Melihat gelagat pelajar pada awal semester membuatkan saya tersenyum sendirian.Lebih-lebih lagi apabila wang pinjaman baru masuk.Bertambah meriah pusat membeli belah terdekat dipenuhi dengan pelajar untuk membeli keperluan. Lebih meriah apabila pelajar mula menggunakan duit pengajian untuk membeli segala bagai gadget terbaru yang berada di pasaran.
Tidak dapat dinafikan pendapatan diperolehi melalui pekerjaan tetap tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan isi rumah setiap bulan. Ditambah dengan keadaan kos sara hidup dan harga barang yang semakin meningkat, ia pasti menambahkan beban kewangan kepada sesiapa sahaja.
Apatah lagi jika berstatus pelajar yang mana perbelanjaan harian hanya bergnatung kepada keluarga, biasiswa dan pinjaman tabung pendidikan semata-mata.
Antara penyelesaian masalah ini adalah dengan melakukan kerja sambilan dan yang paling penting adalah kita tidak perlu malu jika apa yang kita lakukan boleh memberi kesenangan kepada kita dan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung.
Bagaimanapun banyak perkara perlu dipertimbangkan dan dikorbankan jika ingin melakukan kerja sambilan memandangkan status pelajar yang boleh dibawa.Adakah ia mendapat persetujuan keluarga?pihak pengurusan tempat belajar?Dan banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk bekerja sambilan.
- Tambah pendapatan
Selain itu, kerja sambilan ini juga memberi pengalaman baru dalam diri individu. Di sinilah kita belajar perit jerih ibu bapa mencari wang untuk menanggung keluarga dulu serta membentuk keyakinan diri untuk terus maju hidup.
- Berdikari
Jangan memaksa diri untuk melakukan setiap perkara yang tidak mampu dilakukan hingga mengabaikan pelajaran.
Pertimbangkan sebaik mungkin masalah yang akan berlaku jika sudah membuat untuk terus melakukannya.
- Lakukan asal halal
Jika wang yang diperolehi tidak halal maka ia akan memberi kesan dalam diri sendiri serta pelajaran.
Oleh itu, sebagai pelajar adalah penting untuk mencarai kerja sambilan yang tidak menyalahi undang-undang.Bagaimanapun, tidak perlulah memilih, lakukan kerja-kerja yang termampu mengikut kemampuan serta masa kerana pelajaran masih penting walaupun ketika bekerja sambilan.
- Perlu bekorban
Kerana terdapat juga ramai pelajar yang terkandas dalam pelajaran merek akibat terlalu taksub dengan mencari wang lebih untuk menampung perbelanjaan harian.Bagaimanapun,perlu diingatkan pelajaran masih lagi perkara terpenting yang perlu diambil kira dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.
- Buang rasa malu
Oleh itu, perkara utama yang perlu dilakukan sebelum mencari kerja sambilan ialah kita perlu melihat keadaan diri sendiri. Adakah kita mampu melakukannya atau tidak?
Walaubagaimanapun, duit pinjaman atau biasiswa yang diperolehi sebenarnya adalah lebih cukup terutamanya pemegang biasiswa JPA jika kita bijak menggunakan wang tersebut dengan cara yang berhemah malah kita boleh melabur lagi lebihan wang pada hujung semester nanti.Percayalah!
16 comments:
nak kerjatambahan.
jom join saya
jadi fasi untuk kem yang saya kendalikan....
selain dapat duit tambahan : ilmu yang boleh dijadikan bekalan...
Ada gak siswa-siswi yg wat kete sewa..hehe..(tp risiko sket nih..ngeh2)
Dan ada gak yg paket siap2 jajan cam kopok2, cekelat dan kad top-up kat kampus.. Tambah duit poket sket cenggini pun dah ok.
Member saya pernah buat kereta sewa. Hasilnya, dia mampu beli dan maintain 4 kereta sewa dan 2 kereta sendiri.
Owh, lupa plak. Yang menjual dari blok asrama ke asrama pun ada. Tapi tang ni, untung sedikit, tapi penat. Tapi untuk mereka yang minat meniaga, ni memang satu pengalaman.
tu la yg slalu jdik..awal2 dpt duit bkn maen blnja...nak abes sem bru seb0k mintak kat mak ayah..
biasalah student
belum habis sem.. duit dah habis
minggu lepas akak tgk ada borang jawatan kosong sambilan di KFC....
rasa mcm nak apply jer...
leh tambah pendapat....sambil cari pengalaman.....
aie...
ak pn bkrja jugk...
tp tme cuti2 sem la...
tme stdy x nk...
t da lth stdy kemana, kj pn kemana...
fokus 1-1 je ok la...
salam aie, akak bayangkan bagaimana kehidupan mahasiswa dan mahasiswi. Ia adalah pengalaman yang akan terpahat dalam kehidupan sampai bila2, kerana satu hari nanti apabila berjumpa semula bekas rakan sekuliah.. tentunya akan sibuk bercerita masa lalu di pentas kuliah.
btl2...aku sokong 2..aku pown dh setahun bt keje2 cmnie..hehehe...alhamdulillah murah rezeki....syukurlh..
bes kalo ada jpa...
hihi..
salam..
huhuhu..
bekerja smbl belajar..
Boleh, tapi kena pandai urus masa..
I da wat biz..
Eumora..
Sesaper yg berminat,leh contact i..
Currently da sorang gulz yg tolong i..
Thanx to syuhada..hehehe
betul tu AIE.. selagi boleh belajar.. terus belajar..
macam topek kan bro... Sijil ni memang x banyak pinjaman dia. so, sampai pertengahan semesta memang dah 'kering'. tu pun duduk asrama bro. kalau duduk luar, entah macam mana la agaknya.
bile tgk beza pinjaman budak sijil dengan dip ni.. memang sekali ganda bezanya. tak tau la kalau diorang pun x cukup dengan sekali ganda pinjaman dari budak sijil.
memberi inspirasi la pulak...especially tang tak perlu malu kalau kerja kat hotel jadi pencuci sekalipun...huhu
Info Yang bagus. Sedikit saya hendak kongsikan. Sekiranya ada diantara anda sedang mencari-cari biasiswa atau pinjaman. Usah risau dan kecewa, anda boleh dapatkan 40 Biasiswa 'Low Profile' di link ini >> Senarai Lubuk Biasiswa.
Post a Comment