Friday, April 16, 2010

Ada apa dengan 16 April?

Alhamdulillah..Allah masih memberi saya peluang untuk bernafas dan menjadi insan di muka bumi ini.. Hari ini genap usia saya yang ke 25 tahun. Erm...dah suku abad saya berada di dunia yang semakin hampir ke penghujungnya...

"Happy Birthday to me!
Happy Birthday to me!
Happy Bithday happy Birthday!

Happy birthday to me...."


Ya!saya baru sahaja meraikan ulangtahun kelahiran saya.Yang ke berapa?yang ke 25 tahun!tak perlulah saya rahsiakan walaupun saya sering mendapat maklum balas,penampilan saya tidak menunjukkan usia saya yang sebenar.Eh, bukan sebab saya rasa saya masih muda tapi peluang untuk mengurat anak dara orang tidak boleh sebabnya saya sering membawa anak buah yang masih kecil berjalan-jalan bersama saya. Malah, semasa mengisi borang pun, ada yang menulis status saya "MARRIED". Ha! kan dah jatuh saham tu! Hahahahaha...tapi saya seronok bila membawa kanak-kanak berjalan bersama.

Saya mungkin masih nampak kebudak-budakan lagi.Tak kisahlah.Bagi saya tua atau muda bukan satu masalah,malah bukan juga satu kelebihan apatah lagi kekurangan.Hakikat sebenar setiap kali tiba ulangtahun kelahiran ialah usia akan akan bertambah satu angka lagi dan paling penting, masa hayat juga semakin singkat.

Tidak dinafikan setiap kali ulang tahun, rata-rata ucapan yang sering diberikan ialah semoga panjang umur,murah rezeki dan bahagia selalu.Tiada siapa pun ingin menamatkan riwayat hidupnya dengan segera.Semua manusia yang waras ingin kehidupan yang lebih panjang dan lama.

Sebabnya?Terlalu banyak dan hasrat yang belum ditunaikan.Namun berapa ramai yang meletakkan sasaran untuk melengkapkan diri kita menjadi hamba-Nya yang diredhai agar mendapat rahmat dan barakah dalam kehidupan?

Berapa ramai pula yang menjadikan impian dan cita-cita untuk berjaya dalam pelajaran mahupun karier?

Dan paling penting saya ingatkan untuk diri saya sendiri untuk mengucapkan terima kasih kepada mak yang melahirkan saya.

Dan saya juga ingatkan diri saya supaya tidak menjadikan hari kelahiran saya dengan meminggirkan insan tersayang di sekeliling kerana saya perlu ingat dan disimpan kemas di lipatan memori saya adalah setiap kali tibanya ulangtahun kelahiran bererti saya juga semakin hampir ke penghujung hayat.

Terima kasih juga buat emak kerana dalam usia sebegini saya masih berpeluang untuk salam cium tangan dan pipi tiap kali bila untuk memulakan kerja pada awal pagi. Moga pada tahun-tahun yang akan datang dengan peningkatan usia, saya masih berpeluang untuk lakukan sebegitu. Syukran ya Rabb! itu saya rasa nikmat yang paling terbesar bilamana hendak memulakan rutin seharian.

SELAMAT ULANGTAHUN UNTUK DIRI SAYA SENDIRI...Ingatlah..LANGIT KITA TAK SELALUNYA CERAH..

Monday, April 12, 2010

Kenapa tidak dapat apa2 yang diidamkan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

-Surah Al-Baqarah-216-

Thursday, April 08, 2010

Dunia..Dunia..Dunia

Kalian pernah bertanya apa yang kalian mahu dalam hidup?
Mahu bahagia atau mahu dikelilingi wang?
Mahu berusaha atau mahu bergantung harap?
Kalian rasa kalian individu yang berdikari?
Sungguh kalian berdikari?

Antara….
Dunia,
Ukhrawi,
Material,
Kemewahan,
Kecantikan..

Mana yang kalian akan pilih? Keseluruhannya manusia di muka bumi ini akan memilih kesemuanya. Ingin rumah yang besar, kereta yang mewah, rupa yang menarik, duit yang banyak dan segala-galanya.

Manusia…sering sahaja alpa jika diri diperalat dengan kebendaan..nafsu sampai sanggup hilangkan kepercayaan diri.

Mampukah wang untuk membeli nilai sebuah cinta? Mampukah wang menjamin kebahagiaan? Arghhh..aku tak yakin semua itu. Dunia sekarang makin dahsyat..maksiat, pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Mungkin mereka berasa agung dengan apa yang dilakukan..

Kalian rasa kalian cantik?
Atau jiwa kalian cantik?
Mana satu kalian mahu?
Dua-dua?
Kalau dua-dua mahu kenapa kita tak cantikkan jiwa kita dahulu?
Kalau jiwa dah cantik, aku yakin rupa juga akan kelihatan cantik secara semulajadi.

Takut susah?
Takut tak cukup duit?
Takut rumah orang lagi besar dari rumah kita?
Takut kereta orang lagi mewah dari kereta kita?
Usaha! Kerja! Tawakal. Sendiri. Atas diri sendiri.

Takut tak kalau jiwa orang lagi kaya dari kita? Pernah tak otak kita fikir sampai macam ni? Jawapannya pasti TIDAK!

Tak kaya? Nak kaya macam mana lagi?
Tak senang? Nak senang macam mana lagi?
Tak cantik? Nak cantik macam mana lagi? Tak tampan? Nak tampan macam mana lagi?

Tak sudah? Tak sudah-sudah. Kan?

Semuanya pilihan fizikal. Just external.

Yang penting adalah akhlak dan budi bahasa kita. Kaya macam mana pun kita, cantik atau tampan macam mana pun kita, kalau takde akhlak yang baik, kita dikira gagal!

Apakah hanya kaya dari ertikata kebendaan yang mampu menjadi tunjang kebahagiaan kita? Adakah kita mampu gembira dengan kenyataan ini? - Ada duit, kita akan rasa dunia kita yang punya. Kalian mampu dan yakin dunia ini kalian yang punya? Kalau iya, Astaghfirullah..kita dah di penghujung dunia. Masih tak percaya lagi? Dah banyak tanda-tanda awal yang Allah bagi…namun kita sering alpa..sering sahaja berseronok di kala kita diberi kesenangan.

Rasa letih dan hendak pejamkan mata. Aku dah penat. penat bermain dengan macam-macam emosi. Aku nak fikirkan sesuatu yang jitu. Yang padu. Yang asal. Aku nak fikir & buat sesuatu yang menyuap jiwa aku. Yang memberi makan pada jiwa aku. Yang memberi makna pada hidup. Yang memberi erti sebenar keberkatan.

Aku mahu itu.

Aku ada duit, tapi tak kaya.
Aku ada rupa, tapi tak cukup tampan.
Aku ada kerjaya, tapi tak popular.
Aku ada perut, tapi tak ada 6 pack.

Aku cuma...
Ada jiwa, yang tak ada definisi. Tak ada bentuk. Tak ada warna. Tak ada jawapan. Tapi ada rasa kasih, sayang & tanggungjawab.

Ma'assalamah. Sayang aku tidak akan pudar.

Tuesday, April 06, 2010

Titik permulaan


Kalian adalah yang terbaik dalam hati saya. Terima kasih atas segalanya. Ini adalah titik permulaan dan seterusnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails