Friday, November 06, 2009

Love is F.L.O.W.E.R

Sejak kebelakangan ini, saya asyik memikirkan apa sebenarnya makna Love atau Cinta. Bukan bermakna saya dilamun cinta cuma entah mengapa fikiran saya sering mempersoalkan anugerah cinta ini.Mungkin semua orang ada pandangan yang berbeza mengenai maksud ini. Tapi bagi saya Cinta boleh diibaratkan seperti bunga. Ianya harus sentiasa dibajai, disiram dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang supaya ianya sentiasa harum mewangi..


Dalam minggu yang lepas, saya mendapat mesej dari seseorang yang mendoakan supaya saya mati cepat agar sesiapa sahaja tidak boleh memiliki dan mendampingi saya. Saya rasa pengirim sms itu seorang yang penakut kerana tidak menggunakan nombor telefon bimbitnya sendiri. Alahai...saya bukanlah seorang yang bodoh dan saya bertindak untuk mendapat bantuan sahabat saya untuk mengenalpasti siapa pengirimnya.Akhirnya saya tahu juga! Tu la...kan senang pakai no sendiri.

Saya tak faham apa yang dikehendaki olehnya. Setahu saya, saya berkawan dengan semua orang cuma cara layanan saya mungkin ada yang terkurang. Tapi bila saya mendapat mesej sedemikian, saya jadi terfikir sebentar kerana selepas saya mendapat tahu siapa pengirimnya, saya cuba menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Rupanya, ada perasaan yang tak sempat diluahkan kepada saya. Ermm..no komen!

Itulah..perasaan yang ada kalau tidak diluahkan, ianya tidak akan membibitkan perasaan cinta antara satu sama lain. Walau kita mengimpikan puteri atau putera raja tetapi tidak disampaikan, maka hajat kita tidak akan kesampaian sampai bila-bila. Cinta! Ya, ianya seperti bunga...untuk memastikan ianya sentiasa mekar dan mewangi, ianya harus sentiasa dibajai, disiram, dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Tanpa elemen itu, cinta akan layu ibarat bunga juga...

Perasaan cinta tak boleh dipaksa-paksa. Oleh itu, jangan paksa saya!

13 comments:

maiyah said...

takkan sampasi kta gitu, bengong

imHepPie said...

haha...sampai cmtu skali beliau fanatik..dasat sungguh

AiE bAhRi said...

Kak Maiyah,
tu bukan jatuh tahap bengong lagi kak..dah tahap gila meroyan. Mintak jauh dr perkara2 yg tak elok.Nauzubillah!

queenlyana said...

Love is sweet like flower lah aie..
Ngeee ~ ada jugak orang nak berdoa smpai macam tu. Fanatic betol kan..
Takpelah aie, soal jodoh tak boleh paksa..paksa macam mana pun tak boleh jalan punya..

Lyana doakan aie bahagia sokmo..! Ngeee

sharamli said...

mungkin tu cara dia meluahkan..

ASYIQ said...

Alahai...kesimpulannya aie ni single lg le ye. Lelaki ok je...makin umur bertambah makin la naik saham. Jadi buku redspot.

Kalau wanita pula makin umur meningkat makin turun saham...jadi old newspaper!!

Itu ayat2 zmn akak belajar dulu. Thats why abang2 final year cari adik2 freshies...dua2 redspot.

Kalau cinta tertolak pun jgn la ckp smpai mcm tu.....sakit hati punya pasal la tu.

Berkawan utk berkahwin lg bagus aie. Dah tiba masa sok baru cari...ok tak???

nuRuLain_zAiNi said...

huhu..smpi mcm skali ek..

cinta mati...hehe..

d kan lgu tu...nge~~

Tirana said...

Sesungguhnya dia bertindak begitu sebab dia tidak tahu..ilmunye cetek...Maafkan dia dan doakan supaya dia bertemu jodoh yang lebih baik.

AiE bAhRi said...

imHepPie,
org tu mereng sikit kot otaknya..sebab tu jd gitu.

lyana,
love is sweet like sugar la ..hehehe. Saya juga doakan lyana bahagia2 sokmo jugak.

Kak Asyiq,
sekarang nk cari junior2 yg freshie dh tak sempat dah kak..hahaha..Student freshie skrg lagi advance kak..Sekarang semua dh ada pasangan bila dah masuk u.Tu yg senior lelaki susah nk ngurat tu..hehehe

fokus utama sekarang kerjaya.Tapi kalau perasaan tu dtg, insyaAllah tak menolak. Doa2 juga tapi kena cari juga jodoh yg terbaik tu juga kan kan? =)

Nurulaini,
Cinta mati? wow!bahaya tu..kalau boleh nk cinta yg sentiasa segar dan mekar..

Kak Tirana,
Ya..kita doakan yg terbaik untuknya sbb doa darinya mungkin tak termakbul sbb Allah tak terima doa kecelakaan untuk org lain.

akhis said...

~boleh buka fan club la aie...=)

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

Uih dasat admmire aie tuh huhuh.
Jom aie cari kerja! Bro Grunge ade jer kot. Kdg2 die ade mesej. Sibuk agaknye kot die.

Psssst aie..tak pun die dah kawen kot kan tuh diam jer.ahaha

Gadis H said...

pe la kejam sgt org 2... mane g iman smp sanggup msg cmtu... tiadakah sifat malu... hu3

Sweetlilcraft said...

dah lama akk tak singgah blog aie. suak baca entry aie. bahasa semua tersusun. tu yg ada org minat tu :)

Doakanlah yg terbaik. moga dijauhkan dr segala keburukan dan ketemu jodoh yg terbaik :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails