Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 19, 2008

Ada apa pada A

Kini sudah hampir masuk penghujung bulan 12 dan ini bermaksud keputusan peperiksaan semester lepas akan keluar. Ya, esok keputusan peperiksaan boleh diperolehi secara online.Saya sudah merasakan debarannya.Apatah lagi semester lepas banyak subjek yang membawa mata kredit yang tinggi.

Keputusan yang bakal saya terima memang menakutkan saya walaupun saya yakin saya tidak akan gagal tetapi adakah saya dapat meningkatkan prestasi saya? sebabnya pada semester yang lepas, saya terkejar-kejar untuk melakukan sesuatu kerja, bukan tidak cukup masa tapi habis waktu kuliah kadang-kadang saya terpaksa balik ke rumah untuk melihat keadaan ayahanda yang tidak sihat. Tapi itu bukan alasan sebaliknya itulah kekuatan saya untuk meneruskan perjuangan ini!!


Teringat saya semasa saya menerima keputusan SPM pada 6 tahun yang lepas, saya menghadapi cabaran ini. Air mata saya keluar juga bukan sebab gembira menerima keputusan tersebut tetapi saya tidak bersedia untuk menerima keputusan itu walaupun keputusan itu adalah muktamad. Saya jadikan keputusan itu sebagai pendorong walaupun saya tidak mendapat berderet A.


Dan kali ini saya hadapi cabaran itu lagi sekali. Selepas tamat pengajian di peringkat diploma, saya ke peringkat seterusnya. Tapi peringkat kali ini saya juga tewas untuk mendapatkan deret A seperti di peringkat diploma dulu. Saya bertanya sendiri.Perlu sangat ke A dalam akademik?Sebabnya saya mempunyai pengalaman semasa menghadiri temuduga selepas tamat pengajian di peringkat diploma. Jawapan yang diberikan oleh satu firma swasta cukup membuatkan saya berfikir sepanjang hari selepas menghadiri temuduga tersebut.


"Saya takut nak ambil fresh graduate dengan pointer yang tinggi sebabnya mereka pasti demand dengan gaji yang terlalu tinggi dan menjadikan company ini sebagai batu loncatan sahaja untuk pergi ke tempat lain….
"

A tak menjamin kejayaan hakiki tapi hanya satu syarat untuk maju dalam hidup sebabnya orang yang tidak mendapat berderet A juga mampu membuktikan bahawa mereka cemerlang sebabnya untuk cemerlang hendaklah senantiasa berusaha dan mencabar diri untuk mencapai satu tahap demi satu tahap.


Sekarang saya faham bahawa ‘mindset’ yang membawa kita berjaya tidak sama dengan ‘mindset’ yang membawa kita kecundang.Tidak pernah terjadi kejayaan dibeli dengan kemalasan.

notakakikukumalu :

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.

12 comments:

salamBEST said...

all da best for the coming result

=]

Bro Framestone said...

apa yg company tue ckp ade sahihnya...

Papa-Itam said...

apapun umie & papa doakan Aie mendapat sesuatu berdasarkan usaha yang telah dikuarkan ...amin......

Tirana said...

Sekadar dapat A berderet bukan jaminan untuk hidup berjaya. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Dapat A berderet tapi tiada keyakinan diri pun tidak akan sampai ke mana..Mudah-mudahan Aie akan sentiasa berjaya dalam hidup..

jagoan said...

Dalam sistem pendidikan di Jepun, sukar benar mahu mendapat 'A'. Tiada pelajar yang PERFECT katanya.

Sebaliknya, di sana lebih menekankan SKILL untuk keperluan industri dan pasaran semasa.

Di Malaya, mahu dapat 'A' bukannya SUSAH. Muntahkan semula saja apa yang diajar semasa menjawab peperiksaan. Dan buat asignment yang diberi dengan jayanya. Tak susahkan!

Tapi, di Malaya untuk mendapat tempat di sektor awam, kuantiti 'A' yang akan dihitung dan kuantiti pointer kamu.

Ingat! Kejayaan seseorang bukan pada akademiknya TETAPI lebih kepada HASIL CETUSAN MINDANYA UNTUK BERJAYA. Dan ingat juga! Orang yang berjaya dengan ilmu lebih baik daripada orang yang berjaya tanpa ilmu. So so so.

Mari kita fikir-fikirkan.

Sebenarnya, panjang lagi nak tulis...


.

zeti said...

yup.. mmg btul pun deretan A tu bkn jaminan.. kbyakan institusi kerja tgk kpd xperience kita bkeje dlm ssuatu bdang tu.. tp ada jgk tmpt yg utamakan CGPA then br tgk kpd syarat yg lain.. jd cuba seimbangkan k ;)

Qaseh Iman said...

akak doakan aie dpt result yg baik..dan akak pun setuju dgn pendapat aie, walaupun dpt semua A's, dan pointer yg tinggi, ia x menjamin masa depan untuk mdpat pekerjaan..yg penting dalam pekerjaan zaman sekarang adalah pengalaman...

.farah. said...

gud luck my dear :)

Kapten Luffy said...

betul... yg penting semangat

izzati fuad said...

heh. result nak kuar dah kan? erm..

"tidak pernah terjadi kejayaan dibeli dengan kemalasan"

so true.

BigMouth said...

Hi aie bahri..
i like yr positif tinking...
susah nak jumpe org yg positif tinking skrg ni...
Hope i berjaya...
Alang setuju ngan aie...
Good luck!!!

cIk pEnNa said...

good luck la ye aie..
sy doakan..moga aie dapat result yg baik..
;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails