Hidup in satu perjuangan.Sejak dalam kandungan lagi kita telah berjuang untuk hidup, kemudian perjuangan yang sebenar berlaku setelah kita keluar daripada pintu rahim ibu. Jadi tiada istilah untuk kita berehat selagi nadi dan jantung kita berdenyut.Cuma bentuk perjuangan itulah yang berbeza daripada seseorang individu dengan individu yang lain. Seandainya kita bosan berjuang dan berhenti untuk meneruskan perjuangan, maka kehidupan sebenarnya sudah 'mati' sebelum kita mati.
Mengapa saya berbicara soal perjuangan?Banyak sebabnya. Dan salah satunya ianya juga berkaitan dengan peristiwa hijrah.Hijrah itu juga satu perjuangan.Teringat sejarah nabi di mana pada 1 muharram berlakunya penghijrahan nabi dan umat islam dari kota mekah ke kota madinah. Begitu sulit perjalanan nabi pada ketika itu tetapi baginda tetap meneruskan perjuangan.Pada masa itu juga berlakunya perpaduan kaum muhajirin dan ansar.
Dan hari ini, saya juga akan berhijrah. Berhijrah untuk menyambung perjuangan saya yang belum selesai lagi dan saya rasa perjuangan ini tidak akan selesai sampai bila2 sehingga nafas ini berhenti. Perjuangan biasanya menuntut seseorang untuk melakukan pengorbanan yang besar.Jika kita ingin mencapai keadaan yang selesa, bukan mudah.Ianya mestilah menemui jalan2 yang sukar dan berliku terlebih dahulu.Jatuh dan bangun adalah adat perjuangan.Tidak semestinya perjuangan itu akan diakhiri dengan kejayaan tapi kita pastikan perjuangan ini tidak diakhiri dengan kekalahan yang teruk.
Tanamkan dalam diri bahawa perjuangan bukanlah untuk diri sendiri.Perlu juga mengambikira faktor orang2 sekeliling.Jika difikirkan perjuangan hanya untuk diri sendiri, saya pasti ada unsur2 penipuan akan berlaku.Bergerak dan berkorban atas kaki sendiri itu yang lebih berharga daripada bergantung harap daripada orang lain biarpun ianya sukar dan pahit.Dan percayalah semua yang berlaku adalah takdir-Nya berdasarkan apa yang telah kita usahakan dan kerjakan.
Memang apa yang telah berlaku adalah takdir yang tidak boleh diubah lagi. Apa yang boleh diubah adalah nasib hari ini. Menangisi masa lalu tidak ada gunanya, sebaliknya jadikan tregedi itu satu perjuangan untuk meningkatkan lagi kualiti hidup dan menjadikan kita lebih menghargai kehidupan ini.
*sekadar peringatan untuk diri sendiri yang akan meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu..Cuti dah abissss...
notakakikukumalu :
SALAM MAAL HIJRAH 1430H
Hidup memerlukan penghijrahan.Dari negatif ke positif.Penghijrahan memerlukan pengorbanan.Pengorbanan memerlukan perjuangan.Perjuangan memelukan ketabahan.Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan dan kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan..
17 comments:
keikhlasan dlm berjuang..
aie,selamat berjuang di dlm bidang ilmu!
;)
salam maal hjrah yang..
berhijrah utk majukan diri moga terus diberkati dan dirahmati..
akak doakan aie..
salam maal hirah... teruskan perjuanganmu
salam..
adik si attochsmart ke ni?
saiful bahri?
salam maal hijrah enchek aie...
salam maal hijrah...
selagi hayat dikandung badan, selagi itu perjuangan tak akan selesai. teruslah berjuang utk mendapatkan apa yg aie inginkan...
penghijrahan itu perlu... utk merubah kedudukan lama ke kedudukan yg baik.... merubah kedudukan yg baik ke kedudukan yg lebih baik lagi... utk melakukan penghijrahan tersebut, maka kenalah berjuang... tidak kira di bidang apa pun... moga aie akan terus berjuang dgn tabah utk menempa kejayaan.... selamat berjuang... selamat meyambung pelajaran....
Salam maal hijrah....
Oh..Tie suka lagu korean ni..
Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.
Salam..
Bukan nk menegur, sekadar memberi nasihat...
Cuba enta check balik dalam sejarah islam..betul ker tarikh 1 muharam itu tarikh Rasulullah berhijrah..atau pon Rasulullah berhijrah dlm bulan lain..
Ana cuma xnak enta tersalah maklumat dan di guna pakai oleh orang lain..itu jer..
Tapi memang kita perlukan perhijrahan..Hijrah itu suatu rahmat kepada manusia yg bergelar islam..
Teruskan perjuangan wahai saudaraku..
Cuma pastikan kesahihan sesuatu sebelum anda mengumumkannya..
Wallahualam..
selagi hayat dikandung badan,selagi itu perjuangan berterusan...
Saya tak mahu menayakan sesuatu di sini. Sebab di sini bukan kaunter pertanyaan.
Marilah kita berjuag hingga ke tetesan terakhir walau apa saja bidang yang kita ceburi.
.
Berhijrah di Maal Hijrah..satu penhijrahan yang belum selesai..
salam maal hijrah,
Perjuangan dengan niat yang murni, insyaallah akan mendapat keberkatan.
salam maal hijrah dan tahun baru :)
salam hjrah bro...dan slamat thn baru
perjuangan takkan terhenti.
manusia perlu terus berjuang sampai mati.
salam maal hijrah dan salam tahun baru!
salam maal hijrah juga buat kamu
Post a Comment