Sesiapa yang tak mengenali saya, pasti akan ada yang cakap saya ni “macam bagus”. Raut muka yang tidak mudah senyum dan pandangan sinis dari saya memang akan membuatkan orang akan berkata hal yang negatif tentang saya. Itu saya tahu sebab emak dan adik menjadi tukang komen tetap saya. Adik siap kata, kalau dia baru kenal saya, rasa mahu dilempang sahaja muka saya.
Memang saya lambat mesra dengan orang. Mungkin ambil sedikit masa untuk mudah mesra. Tapi biarlah lambat mesra asalkan saya mudah selesa dengan persekitaran di sekeliling. Lambat mesra bukan bermaksud sombong dan tidak betul. Saya ambil jalan mudah untuk diam supaya tiada bait bicara saya yang boleh mengguris hati dan perasaan orang lain.
Tapi kalau ada tindakan saya yang kurang menyenangkan, tolong tegur dengan cara yang sewajarnya. Jangan tegur macam diri tu dah bagus sangat. Lebih baik buat muka macam bagus dari perasaan diri sentiasa bagussssss!!!!*damn*
9 comments:
lu memang bagus pun
eh..1st time kita jumpa..aie senyum je...he3
kita jadilah diri kita sendiri....
begitulah manusia... apa yg di luar akan sentiasa jadi bahan utk dinilai...
senyum pun bukanlah tanda mesra... dan tak mudah senyum pula bukanlah tanda sombong....
antara kenalan saya di layar maya internet ni... aie adalah yg terbaik. tak akan ada perkara yg dpt merubahnya.
"kalau asal benihnya baik... campak ke laut pun kan jadi pulau"...
**abang shuk**
salam aie.
dah lama sangat aku tak jenguk sini.
tak perlu kau berubah untuk buat orang selesa dengan kau, tapi kau sendiri tak selesa dengan perubahan yang kau buat. kau cuma perlu jadi diri sendiri. itu lebih baik.
bg sy la.. mmg tak boleh nak ngam ngn orang yg tak berapa nak mesra ni pada awal2 perkenalan..susah la nak kawan.. sy ni bnyak cakap dan peramah,bila jumpa spesis yg lain dari sy, mst rasa menyampah..hehe..
tapi snyuman adik kat profile nmpak manis gak apa hehe
Tak kenal maka tak cinta..... hehe.
be yrself is the best part of your life.
salam perkenalan.
Post a Comment