Semalam Amsyar tidur di rumah bersama emak dan saya (pakchu).Kiranya kami tidur bertiga malam tu. Amsyar kalau waktu tidur memang susah nak dipeluk atau tidur setempat. Buas dan lasaknya waktu tidur menyebabkan emak dan saya asyik berjaga kerana disepak oleh Amsyar. Memang tak boleh tidur nyenyak.
Biasanya dalam jam 3 pagi, emak akan tukar pampers Amsyar. Bimbang kencingnya tembus ditilam tapi malam semalam Amsyar tidak kencing. Emak tak jadi tukar lampin dan biarkan sampai pagi.
Dalam jam 6 pagi, saya bangun dari tidur tapi terasa di kain pelikat sudah basah. Cis! kencing malam ke aku? itu yang saya fikirkan. Mula meraba di bahagian tilam yang saya tidur. Memang basah. Kelihatan Amsyar di sebelah masih nyenyak tidur.
Diam-diam saya ke tandas supaya emak tidak tahu kain pelikat saya sudah basah. Bila selesai mandi dan solat, saya check semula bahagian tilam yang saya tidur. Basahnya sedikit tetapi sebaliknya di bahagian Amsyar tidur.
Nasib baik! Kalau tak mesti emak yang tuduh pakchunya yang kencing malam.Rupanya pamper Amsyar yang dah tembus pagi itu.
8 comments:
uish..maksudnya dlm masa 3 jam amsyar kerap la kencing kn..sbb mak bgun k0l 3 kering lagik...
pampers tu dah lari kedudukannya kot sebab tu tembus..hehehe..
hahaha nyaris nak cakap pakchu kencing mlm...musykil tu :)
kena pakai pampers yg lebih lasak lg tu...
Orang jawa kata ngompol... :)
hehe.. mesti memula rasa konpius.. bebudak ni camne pun nk kene gak tukar wlau rasa dah x perlu tukar takut jd camni
tapi takpe kenciing budak x menusuk baunya muahaha
satu tips...
jangan on aircond time tidur atau jgn bagi minum banyak sangat sejam b4 tido.
:-D
salam..pakchu dah besar2 takan kencing malam..tu mimpi kot ahaha
Post a Comment