Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 22, 2009

Saya,Komputer,EX5,"Si Merah" dan Amsyar Harith

Memulakan hari-hari tanpa perkara-perkara yang disebutkan amat sukar bagi saya. Benar-benar menguji saya pada awal semester akhir ini. Selepas satu perkara, satu perkara lain yang buat hal. Mungkin ini dugaan buat saya. Masalah terbesar yang saya hadapi apabila tiba-tiba komputer tidak boleh dihidupkan. Pada semester akhir ini, saya memang berniat untuk memberikan laptop kesayangan saya kepada adik saya dan mengambil komputer kepunyaan sebagai tukar milik tapi apabila memulakan pengajian, komputer tiba2 buat hal. Saya jadi tak keruan apabila tugasan yang banyak menanti untuk disiapkan segera. Mujur ada sahabat-sahabat saya yang membantu untuk membetulkan apa yang rosak. Rupa-rupanya motherboard dan power supply komputer tersebut telah mengalami kerosakan.

Apabila komputer siap dibetulkan, masalah baru timbul pula. Motor peninggalan arwah bapa saya tiba-tiba tidak boleh dihidupkan untuk saya ke masjid berhampiran. Padahal baru sebulan saya menghantar ke bengkel motor bagi tujuan servis tapi masih lagi mengalami kerosakan. Ini juga dugaan buat saya.

Sebelum dua perkara tersebut berlaku, "Si Merah" saya juga mengalami masalah. Saya bersiap untuk ke kampus berjumpa penyelia tesis saya sebelum semester baru dimulakan bagi persiapan awal, pada awal pagi saya hendak memanaskan enjin "Si Merah",kereta tak boleh dihidupkan. Rupa-rupanya masalah berpunca daripada bateri kereta.

Selesai masalah-masalah ini, balik dari kampus pada minggu lepas, mak saya cakap bingkai gambar kesayangan saya telah dipecahkan oleh Amsyar Harith. Ingatkan mak hanya bergurau sebab dia tahu saya terlalu sayangkan bingkai gambar itu tetapi bila melihat hanya terdapat gambar keluarga sahaja di atas kabinet membuatkan saya pasrah. Dan hari ini, Amsyar Harith buat hal lagi, dalam diam-diam dia naik ke bilik saya.Mungkin sekadar untuk bermain di atas katil sahaja tetapi malangnya, cermin besar saya retak sebab Amsyar jatuhkan dan monitor komputer wider screen saya juga jatuh dari meja.Mujur tiada kesan retak pada monitor tesebut.

Kejadian-kejadian seperti itu memang betul-betul menguji saya,Mujur saya duduk di rumah dan biasiswa kediaman kolej yang tidak dipotong membolehkan saya untuk 'cover' dengan kejadian seperti ini.

Peristiwa sebegini banyak mengajar saya erti kesabaran. Dalam kehidupan, banyak perkara-perkara yang kita tidak sangka terjadi pada bila-bila masa.Bila Allah berkata 'kun fayakun' maka, akan jadilah sesuatu perkara yang Allah inginkan.Kita sebagai hamba, hanya perlu bersedia menerima ujian dan dugaan dengan hati yang rela kerana kekeluhan itu akan lebih menyukarkan kita.

Untuk anak pakchu,Amsyar, pakchu pukul tangan kamu untuk mengajar kamu untuk menjadi seorang yang tidak berani mengacau hak milik orang lain.Niat pakchu hanya untuk mengajar.Pakchu tak marah Amsyar sebab Amsyar antara insan yang sentiasa gembirakan hati pakchu.

Tuesday, July 21, 2009

Tak ada apa2, sebenarnya ada apa2

Apabila ada orang berkata, "saya tak ada apa-apa ya, saya ikhlas beri benda ni pada awak.Saya tak ada apa2."Maksudnya selalu dia ada apa2. Walaupun bukan semua sebegitu tapi itulah...

Orang yang tak ada apa-apa, dia tidak perlu kata dia tidak ada apa2. Dia beri dan mengucapkan kata-kata penghargaan buat si penerima dan mungkin juga terus pergi. Mungkin kita tidak akan bertemu dengannya lagi sampai bila2. Tetapi orang yang ada apa2, dia memberi kita sesuatu dan dia iringi dengan kata2, "Saya tak ada apa2, saya ikhlas.Ambillah." Selalunya dia memang ada apa2.Sekali lagi saya ulangi, walaupun bukan semua sebegitu.

Dan hari Ahad lalu (semalam), saya terima sesuatu dari seseorang. Mungkinkah dia ada apa2 atau ikhlas? Baru 2 minggu lepas saya menyatakan hasrat saya untuk membeli barang itu dan tiba2 saya dihadiahkan dengan barangan itu. Musykil. Saya harap dia benar2 ikhlas dan tidak ada apa2. Saya jadi keliru kerana mengapa dia terlalu prihatin dengan apa yang saya katakan. Saya tak meminta cuma saya menjawab pertanyaannya melalui laman sembang yahoo messenger dan tidak saya sangka barang yang saya inginkan ditunaikan olehnya. Kami tak pernah berjumpa sebelum ini dan saya bertambah lagi pelik apabila dia menyatakan bahawa id ym saya diperolehi dari blog saya ini dan dia merupakan silent reader yang tak pernah meninggalkan sebarang komen di blog saya. Saya menjadi semakin hairan kerana perkenalan yang baru hampir 6 bulan di laman sembang, dia telah menghadiahkan saya satu barang yang saya inginkan.Bagi saya, kalau saya hendak memilikinya pun, saya fikir banyak kali.

Alahai...sahabat yang saya anggap seperti abang sendiri, saya ucapkan jutaan terima kasih atas pemberian itu. Tapi saya terfikir bila di akhir perbicaraan kami, seolah-olah ada pengharapan dari saya..Bila difikir takut juga. Semoga Allah melindungi saya, sahabat yang memberi dan kalian semua.

Saya harap, jika dia membaca entri ini, dia tidak berkecil hati.

Friday, July 17, 2009

Ada telor la..Yes..boleh main bola..













Sekadar berkongsi kegembiraan bersama keluarga abang saya..Tahniah. Bulan depan saya akan dapat 2 orang anak baru. Buat akak ipar dan akak saya, semoga Allah memudahkan urusan kalian.InsyaAllah.

”Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi ‘Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptanya dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.” (Surau A-Li-‘Imraan, 3: Ayat 59).


FirmanNya lagi (Surah Fussilat, 41: ayat 53) bermaksud: “Dan akan diperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”


Monday, July 13, 2009

Ammar Hakimi & Amsyar Harith


Sudah 4 hari yang lalu Kimi tidur dengan pakchu. Lenguh tangan pakchu bila bangun pagi sebab Kimi tidur berbantalkan lengan pakchu.

Katanya, Kimi takut tidur rumah mama dan ayah. Kimi nak tidur dengan pakchu dan emak (nenek) sebab rumah mama dan ayah ada hantu katanya. Kalau Kimi dah tidur rumah emak maksudnya adik Amsyar juga akan tidur di rumah emak (nenek). Sekurang-kurangnya emak dan pakchu tidak la berasa sunyi sangat bila ada Kimi dan Amsyar tidur bersama.Tapi, bila bangun pagi, setiap hari pakchu kena jemur tilam pakchu sebab adik Amsyar tembus akibat kuat sangat minum susu.Alahai..busuk la tilam pakchu. Pakchu tahu sebenarnya sebab apa Kimi dan Amsyar nak tidur dengan emak dan pakchu.Sebabnya Kimi dah pandai dan tahu yang sebulan lagi Kimi dan Amsyar akan dapat adik baru.

Semalam.Kimi pulang dari kampung dengan ayah. Kimi bawa durian pulau untuk pakchu dan emak. Memang sedap.Mama dan adik Amsyar tak dapat balik sebab mama ada perjumpaan dengan pegawai pendidikan daerah. Kimi balik ke pulau naik boat dan singgah di pulau Sibu. Kimi kata, Kimi nampak air kat laut. Kimi seronok main air laut di pulau dengan sepupu-sepupunya sampai kulit Kimi dan bertukar gelap macam kulit pakchu. Haha.

Hari ini, pakchu tiada kuliah.Maksudnya pakchu boleh luangkan masa dengan Kimi dan adik Amsyar. Untuk anak-anak pakchu yang lain, pakchu tetap rindu kalian.

Sunday, July 12, 2009

Saya hampir lupa..


Bekunya airmata kerana kerasnya hati..

Kerasnya hati kerana banyaknya dosa..

Banyaknya dosa kerana panjangnya angan-angan..

Panjangnya angan-angan kerana kerasnya hati


Astaghfirullah..saya hampir lupa dengan sesuatu perkara..Moga-moga masih ada kesempatan lagi..

Friday, July 10, 2009

Belajar sambil bekerja itu boleh..tapi harus bijak mengatur.

Rasanya tidak lewat lagi untuk saya ucapkan tahniah kepada sesiapa sahaja yang dapat melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Saat ini, semuanya harus dirancang dengan baik.dari segi pengurusan diri, masa dan belanjawan sebabnya berada hampir di puncak kejayaan memerlukan penyusunan yang rapi dari segala segi.barulah hasilnya bombastic!

Melihat gelagat pelajar pada awal semester membuatkan saya tersenyum sendirian.Lebih-lebih lagi apabila wang pinjaman baru masuk.Bertambah meriah pusat membeli belah terdekat dipenuhi dengan pelajar untuk membeli keperluan. Lebih meriah apabila pelajar mula menggunakan duit pengajian untuk membeli segala bagai gadget terbaru yang berada di pasaran.

Tidak dapat dinafikan pendapatan diperolehi melalui pekerjaan tetap tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan isi rumah setiap bulan. Ditambah dengan keadaan kos sara hidup dan harga barang yang semakin meningkat, ia pasti menambahkan beban kewangan kepada sesiapa sahaja.

Apatah lagi jika berstatus pelajar yang mana perbelanjaan harian hanya bergnatung kepada keluarga, biasiswa dan pinjaman tabung pendidikan semata-mata.

Antara penyelesaian masalah ini adalah dengan melakukan kerja sambilan dan yang paling penting adalah kita tidak perlu malu jika apa yang kita lakukan boleh memberi kesenangan kepada kita dan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung.

Bagaimanapun banyak perkara perlu dipertimbangkan dan dikorbankan jika ingin melakukan kerja sambilan memandangkan status pelajar yang boleh dibawa.Adakah ia mendapat persetujuan keluarga?pihak pengurusan tempat belajar?Dan banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk bekerja sambilan.

  • Tambah pendapatan
Selain boleh menyelesaikan masalah kewangan ditanggung, kita juga boleh meringankan beban keluarga (bagi yang mendapatkan biasiswa pa&ma) kerana sudah mempunyai pendapatan sendiri.Malah bayaran yuran setiap semester juga tidak lagi perlu mengharapkan bantuan keluarga.
Selain itu, kerja sambilan ini juga memberi pengalaman baru dalam diri individu. Di sinilah kita belajar perit jerih ibu bapa mencari wang untuk menanggung keluarga dulu serta membentuk keyakinan diri untuk terus maju hidup.
  • Berdikari
Keinginan untuk bekerja sambilan ini perlu bergantung pada diri sendiri sama ada boleh ataupun tidak.Jika sanggup buat, buatlah.Jika tidak dan hanya mendatangkan keletihan dan empunya diri tidak berbaloi untuk meneruskannya,maka tidak perlulah.
Jangan memaksa diri untuk melakukan setiap perkara yang tidak mampu dilakukan hingga mengabaikan pelajaran.
Pertimbangkan sebaik mungkin masalah yang akan berlaku jika sudah membuat untuk terus melakukannya.
  • Lakukan asal halal
Paling penting kerja yang dilakukan adalah halal kerana wang diperolehi akan digunakan untuk tujuan pembelajaran dan makan minum harian.
Jika wang yang diperolehi tidak halal maka ia akan memberi kesan dalam diri sendiri serta pelajaran.
Oleh itu, sebagai pelajar adalah penting untuk mencarai kerja sambilan yang tidak menyalahi undang-undang.Bagaimanapun, tidak perlulah memilih, lakukan kerja-kerja yang termampu mengikut kemampuan serta masa kerana pelajaran masih penting walaupun ketika bekerja sambilan.
  • Perlu bekorban
Jika mempunyai kerja sambilan, masa untuk menelaah pelajaran akan berkurangan.Di sinilah pembahagian masa penting untuk mencapai kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik ataupun pekerjaan yang dilakukan.
Kerana terdapat juga ramai pelajar yang terkandas dalam pelajaran merek akibat terlalu taksub dengan mencari wang lebih untuk menampung perbelanjaan harian.Bagaimanapun,perlu diingatkan pelajaran masih lagi perkara terpenting yang perlu diambil kira dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.
  • Buang rasa malu
Kita tidak seharusnya malu jika membuat kerja sambilan seperti budak pencuci bilik hotel ataupun pelayan kedai makan.Apa yang kita harus sematkan dalam fikiran adalah kerja yang dilakukan dan wang yang diperolehi halal di sisi agama.

Oleh itu, perkara utama yang perlu dilakukan sebelum mencari kerja sambilan ialah kita perlu melihat keadaan diri sendiri. Adakah kita mampu melakukannya atau tidak?

Walaubagaimanapun, duit pinjaman atau biasiswa yang diperolehi sebenarnya adalah lebih cukup terutamanya pemegang biasiswa JPA jika kita bijak menggunakan wang tersebut dengan cara yang berhemah malah kita boleh melabur lagi lebihan wang pada hujung semester nanti.Percayalah!

Wednesday, July 08, 2009

Kitalah manusia...yang sering terlupa..

Memulakan hari-hari kuliah memang menyeronokkan bagi saya. Apatah lagi apabila ianya di awal semester kerana pada masa inilah dapat bersua kembali dengan rakan-rakan sekuliah. Macam-macam cerita yang akan dikongsi bersama. Malah lebih menyeronokkan apabila dapat bersua kembali dengan pensyarah-pensyarah fakulti.

Seperti biasa, sesi kuliah terus sahaja dimulakan seawal jam 8 pagi pada hari Isnin yang lalu. Kali ini tiada sesi taaruf seperti sebelum-sebelumnya. Barangkali ianya boleh dilakukan atas inisiatif mahasiswa atau mahasiswi itu sendiri.

Memulakan sesi kuliah pada awal pagi amat menyeronokkan. Mungkin masih lagi semangat untuk mendengar tiap patah perkataan dari pensyarah. Cuma kadang-kadang hilang fokus bila mendengar kawan bersembang di sebelah. Mendengar satu per satu tiap bicara pensyarah kadang-kadang satu perkara yang membosankan juga. Apatah lagi jika ianya dilakukan dengan suasana yang amat serius sekali. Mujur pensyarah yang memulakan sesi kuliah pada awal pagi tersebut tidak membosankan kerana ianya diselangselikan dengan jenaka bersahaja yang mempunyai nilai pengajaran tersendiri. Bagi saya, sebenarnya pensyarah tersebut hendak mengingatkan sesuatu kepada para pelajarnya tetapi beliau tidak menggunakan bahasa yang formal sebaliknya menggunakan jenaka sebagai bahan medium penyampaian supaya maksudnya dapat difikirkan sendiri oleh pelajar.

Seperti kebiasaan, setiap permulaan semester, para pensyarah akan sentiasa mengingatkan para pelajar dengan pesanan dan nasihat supaya pelajar tidak alpa dengan tanggungjawab dan hak sebagai seorang mahasiswa ataupun mahasisiwi. Inilah kita!. Manusia yang sering lupa dan alpa dengan tanggungjawab dan hak yang saban waktu kita lakukan, tetapi sentiasa perlu diingatkan dari masa ke masa walaupun ianya sebenarnya adalah rutin kewajipan kita.

Demi Masa, Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh.Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.(surah al asr)

Sunday, July 05, 2009

Datang dengan harapan...pulang biarlah dengan kejayaan...

Masa hujung minggu saya habiskan dengan menghantar adik dan sepupu saya pulang dan mendaftar di kampus. Masing-masing terpancar keseronokan mereka untuk memulakan sesi pembelajaran pada semester baru. Semoga dengan bermulanya semester baru akan menambahkan lagi semangat baru mereka untuk menunaikan kewajipan menuntut ilmu.

Sabtu-saya menghantar adik saya pulang ke kampus bersama keluarga. Semangatnya berkobar-kobar mahu pulang ke kampus kerana katanya ingin mendapatkan keputusan yang lebih baik lagi berbanding pada semester-semester yang lalu. Suasana di kampus biasa sahaja bagi saya kerana pelajar baru telah pun mendaftar pada minggu yang lalu. Minggu ini kelihatan pelajar-pelajar kanan sahaja yang sibuk untuk urusan mengambil kunci bilik masing-masing. saya dapat rasakan semangat baru mereka.

Ahad-saya menghantar sepupu saya untuk urusan pendaftaran pelajar baru. Suasana yang lain saya dapat saya rasakan kali ini. Melihat suasana semasa pendaftaran itu, mengingatkan saya kembali kenangan semasa mula-mula mendaftarkan diri sebagai pelajar di institut pengajian tinggi. Kelihatan pelajar-pelajar baru bersemangat untuk menyambung pengajian semula. Saya kagum dengan semangat ibu bapa mereka sehinggakan sanggup beratur bersama anak mereka untuk urusan pendaftaran. Melihat keadaan itu, saya tersenyum sendirian. Inilah yang dinamakan pendorong dan semangat dari ibu bapa. Saya jadi lebih terharu apabila bukan sahaja ibu bapa yang datang semasa pendaftaran, malah saudara mara juga turut sama datang untuk memberi semangat. Saya masih ingat lagi cerita seorang sahabat. Katanya, dalam kawasan kampungnya, hanya dia seorang sahaja yang memperolehi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi sehinggakan emak dan ayahnya mengadakan kenduri kesyukuran besar-besaran dengan menyembelih seekor lembu untuk dijamu oleh seluruh penduduk kampung. Tambahnya lagi, melihat kegembiraan emak dan ayahnya menjadikan dia tidak sampai hati untuk belajar sambil lewa di kampus kerana bukan emak dan ayahnya sahaja yang memberi harapan, malah keseluruhan penduduk kampung turut memberi harapan yang penuh kepadanya.

Lebih mengkagumkan saya, apabila ramai juga pelajar kurang upaya (OKU) yang mendaftarkan diri sebagai pelajar di institusi tersebut. Kegigihan mereka membuatkan saya berasa rendah hati dan sering terfikir. Manusia yang dianugerahkan dengan sifat yang sempurna sering mengabaikan keistimewaan yang diberikan walhal mereka yang kurang upaya ini tidak sedikit pun berasa semangat mereka luntur walaupun takdir mereka sebegitu.

Saya juga dapat rasakan kehangatan semangat adik-adik saya yang baru mula untuk mengenali kehidupan sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi di kampus. Semoga semangat dan niat mereka seiring dengan apa yang mereka harapkan.

Biarlah kita datang dengan penuh harapan dan semangat yang berkobar-kobar...dan akhirnya kita akan pulang dengan kejayaan yang diharapkan. InsyaAllah.

Semester ini, saya tidak menetap di kolej kediaman kampus atas sebab untuk menemankan emak yang bersendirian di rumah. Terima kasih kepada pihak HEP yang meluluskan permohonan saya untuk tinggal di luar kawasan kampus. Saya tidak akan menyalahgunakan peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak HEP dan fakulti.InsyaAllah.

Friday, July 03, 2009

Hanya gambar..




Saya baru sampai di Jb semalam. Dari JB ke Kuala Lumpur, saya bermalam sehari di sana di rumah abang dan terus ke Kelantan. Saya gembira cuti kali ini walaupun seorang adik saya tiada di rumah kerana duduk di asrama. Kali ini saya banyak menghabiskan masa untuk belajar memasak bersama mama angkat tersayang. Ma, nasi kerabu so! Bereh..

Tidak sabar rasanya untuk memulakan semula pengajian di kampus pada hari Isnin ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails