Hajatnya hanya nak berehat sahaja di rumah tapi mengenangkan ayahanda tak berapa sihat juga, saya gagahkan juga diri ni untuk berniaga di kedai.Lagipun,cuti semester saya hampir tamat, jadinya saya rebut peluang untuk habiskan sisa2 cuti ini dengan sesuatu yang manfaat.
Selalunya setiap kali pelanggan saya datang membeli, sayalah yang akan bertanya mereka terlebih dahulu, tetapi kali ini saya banyak berdiam. Tak perlu banyak bertanya, rata-rata menyatakan pipi saya sebelah saya kelihatan bengkak.Mungkin akibat sakit gigi yang saya alami.Hinggakan saya berurusan dengan pihak bank semalam, saya sentiasa memegang pipi saya untuk menyembunyikan dari kelihatan bengkak.Dan sekarang pipi saya masih ditampal dengan koyok cap lada!
Sungguh benar maksud hadis, "rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara".Satu daripadanya ialah waktu sihat sebelum datangnya waktu sakit. Walaupun baru diuji oleh Allah dengan sakit yang amat mudah, ternyata saya merasakan hilang segala nikmat hidup.Saya sukar bercakap dan sukar makan apatah lagi untuk menelan air liur juga terasa amat perit bagi saya.Dalam sekelip mata, hanya melalui tiga ujian sakit yang berbeza-beza tapi didatangi secara serentak,saya hilang segalanya. Sungguh tidak seronok!Apa yang seronok kalau nak makan pun tak boleh?nak bau wangi pun tak bau apa2?Mujur masih boleh bergerak lagi.Niat hati untuk makan tapi tak sanggup untuk menelan kerana tekak sakit dan perit.Menelan air kosong pun seperti menelan duri.
Apa yang mampu saya buat hanyalah berdoa ke hadrat Ilahi supaya diberi kekuatan dalam menempuhi kesakitan ini.Semoga Allah memakbulkan doa kerana saya tahu Allah itu Maha Mendengar. Kini saya sedar betapa berharganya sebuah kesihatan yang baik untuk sebuah kehidupan.Sebelum ini saya jarang2 berdoa mohon diri saya dikurniakan kesihatan yang baik.Yang selalu saya doakan, jauhkan ibu bapa saya dari segala jenis penyakit yang berbahaya. Saya terlupa, saya juga perlu sihat untuk diri sendiri dan semua insan yang tersayang di sekeliling saya dan InsyaAllah saya akan cuba petua yang umie maklumkan kepada saya sebelum entri ini dibuat iaitu makan aiskrim perisa vanilla untuk kurangkan bengkak tonsil yang saya alami sekarang ini.
notakakikukumalu :
Allah itu menguji manusia dengan pelbagai cara.Salah satunya, Allah memberi kesakitan supaya hamba-Nya tidak lupa kepada-Nya.
13 comments:
byk2 bersabar ya..sakit menghapuskan dosa2 kecil.
smoga trhapus dosa2 kecil kita, amin
semoga cepat sembuh...akak doakan aie cepat sembuh dan ayahnda aie pun begitu juga...
Tak sihat rupanya..padanlah senyap aje..Moga-moga cepat pulih ye...
makan aiskrim perisa vanilla? tapi, mesti tak nikmat walaupun dapat makan aiskrim kan?
semoga tabah. ini ujian. :)
moga cepat sembuh. itu dugaan buat manusia yang DIA sayang.
vanila? kenapa vanila?
sesekali kita perlu diberikan sakit supaya kita tahu menghargai sihat...
tapi... dah tua2 baru nak tumbuh gigi.. heheh... makan icecream tu kan tak elok jugak utk gigi dgn gusi yg sakit... errrr...
Semoga cepat sehat..nanti leh tulis blog lagi..hehehe..
alhamdulillah aie dh sehat sket..
rajin mkn ubat eh + jg ksihatan taw..
moga aie sehat spenuhnye...
amin~~
semoga ko cepat sembuh bro
zahra aisya n nazra,
harap2nya begitu la...
C's Qaseh,
moga2 ayahanda sihat gak..risau tgk keadaan ayahanda =(
Kak Tirana,
kalau aie dah btul2 sihat,aie ttp akan singgah tgk akak..tu yg senyap 2,3 ari ni..
missyizzati,
sudah tentu!tak terasa pun vanilla..tawar je rasa..entah ye..nape vanilla..tu suggestion dari seorang akak tu..umie..nnti saya tanya dia.
Addyaholix,
tq.entah ye nape vanilla.nnti saya tanya pd org yg bg petua ni..
Bro chime,
ni org tua yg lmbat matang ni..sbb tu baru nk tumbuh gigi.sob3
Bro mogen,
kalau sakit pun ttp akan tulis blog gak..hik3
Huda,
tq byk2..terharu sbb kamu byk menolong..
Monkey D Luffy,
tq..tapi baca kisah2 ko aku gelak sorang2membuatkan aku mcm org "sakit" plak bile gelak sorang2.hehehe
cpt2 sihat aie. xpe, sakit penghapus dosa ;)
tmbuh gigi bongsu mmg myakitkan.. akak smpai kene operate gusi sbb nk bg gigi ni tmbuh :( huhuh.. pape pun, tk care & jgn lupa mkn ubat k..
Post a Comment