Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 27, 2009

Kenapa mesti ada cinta?

Kata orang, kalau ingin ke mana-mana mesti ada tujuannya. Tapi tak semua orang kata sebegitu. Tidak semestinya mesti ada tujuan pergi ke sesuatu tempat sebabnya kadang-kadang ia satu keterlanjuran sahaja untuk ke tempat itu atau sekadar ingin melihat sahaja keadaan sekeliling di sana. Tapi bagi saya, walaupun sekadar ingin melihat sahaja keadaaan sekeliling di sesuatu tempat, ia juga merupakan satu tujuan ataupun niat untuk ke sana. Ya! yang pasti saya telah pergi ke tempat seperti yang di bawah bersama ex-roomate saya dan adik saya. Apa yang boleh kami katakan, kami belum puas lagi menghabiskan masa di sana.


Puas saya meronda dari satu booth ke booth yang lain. Akhirnya saya membeli buku-buku ini. Oh!jangan ditanya kenapa judulnya semuanya berkaitan dengan cinta. Ini semua saya pilih secara tidak sengaja kerana saya tertarik dengan sinopsis yang diberikan pada bahagian belakang setiap buku ini. Dan yang pastinya saya rasa buku ini bukan hanya menjurus kepada kisah percintaan sahaja tetapi ianya lebih kepada satu kisah yang boleh memotivasikan pembaca.









InsyaAllah bila selesai membaca setiap buku ini saya akan berkongsi dengan kalian. Dan yang pastinya saya mula jatuh hati dengan majalah solusi keluaran telaga biru ini sebabnya sebelum ini saya hanya meminjam dari rakan sebilik saya sahaja yang ada kesemua koleksi majalah ini. Cubalah baca, pasti tak rugi!

Satu buku yang saya belum dapat cari lagi adalah buku yang di bawah ini. Eh!kenapa berkaitan dengan cinta juga? Jangan tuduh saya sedang dilamun cinta atau sedang angau cinta tetapi saya sukakan jalan ceritanya di mana seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.

Belum sempat saya memandu untuk balik ke rumah saya terima SMS dari sahabat saya menyatakan bahwa datuknya telah kembali ke rahmatullah pada jam 3 petang tadi.

Takziah saya ucapkan dan al-fatihah unuk Allahyarham.Semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Kita yang masih hidup teruskan beribadat kepadanya dan hanya doa yang mampu kita kirimkan untuk Allahyarham.

Itu SMS dari saya memberikan kata2 semangat untuk sahabat saya itu. Saya tahu begitu peritnya bila diduga dengan ujian sebegini.

Saya juga tak jumpa buku yang dikirim oleh dia. Tajuknya lebih kurang sebegini..talk anyone talk anywhere..ada sesiapa yang tahu berkaitan dengan judul penuh buku ini?

15 comments:

Adry said...

hermmm macam best jak semua buku dan majalah ni.... takziah buat sahabat atas pemergian datuknya...

Adry @ http://www.adrysabry.com

Keri AlHaj said...

habirurrahman tulis novel baru ke? hari tu tak jumpa pun kat pwtc....

AniS GalaXy said...

takziah buat keluarga sahabat aie
Al-Fatihah


buku2 nie semuanya bagus
SOLUSI
inilah jalan yang lurus
anis nk cri buku 2 la...mcm best jer

AiE bAhRi said...

Bro Adry,
Memang best buku2 n majalah tu. Serius tak rugi kalau beli.

Abg Chime,
novel habiburrahman ni best seller nasional. time abg chime nk beli kat pwtc dah abis kot.

Cik Anis,
Ya!Takziah untuk sahabat saya. Moga keluarganya tabah.
Solusi tu bukan buku tau tapimajalah yang keluar setiap bulan.

sharamli said...

alfatihah..

0k..nnt abes bc..k0ngsi erk..

:)

Tirana said...

Banyaknya beli buku....Kalau dekat2 boleh kak tirana pinjam ye..hehehe

AiE bAhRi said...

sha,
ok..nnti dh abis bc saya kongsi jalan citenye

Kak Tirana,
Sementara dapat diskaun 15%,bolehlah beli byk sikit kak..meh la datang sini kalau nk pinjam.He3

unknown said...

rajin membeli yer buku ilmiah...bgs la mcm tu...

takziah kpd kluarga sahabat

AiE bAhRi said...

khairil,
sekadar untuk mengisi masa cuti sem je ni.Tu yg beli buku.he3

Anonymous said...

al-fatihah..

fq said...

fuh...
bnyk betl klo nk bc sume 2...
salam aie...
fq kembali...

faizal mohamad twon tawi said...

salam..

CINTA adalah suci. Cuma ada sebilangan manusia yang menghilangkan kesuciannya.

Bro Framestone said...

cinta merupakan sesuatu yang melebihi perasaan kasih dan sayang

ianya lebih kepada mengagungkan sesuatu yang terpenting bagi diri sendiri

out of topic--> Baju raya tahun lepas.. sampai berhari2 nk membeli siap gaduh2 lg tue... klu xcaya usah entry yg bro link kat blog nie... ops chubby sikit ek he...23x

ryann said...

tak sabar dengar cerita saudara tentang buku buku ini

AiE bAhRi said...

asis,
al-fatihah

Fq,
kena baca slow2 n kena habiskan baca gak buku2 tu..
Selamat kembali fq!

fmtt,
ya!CINTA memnag suci jika betul tujuannya.

Bro framestone,
Ya!dan pasti cinta menuntut pengorbanan.

O..lawa baju raya tu..nanti saya usha entri yg lepas k.

Sis Ryann,
InsyaAllah saya akan kongsi cerita buku2 tu ye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails