Dalam kehidupan seharian, proses pembelajaran tidak pernah akan terhenti kerana ianya satu tuntutan dalam agama. Dan ia juga merupakan satu kewajipan bagi setiap yang beragama Islam. Nah!nampak kan proses pembelajaran itu tidak semestinya di sekolah atau mana-mana institusi pembelajaran.
Semalam.Banyak perkara yang kami dua beradik pelajari. Dari proses menguruskan harta peninggalan arwah bapak sehingga menguruskan untuk membuat pasport antarabangsa. Sememangnya urusan ini tidak ada diajar semasa kami menuntut di universiti.
Petangnya. Mak suruh saya pergi membayar segala bagai bil di pejabat pos. Saya sengaja tidak pergi dan mencadangkan adik perempuan saya yang seorang itu untuk menguruskan pembayaran bil di perjabat pos. Saya fikir dia tahu kerana dengan selamba dia bersiap untuk ke pejabat pos. Tapi apa yang saya gelak sakan, dia tanya saya..
"Abang,pejabat pos dekat mana? Macam mana nak bayar bil ni?"
Saya gelak sakan waktu itu. Sebabnya saya fikir dia tahu tetapi lokasi pejabat pos yang dekat dengan rumah pun dia tidak tahu.
Saya memberitahunya..
"Pejabat pos tu sederet dengan pejabat pos. Masuk pejabat pos dan tekan no untuk ambil giliran...jangan jadi orang jakun pulak bila dah masuk"
Balik dari urusan membayar bil, saya nampak ada seorang cina menaiki motor mengikit adik. Rupanya mekanik motor. Saya kagum dengan adik sebab dia pandai pula pergi seorang diri ke kedai motor untuk memberitahu motor arwah bapa yang ada di rumah tidak boleh dihidupkan. Saya kata padanya.
Dik, pandai pulak panggil mekanik untuk baiki motor..
Adik saya membalas..
"kan semua tu takde siapa nak ajar, kena belajar sendiri la panggil mekanik tu".
Saya diam dan terfikir. Betul juga. Belajar dalam urusan kehidupan tiada siapa yang ajar. Semuanya atas inisiatif kita sendiri untuk menjadi orang yang pandai menguruskan urusan kehidupan
Di atas bukan la satu iklan. Tapi saya jakun dengan tempat ini sebabnya saya tidak pernah ke sini walaupun telah beberapa kali diadakan di JB sebabnya memang saya tidak berminat untuk belajar ke tempat ini. Biar la orang kata saya jakun! yang penting saya dapat berehat di hujung minggu bersama emak dan adik di rumah.
Lagi Heboh di rumah bila hujung minggu berbanding di Danga Bay! Tak jakun pun!
7 comments:
aie!! kau turun ke danga?? kete aku blom siap la.. ingat nak trun jugak..
pergi ke tempat macam tu bukan satu kesalahan. kata jangan jadi jakun. pergilah bukan untuk promot atau apa. sekadar pengetahuan awak. jadi bila adik kakak macik tanya ada apa kat jom heboh boleh le kita menjawab. bukan menjawab ikut suka mulut aja. itupun satu proses pembelajaran. ok.
:)
Akak memang jenis jakun gak kadang2...tapi pandak plak nak control jakun tu...hhehehe
haha... saya teringat, masa mula2 dok KL dulu... memang jakun sgt nak naik komuter, LRT semua tu... tapi cover. tak tunjuk kat org... konon nak round KL sorang2... lepas tu perhati satu-satu mcmana org buat, beli tiket.. masuk tiket dlm slot dia tu... satu apa pun tak nak tanya. berjaya jugaklah naik keretapai tu, tapi sesat sampai ntah kemana-mana ntah... hahahah... tapi, itulah... belajar dari kesalahan. Biasalah, org akan buat salah pd percubaan pertama. tapi salah tu lah yg buat kita belajar utk berjaya pd percubaan kedua...
hidup tak boleh bergantung pd org sangat... org lain pun ada masalah sendiri jugak...
Dir,
kete problem lg ke?ko nk g ke?if nak boleh la..aku pun dlm proses ilangkan jakun nk ke sana.
Haruan Tasek,
Memang tak salah ke tempat sebegitu tapi bila mengenangkan keadaannya, saya perlu fikir beberapa kali untuk ke sana sebabnya mesti sesak dengan kehadiran orang ramai dan yang pastinya setiap saya ke mana, saya pasti akan membawa emak bersama kerana dia sahaja harta yang kami adik beradik ada.Memikirkan itu, mesti susah hendak mendapat parking kereta dan perlu jalah jauh ke destinasi yang ingin dituju. Kasihan pula emak.
Ok, jika emak sanggup,InsyaAllah saya ke sana sebabnya perlu belajar sesuatu dari keadaan itu.
Kak Na,
Aie lagi la seorang manusia yang jakun.he3
Abg chime,
Ya!Percubaan pertama yang kita lakukan adalah panduan untuk kita pada percubaan kedua.Dan yang pasti hidup tak boleh bergantung pd org sangat... org lain pun ada masalah sendiri jugak...Semuanya harus dilakukan sendiri untuk berjaya!
beshnye
asis,
apa yang beshnye?
Post a Comment