Sunday, December 06, 2009

Jangan mengalah

Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah buat adik-adik saya yang berjaya dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah baru-baru ini. Walaupun rasanya dah terlambat tapi saya tetap ingin ucapkan sekalung tahniah buat adik-adik saya.

Entri ini saya tujukan buat adik-adik saya. Kak Ngah di Kelantan yang berjaya memperolehi 5A dalam UPSR. Kak Ngah iaitu anak kepada Kak Asyiq dan Aina anak kepada Kak As yang kedua-duanya memperolehi 4A 1B. Tahniah dari saya.

Buat kak Ngah yang berada di Kelantan, abang Aie ucapkan tahniah kepada kak Ngah. Bila kak Ngah telefon menyatakan kak Ngah dapat 5A dan hanya 2 calon sahaja yang mendapat 5A di sekolah Kak Ngah, abang Aie rasa gembira sangat kerana abang Aie faham perasaan kak Ngah bilamana dugaan semasa kak Ngah di darjah 6 sangat mencabar.

Buat kak Ngah dan Kak Aina. Ini bukan titik pengakhir buat kalian berdua adikku. Masa perjalanan kalian panjang lagi untuk menggilap kejayaan demi kejayaan pada masa hadapan. Kalian bukanlah tidak berjaya tetapi kalian diuji oleh Allah dengan cara ini. Allah tidak akan menguji seseorang hambanya melainkan hambanya mampu menerima ujian tersebut dan kalian beruntung kerana dalam usia sebegini, kalian telah diduga dengan ujian ini.

Bilamana saya membaca entri dari Kak Asyiq menyatakan mata kak Ngah merah, saya mula teringat kejadian yang berlaku pada 12 tahun lalu bilamana saya juga mengalami keputusan yang sama seperti Kak Ngah dan Aina. Seakan tidak percaya. Adik-adikku, ini baru titik permulaan buat kalian untu menggilap masa hadapan kalian. Percayalah, Allah sentiasa membuka rezeki untuk hamba-hambanya yang sentiasa berusaha dan bersabar. Jadikan pengalaman ini sebagai dorongan untuk masa yang akan datang.

Kejayaan bukan sekali, kegagalan juga bukan sekali. Ianya pasti akan kita alami berkali-kali. Sama seperti seorang bayi, ia tidak akan terus berlari, tetapi ia akan jatuh, bangun dan jatuh semula untuk pandai berlari.

Adik-adikku, kuatkan semangat dan jangan terus mengalah! Pastikan kita akan menjadi bintang yang paling bersinar sekali pada suatu masa nanti walaupun kita pernah dilindungi di balik bulan suatu masa lalu.

6 comments:

maiyah said...

tahniah pd mrk

LORD ZARA 札拉 said...

bang aie~

kamu harus kuat gak!!

Tirana said...

baru lepas langkah pertama...masih banyak lagi langkah yang perlu dijalani selepas ini..Tahniah buat mereka yang berjaya..

~*as*~ said...

salam aie,

Terlebih dahulu K.as nak ucapkan terima kasih atas entri ini.Tahniah buat kak ngah yg berada dikelantan dan semua pelajar yg berjaya dlm UPSR,yg kurang berjaya, insyaAllah masih bnyk peluang selepas ini.. sewaktu aie drop msj diblog akak, aina ketika ini sudah sampai ke NZ. Menghabiskan cuti selama 28hari bersama kami diNZ. Walau aina agak sedih terkeluar dari sasaran 5A, akak berulang2 kali memujuknya, bersyukurlah dgn 4A 1Bnya itu.. dia telah berusaha keras. Hanya allah shj yg mengetahui perasaan nya ketika berjauhan dgn Ibu & Ayah serta adik2.. K.as amat menghargai jasa baik dan segala sokongan dari ahli keluarga kami di Msia.
Alhamdulillah nampaknya dia semakin kuat, dan berkata bahawa ini adalah langkah pertama dan banyak lagi yg perlu aina hadapi dan sesungguhnya usaha itu tangga jaya. Terima kasih ya aie, atas sokongan aie buat akak selama ini..

ASYIQ said...

Salam adik aie....


Terima kasih atas ucapan dan kata2 perangsang utk kak ngah. Betul kata aie...ini langkah pertama. Masih byk tangga yg perlu dilaluinya.


Moga dia terus berjaya.
Tolong doakan.
TQ add akak di FB.

addyaholix said...

tahniah buat adik-adik kau aie. dan moga kita semua takkan terus mengalah atas semua yang datang di hadapan kelak!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails