjukkan sikap kurang ajar kerana dia pernah mengherdik sepupu saya yang lain berkenaan pelajaran juga.
Saya ambil teguran itu sebagai positif. Untuk menjelaskan kepadanya, saya perlu ambil masa juga sebab dia (pakcik) seorang yang baran juga. Bimbang perkara lain pula terjadi. Katanya kepada pakcik saya yang satu lagi, kenapa tidak dibuat bertingkat dan pasang jubin atau marmar di pusara arwah ayahanda saya. Tak mungkin perkara itu saya lakukan! Sebabnya akan lebih menyeksakan arwah pula. Fikir saya, kalau dibina dari konkrit, tidak mungkin konkrit itu akan mendoakan arwah tapi ustaz saya kata, kalau kita membina dengan menanam tumbuhan di pusara, InsyaAllah, tumbuhan hidup itu sentiasa berzikir untu arwah. Mungkin memang betul, jika pusara dibina seperti gambar di atas itu, akan lebih cantik dan nampak gah tetapi lebih elok lagi jika duit yang ada kita gunakan untu perkara kebaikan yang lain. Itu lebih berfaedah.
Marah dan teguran pakcik saya tidak berasas langsung. Jika dia seorang yang memahami situasi dan hukum untuk arwah, dia tidak akan berkata sebegitu kerana
Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.
Sudah jelas dinyatakan membina kubur dari bahan marmar adalah haram hukumnya. Saya perlu menjelaskan kepadanya cuma saya tunggu dari pertanyaannya sendiri kepada saya. Bukan bererti ita yang muda tidak boleh menegur yang tua, asalkan teguran itu ada asas dan bukti yang kukuh. Sebabnya ini semuanya melibatkan persoalan berkaitan hukum.
Gambar penghargaan di sini
Tidak penting kubur itu cantik atau tidak asalkan amalan kita di dunia sentiasa "cantik" untuk kita bawa bekalan di alam sana. Jika amalan kita "cantik", insyaAllah kubur kita juga akan kelihatan serinya. Jika tidak boleh menerima hakikat bahawa bina kubur seperti dua gambar di atas adalah haram, terpulanglah pakcik. Rumah sudah kata pergi, kubur dah pun memangil-manggil come on bebeh..
Wallahu'alam
13 comments:
alahai bang~
dia tak mengerti bang~
sbrlah dik, kalo membantah nanti lain plak jadi :)
"Rasulullah saw menegah dari mengecat kubur dan duduk diatasnya serta membina binaan diatasnya(atau menambah2 ketinggiannya), (atau menulis keatasnya)".
[hadith dikeluarkan oleh Muslim 3/62, Abu Daud 2/71, al-Nasaai 1/286-284, al-Tirmudzi 2/155, al-hakim 1/370, Ahmad 3/332.339,399 - Dua2 tambahan oleh abu Daud & al-Nasaai, dan yang pertama oleh al-Baihaqi]
~sabar jer lah...
~dulu abah ade bgtau...
~xtau dah mn satu kubur arwah tok wan...
~abah kata yg penting selalu sedekah kat arwah tok wan...
Bila yg bersyarah tak hbs blaja agama mcm tulah. Pe kata print psl ayat nabi tu boh dpm peti surat dia. biar dia baca. esok2 klw dia mati sndiri idakla dia nak buat bangunan atas kubur sndiri tu. moga2.
Erm...sabar ajelah. Dia tak faham apa yg dituntut dan apa yang dilarang....dlm perkara ni mmg kita kena rujuk pd yg tahu.
Jalan yang terbaik adalah diam dahulu....bila situasi selesa barulah boleh slow talk dgn dia.
selesaikan el0k2...
ke patut diamkan?
Slowly bagitau pak cik apa yang boleh dan apa yang tak boleh tentang menghias kubur. Kalau dia tak percaya, bawa dia jumpa ustaz, biar ustaz saja yang explain kat dia.
aku yakin kau tahu yang mana terbaik untuk arwah. sabarlah aie!
Errmmm... Liana pun pernah dengar jugak pasal hadis yang Aie sebut tu. Pengetahuan agama tidak mewakili jumlah usia.
Tua atau muda masing-masing ada khilafkan..
Semoga pakcik tersebut sedar dari ketidakfahaman beliau tersebut. Aminnn.
biarla ape org nk kta yg pnting kita tau apa yg kita buat tu btol...
salam,
bagi je gambaq bro, dan pesanan rasulullah kat dia.. apa la pelik2 macam tu sekali. kalau nak buat hebat sangat kubur mcmtu, nt dia mati suh anak2 dia buatkan.. buat ala2 orang cina.
payahla bila ada orang yg tak ada ilmu buat - buat pandai~
klu bro la kan...maybe pakcik tue dah di black list sampai die sendiri pun xleh nk bercakapape2..
sorry bro mmg jenis kurang ajo sikit xkisah tua muda... sebab teu pak cik mak cik bro sorg pun xberani nk bertegur dgn bro... (maybe sebab malu or xtahn if mendengar lafaz yg terkeluar dari mulut bro)
bnde elok knep perlu dipenyusahkan... elok dipermudakan... anak sedara elok di bg nasihat n tunjuk ajar dan bukan meminta mereka mengiyakan kita
ops sampai sinie je la... xnk lanjur2
www.broframestone.com
Post a Comment