Terlebih dahulu terima kasih kepada sahabat saya yang telah mengirimkan emel kepada saya muka depan buku yang saya cari seperti dalam entri di bawah ini. Jazakallah! Moga ianya memberi manfaat yang berguna.
Dalam kehidupan seharian, proses pembelajaran tidak pernah akan terhenti kerana ianya satu tuntutan dalam agama. Dan ia juga merupakan satu kewajipan bagi setiap yang beragama Islam. Nah!nampak kan proses pembelajaran itu tidak semestinya di sekolah atau mana-mana institusi pembelajaran.
Semalam.Banyak perkara yang kami dua beradik pelajari. Dari proses menguruskan harta peninggalan arwah bapak sehingga menguruskan untuk membuat pasport antarabangsa. Sememangnya urusan ini tidak ada diajar semasa kami menuntut di universiti.
Petangnya. Mak suruh saya pergi membayar segala bagai bil di pejabat pos. Saya sengaja tidak pergi dan mencadangkan adik perempuan saya yang seorang itu untuk menguruskan pembayaran bil di perjabat pos. Saya fikir dia tahu kerana dengan selamba dia bersiap untuk ke pejabat pos. Tapi apa yang saya gelak sakan, dia tanya saya..
"Abang,pejabat pos dekat mana? Macam mana nak bayar bil ni?"
Saya gelak sakan waktu itu. Sebabnya saya fikir dia tahu tetapi lokasi pejabat pos yang dekat dengan rumah pun dia tidak tahu.
Saya memberitahunya..
"Pejabat pos tu sederet dengan pejabat pos. Masuk pejabat pos dan tekan no untuk ambil giliran...jangan jadi orang jakun pulak bila dah masuk"
Balik dari urusan membayar bil, saya nampak ada seorang cina menaiki motor mengikit adik. Rupanya mekanik motor. Saya kagum dengan adik sebab dia pandai pula pergi seorang diri ke kedai motor untuk memberitahu motor arwah bapa yang ada di rumah tidak boleh dihidupkan. Saya kata padanya.
Dik, pandai pulak panggil mekanik untuk baiki motor..
Adik saya membalas..
"kan semua tu takde siapa nak ajar, kena belajar sendiri la panggil mekanik tu".
Saya diam dan terfikir. Betul juga. Belajar dalam urusan kehidupan tiada siapa yang ajar. Semuanya atas inisiatif kita sendiri untuk menjadi orang yang pandai menguruskan urusan kehidupan
Di atas bukan la satu iklan. Tapi saya jakun dengan tempat ini sebabnya saya tidak pernah ke sini walaupun telah beberapa kali diadakan di JB sebabnya memang saya tidak berminat untuk belajar ke tempat ini. Biar la orang kata saya jakun! yang penting saya dapat berehat di hujung minggu bersama emak dan adik di rumah.
Lagi Heboh di rumah bila hujung minggu berbanding di Danga Bay! Tak jakun pun!