Baru-baru ini semua blogger hangat menceritakan berkenaan seorang teman blog yang menipu kami hidup-hidup. Mungkin semuanya berasa kecewa dengan sikapnya. Saya akui, blognya memang saya akan kunjungi bilamana ada entri terbaru kerana entrinya begitu terkesan sekali. Saya tak nak ulas lebih lanjut tentang perkara itu sebab rasanya tak perlu selagi tiada penjelasan darinya walapun bukti-bukti yang kukuh telah diperolehi.
Cuma saya nak ingatkan kepada blogger2 lain, kita jangan mudah untuk mempercayai orang lain sebabnya boleh jadi blogger yang sedia ada juga menipu. Sebab apa saya kata begitu? Sebab saya juga alami..walaupun tidak menipu identitinya tapi kalau tidak menepati janji juga dikira menipu juga bukan?
Saya pernah memasuki pertandingan yang ada di kalangan blogger adakan dengan tujuan untuk memeriahkan blognya. Seingat saya, saya pernah memasuki tiga contest yang diadakan oleh tiga orang blogger yang berlainan. Janjinya untuk memberi hadiah hanyalah sia-sia sahaja. Bukan hadiah yang saya harapkan..kadang-kadang saya memasuki contest tersebut hanyalah sekadar suka-suka dan untuk memeriahan blog mereka tetapi jika tidak mampu untuk memberi sebarang ganjaran, jangan berjanji dengan peserta yang memasuki contest. Sebab jika sudah berjanji tapi tidak ditunaikan juga merupakan satu perbuatan yang menipu.Saya tak pasti ada blogger yang lain menghadapi situasi yang sama macam saya atau tidak cuma sedikit terkilan bila mereka tidak menepati janji. Walaupun sekali niat untuk menaikkan rating blog anda, jangan sampai orang lain anda tipu untuk kepentingan diri anda.
Dalam dunia yang serba canggih ini, apa-apa boleh terjadi..kita sebagai manusia yang waras, bertindaklah mengikut akal, menilailah orang dari semua aspek, jangan menilai dari satu sudut sahaja. Kita tak ke mana. Bukan di sini tempat kita sebenarnya..tempat kita sudah sedia menanti di alam akhirat. Cuma kita perlu bersedia sahaja. Siapa kita sebenarnya sudah dinilai oleh dua malaikat yang menjaga ita kiri dan kanan.
Hidup dengan jadi diri sendiri adalah lebih indah lagi. Saya tak marah kepada sesiapa cuma sedikit kecewa dan terkilan sahaja.
20 comments:
pakchu..jgn mrh2....
xpe la..xdpt adiah tu..sekurang2nya..pemenangnya...AIE....
kn..hu3
hehe xpe laa aie. maybe org tuh lupa kot nak kasik hadiah
sha,
tak marah pon..saje nk ingatkan blogger2 lain..Kalau wat contest tu biar tepati janji.Jgn ada niat tertentu je.Tak mengharap sangat tapi tak besh la kena tipu kan..
Kalau dpt hadiah tu boleh kasi pada anak2 buah..huhuhu
Kak Ween,
Pk positive kak..saje nk meriahkan blog mereka.bukan mengharap pon..lalala~~~
huhu...
chill aie..
myb org tuh dia x sengaja kot..
Salam Aie...
Kak Tirana masih dalam keadaan yang terkejut..kalau boleh tak nak percaya tapi bukti dah ada depan mata..
Pasal contest tu..kak tirana tak pernah anjur contest dan tak pernah juga sertai mana-mana contest..sebab kak tirana tak tahu apa tujuan contest tu sebenarnya. Well kalau setakat inginkan orang datang ramai-ramai ke blog kita...bagi kak tirana tak pe la kalau orang tak jenguk blog kak tirana pun sebab kak tirana menulis untuk kepuasan diri sendiri. Kalau kebetulan orang masuk dan baca serta dapat manfaat, kak tirana bersyukur kepada Allah..
kalo dh wat kontes tu kenelah bg hadiah pd pemenangnya, jgn hangat2 taik ayam je..
tapi tak suma camtu kan sapa mkn cili dia rsa pedas :)
ermmm mmg betul tu,sis pun maleh nk layan contest2 ni...hehehe
tp kan Aie,mmg terkejut beruk le dgn berita panazz tu, ntah le ek apa yg di fikirkan mnjd org lain tu..apa sebenarnye yg dia mahukan dlm dunia blogging ni ek...ermmm
harap2 'dia' dh insaf dgn perbuatan nya....
miszluna,
mungkin juga!sebenarnya tak harap apa pon..cuma nk ingatkan je. Nak jd femes bukan cara begini.hehehe
Kak Tirana,
Kita tunggu kebenarannya kak. Perkara2 mcm ni kena ambil masa juga. Doakan yang baik2 saja.
8 words i want to say, i love my blog, i love ur blog!
Blog akak mmg ada manfaat untuk saya yang sering dahagakan cerita2 seperti itu..
Kak maiyah,
betul kak, ni mcm hangat2 tahi ayam.Mesti ada yang termakan cili ni kan kak? walau dalam alam maya sekali pun, jgn la menipu.Kita ada yang maha Agung.
Sis Lin,
Lain kali malas nk join melainkan contest msjbox.hehehe
Kita doakan yang terbaik buatnya.
huhu...
mungkin tak jangka ramai yg akan join kot..
takpelah, kita saling ingat mengingatkan antara satu sama lain..
aie..
maaf nur lama tak jengah blog kamu.
=)
aie cerita ape eh ni? nak tau jugak haha. kenapa macam kte jer xtau.
NuR,
takpe..kita saling ingat mengingati..itu lagi baik..
nur, tak perlu minta maaf..bukan satu kewajipan untuk singgah di blog saya.Kita utamakan apa yang utama dulu..
notso_violet,
ada cite sensasi mot..panas!!!hehe
banyak contest utk mengglamourkan mereka dan dapat duit nuffnang aje. susah nak cari yang betul2 tulus. tapi ada jugak yang bagus, sebab sha dah melawat blog2 yang mengambilkira kebajikan blogger yang lain. dan sha pun pernah dpt hadiah dr blogger:)
tp, part cerita tu mmg agak susah. ada yang tak kisah bila cerita peribadi ditayang. ada juga yang terpaksa edit cerita peribadi.
utk sha, cerita sha bertema. kalau boleh dikaitkan dengan peribadi, insyaAllah. tp kalau tidak, kena edit sikit. sebab dalam real life, org yang nak gunakan cerita peribadi dalam blog utk jatuhkan kita pon ramai.
blogging kena hati2.
Mgkn dia buat contest utk org ramai2 dtg menyertai. Nama lagi dunia maya...apa2 "maya" pun boleh berlaku.
Blog yg mana satu eh...?
Haha...selalu ketinggalan.
Salam
pasal contest.. mcm2 dh wujud.. contest senyum la.. contest komen pling baik terbanyak.. dh mcm2.. ada contest yg bg ganjaran pd winner RM ribu.. langsung tak percaya.. pada saya nak memeriahkan blog.. kongsikan ilmu.. semua dpt ilmu itu lbh baik.. pasal contest lgsung xminat..
sabar ja la.. perlu lebih berhati2..
-maiza-
cHeRyNa PiReS,
thanks kongsi pendapat..saya suka kalau cerita peribadi untuk memberi ganjaran dan manfaat untuk orag lain tapi kalau cerita peribadi dengan couple yg belum tentu sah miliknya dan tayang pic yg boleh mendatangkan keaiban untuk sendiri, saya rasa itu melampaui batas.
Kak Asyiq,
i need discuss with u about this..feel free pliz contact me.
MaizaC'Joe,
Kak, sekarang perlu lebih berhati2 eran alam maya ni boleh jadi apa jua perkara yang di luar jangkauan.
comfirm perenggan pertama yonna terasa! HAHHAA.
sebenarnya ada jugak rasa sesal memaki beliau dgn begitu hebat sekali.biasalah darah muda,panassss je. tp tak berniat nak menghapuskan entry tu. hee.rasa puas lah dpt hamput dia haha. walaupun dia tak berikan penjelasan. bukti dah ada, tunggu tuan punya badan cakap je lah. agaknya dah berambus kot,senyap je.xpun tengah create blog baru :p guna nama lain pulak ke hee
hurm pasal pertandingan tu. selama yonna hidup,2x je pernah masuk pertandingan yg ditawarkan hadiah.so far yonna tak pernah ditipu.heeee.
sesetengah tu,diorang mmg nak naikkan traffik je.niat kat hati sape tahu kan?
moral,jgn percaya org.
jgn masuk pertandingan :p
yonna,
kalau ikutkan semuanya marah kepada nya.. Macam saya, yonna, dir, kak ween n pajeli anggap dia sebagai sahabat dan abg yang baik suatu ketika dahulu. Tapi bila tahu kes mcm ni, hati siapa yang tak marah kan? cuma marah kita mungkin tidak terlalu lama.
Hati manusia..mmg siapa yang tahu..erm..kalau dpt jumpa, agak2nya nk buat apa? hempuk 88 kali boleh tak? hahaha..
Yang penting kita doa yang baik2 untuk mereka.
Urgh~
Siapakah bang?
ALahai~
Sampai hati buat begitu akn?
Tak tepati jnji juga dikira munafiq.
Post a Comment