Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 05, 2009

Terima Jika Itu Pilihan Allah Untuk Kita

Mudah-mudahan jalan keluar terbuka
Mudah-mudahan kita boleh mengubati jiwa kita dengan doa
Janganlah engkau berputus asa manakala kecemasan yang menggenggam jiwa menimpa
Ketika paling dekat dengan jalan keluar adalah ketika sudah terbentur pada putus asa.

Selesai menjawab kertas terakhir pada semester ini, saya diekori seseorang dari belakang. Rupa-rupanya si dia..sudah lama rasanya kami tidak bertegur sapa seperti sebelum ini. Mungkin masing-masing sibuk dengan persiapan peperiksaan..

Assalamualaikum..dia menyapa saya dengan salam

Waalaikumsalam..ermm..macamana paper tadi?ok?

Alhamdulillah ok..awak...dah nak balik rumah ke? boleh jumpa sekejap?

Tak la..hari ni saya dah minta izin dengan mak yang nak balik lewat sikit sebab ada majlis ngan kawan-kawan malam ni..ye..nak jumpa sebab apa ye? Kat mana?

Takpe..kita sembang sambil jalan je la..tak elok pula nanti orang lain tengok..

Ok..boleh..

Nak cakap sesuatu ni…dari minggu ulangkaji sehingga malam tadi..saya ada lakukan solat istikharah..saya tak pasti betul ke tak tapi dah banyak kali sama..macamana ek nak explain

Ermm…solat istikharah?untuk apa? (saya pura-pura tak tahu…padahal dah tau..)

La…takpelah…lepas ni kita serah pada takdir je la...Cuma nak cakap..Allah tunjukkan awak orang yang akan saya temui nanti..

Ok kalau macam tu..pasni tak jumpa saya lagi tau sebab nak cuti..saya minta maaf banyak-banyak kalau ada buat salah dengan awak..apa-apa hal mesej atau call ye..

Ermm..Assalamualaikum..

Waalaikumsalam..


Saya tak banyak bertanya dari apa yang awak jelaskan..bukan bermaksud tak mengambil berat apa yang awak katakan pada saya tapi saya tak nak terlalu excited sebab saya tau awak tak suka cara itu..

Sepanjang hari sehingga ke saat ini saya memikirkan perkara itu..Saya diam bukan bererti saya menjadi kelu atau bisu tapi saya hormati keputusan awak sejak mula lagi iaitu “Saya akan terima jika itu pilihan Allah untuk saya..”

Malam itu saya mengirim kiriman ringkas padanya..

"Saya insan biasa dan saya juga serahkan pada ketentuan Allah..Doakan yang terbaik buat kita dan semoga Allah memberi jalan yang terbaik buat kita.."

17 comments:

sharamli said...

kal0 itu yg ditetapkan...

Keri AlHaj said...

dah buat solat istiqarah... tak terlalu awal sgt ke?? hehehe...
ok lah tu... Allah dah bagi petunjuk. aie pulak, bila nak buat??... saya takut nak buat solat tu... Risau kalau-kalau Allah tunjukkan wajah org lain selain dari dia... haha.

exm ok ke??? agak2 boleh score tak... boleh cemrlang mcm yg lepas tak...

Tirana said...

Kak Tirana juga do'akan yang terbaik buat Aie..

a.b geldofg said...

tbaik hnya dari Nya

Kasawari said...

wah.. dah habis exam ker.. semalam baru masuk UTM gi pejabat pos.. hidup kan lesen memandu.. ramai student beratur utk pos laju barang2 dia org..

filanastasia said...

aie : semoga yg terbaek sahaja untuk kamu.. take care...

pink_butterfly said...

suma yg dtentukan ALLAH adalah yg tbaik utk kita... ssungguhnya DIA maha mengetahui thdp sgala ssuatu...

nad said...

aie, pape hal inform aku ek....hehe...

Myza Pesona said...

Aie,
Sesungguhnya ALLAH SWT itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Hope for the best, prepare for the worst! Terimalah segala ketentuan dariNYA!

Azita Zain said...

moga awak dan dia akan bersatu...

addyaholix said...

cinta yang kadang-kadang kelihatan mudah itu kadang-kadang boleh jadi cinta yang paling agung aie.

seri lyana said...

waaahhhh best2 entri nih...

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik juga.

Moga dipermudahkan segala urusan..!

Papa-Itam said...

alhamdulillah ....selamat dah semuanya....moga aie bertambah tenang selepas ini....tentang jodoh biar Allah yang tentukan ...tiba masa dan waktu ia akan datang ke arah kita...moga aie berjumpa dengan insan yang ikhlas mencintai aie...amin...

AiE bAhRi said...

sharamli..
saya terima kakau itu yang ditetapkan.

abg chime..
tak terlalu awal bagi dia mungkin.jangan takut untuk solat istkharah kalau kita nk yang terbaik.cubalah kalau dah bersedia.tapi kalau rasa dia sorang yang layak untuk abg chime..asanya tak perlu buat sebab solat istikharah ni kalau ada banyak pilhan yang datang..

kak tirana..
tq kak..selamat hari ibu untuk akak


a.b geldofg.
ye,,betul tu..

bro kasawari..
pejabat pos utm mmg sentiasa penuh ngan student.hehehe

filanastasia..
tq..

AiE bAhRi said...

pink_butterfly
betul3

nad
beres...

Myza Pesona

trima kasih kak ats segala nasihat.insyaAllah sebab prkara macam ni bukan boleh dibawa main..

Azita
harap2 macam tu kak walaupun kami belum kenal dengan lbih dekat lagi

addyaholix
betul bro..kadang2 apa yang kita fikirkan tak seindah apa yang dijangkakan..

seri lyana,
mudah2an dipermudahkan egala urusan..

Papa-Itam,
soal jodoh mmg akan datang bile tibe masanya cuma aal atau lambat itu yang tak pasti

eiza in the house.. said...

salam aie,
sweetnya..
kdng2 cinta org muda lagi berkhemah dr cinta org yg berusia..
moga kekal akhirnya yer aie..:)

Unknown said...

Salam.Aie..Ni Akmar.
Takziah ye atas pemergian ayah Aie aritu.Xsempat nak bgtau.sebuk sikit dgn urusan family..Baru je jumpa blog Aie ni through YM.
Bagusla Aie kalau kita serahkan urusan cinta pada Allah sbb Diala pencinta Yg Maha Agung, Jadi dia yg layak untuk menentukan mana yg terbaik untuk hambanya.. Allah itu Maha adil. Mar doakan yg terbaik untuk AIe dan pasangan. Mar ada blog jugak.Sila la jenguk2.But mine is not that good compared to yours.All the best in your future undertakings!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails