Monday, May 24, 2010

Allah meletak kita dalam sesuatu keadaan mungkin ada sebabnya


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".

Seminggu kebelakangan ini, saya seolah-olah dihempap dengan batu yang amat besar. Rasa sakit, tertekan yang amat dan kadang2 sampai terasa seperti hati ini disiat-siat. Kalau dulu saya bersemangat untuk memulakan hari, tapi seminggu kebelakangan ini saya mula amat tidak seronok untuk memulakan hari-hari kerja. Rasa down yang amat sangat.

Tapi di sebalik perasaan down yang saya alami, sekurang-kurangnya ia mengajar saya untuk bekerja dengan lebih keras dan menjadi lebih kuat lagi untuk hari-hari yang mendatang. Entah! mungkin saya mengalami kejutan dengan suasana bekerja seperti ini. Tekanan yang amat sangat sampai saya rasa lemah untuk memulakan kerja.

Mujur, tiap kali balik kerja, emak lah tempat saya luah segala. emak la yang sudi meminjamkan telinga untuk mendengar tiap keluhan saya. Dan mulut emak la yang sudi memberi kata perangsang dan sokongan untuk hari-hari mendatang. Kalau dulu saya bisa tangani sendiri tapi minggu ini, saya perlukan seseorang untuk saya luahkan segalanya. Sekurang-kurangnya saya berasa lega sedikit apabila sudah diluahkan pada emak yang sentiasa mendengar.

Satu prinsip saya, saya tidak akan berhenti mengalah walau apa jua cercaan dari sesiapa. yang penting saya dapat belajar sesuatu dari mereka yang bijaksana. Dalam usia muda ini, saya rela diri saya dimarah asalkan marah itu ada sebabnya tapi sampai bila akan bertahan kan?

Yang penting diri kena kuat dan sentiasa belajar dan terus belajar dari orang sekeliling. Nak menjadi seorang yang berjaya, bukan hanya tahu dari satu aspek sahaja. Semuanya kena ambil tahu!

Saya tahu, Allah itu maha mendengar..maha kaya dan maha mengetahui...sebab itu dia letakkan saya dan kawan saya terlibat sama dalam projek ini.

Ya! kami antara orang2 yang terpilih untuk memikul tanggungjawab yang saya rasa berat juga untuk dipikulnya.

Yang saya mampu...Istighfar , istighfar dan terus istighfar supaya keadaan sentiasa tenang.

Terima kasih buat mak yang sudi mendengar segala luahan saya sepanjang seminggu ini....

InsyaAllah..diri ini semakin kebal untuk hari2 mendatang. Allah meletak kita dalam sesuatu keadaan mungkin ada sebabnya. Fikirkan Saiful! (hanya untuk memotivasikan diri sendiri...)

2 comments:

Tirana said...

Aie..be strong and stay strong..tak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan..

Anonymous said...

aie,,,,
semoga sentiasa kuat utk mengharungi sume dugaan n cabaran hidup,,,sume tu akn lbh mendewasakan anda tuk lebih kuat dihari akan ,,,dtg,InsyaALLAH satu hari nti anda akan jadi org yg amat disegani dan bijaksana seperti org2 yg memarahi itu. mak adalah segalanya bg seorang anak,,,,k ape pun teruskan berusaha mencapai cita2 anda.doa seorang kawan sentiasa mengiring anda

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails