Wednesday, May 26, 2010
Monday, May 24, 2010
Allah meletak kita dalam sesuatu keadaan mungkin ada sebabnya
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
Seminggu kebelakangan ini, saya seolah-olah dihempap dengan batu yang amat besar. Rasa sakit, tertekan yang amat dan kadang2 sampai terasa seperti hati ini disiat-siat. Kalau dulu saya bersemangat untuk memulakan hari, tapi seminggu kebelakangan ini saya mula amat tidak seronok untuk memulakan hari-hari kerja. Rasa down yang amat sangat.
Tapi di sebalik perasaan down yang saya alami, sekurang-kurangnya ia mengajar saya untuk bekerja dengan lebih keras dan menjadi lebih kuat lagi untuk hari-hari yang mendatang. Entah! mungkin saya mengalami kejutan dengan suasana bekerja seperti ini. Tekanan yang amat sangat sampai saya rasa lemah untuk memulakan kerja.
Mujur, tiap kali balik kerja, emak lah tempat saya luah segala. emak la yang sudi meminjamkan telinga untuk mendengar tiap keluhan saya. Dan mulut emak la yang sudi memberi kata perangsang dan sokongan untuk hari-hari mendatang. Kalau dulu saya bisa tangani sendiri tapi minggu ini, saya perlukan seseorang untuk saya luahkan segalanya. Sekurang-kurangnya saya berasa lega sedikit apabila sudah diluahkan pada emak yang sentiasa mendengar.
Satu prinsip saya, saya tidak akan berhenti mengalah walau apa jua cercaan dari sesiapa. yang penting saya dapat belajar sesuatu dari mereka yang bijaksana. Dalam usia muda ini, saya rela diri saya dimarah asalkan marah itu ada sebabnya tapi sampai bila akan bertahan kan?
Yang penting diri kena kuat dan sentiasa belajar dan terus belajar dari orang sekeliling. Nak menjadi seorang yang berjaya, bukan hanya tahu dari satu aspek sahaja. Semuanya kena ambil tahu!
Saya tahu, Allah itu maha mendengar..maha kaya dan maha mengetahui...sebab itu dia letakkan saya dan kawan saya terlibat sama dalam projek ini.
Ya! kami antara orang2 yang terpilih untuk memikul tanggungjawab yang saya rasa berat juga untuk dipikulnya.
Yang saya mampu...Istighfar , istighfar dan terus istighfar supaya keadaan sentiasa tenang.
Terima kasih buat mak yang sudi mendengar segala luahan saya sepanjang seminggu ini....
InsyaAllah..diri ini semakin kebal untuk hari2 mendatang. Allah meletak kita dalam sesuatu keadaan mungkin ada sebabnya. Fikirkan Saiful! (hanya untuk memotivasikan diri sendiri...)
Saturday, May 15, 2010
Suntuk
Salam semua.. Alahai..saya betul2 kesuntukan masa untuk membuat apa saja entri terbaru. Masa belum mengizinkan saya mungkin. Dan mungkin juga pengurusan masa saya belum cukup baik lagi.
Alhamdulillah hari ini genap 6 bulan saya telah bekerja. Banyak lagi yang perlu dipelajari dari orang sekeliling.Ya! memang banyak yang perlu di"explore" dari mereka2 yang lebih senior. Terima kasih atas tunjuk ajar kalian dan perkongsian ilmu bersama saya.
Ada masa saya akan terjah blog kalian!
Alhamdulillah hari ini genap 6 bulan saya telah bekerja. Banyak lagi yang perlu dipelajari dari orang sekeliling.Ya! memang banyak yang perlu di"explore" dari mereka2 yang lebih senior. Terima kasih atas tunjuk ajar kalian dan perkongsian ilmu bersama saya.
Ada masa saya akan terjah blog kalian!
Subscribe to:
Posts (Atom)