Monday, October 26, 2009

Doakan saya...

Kalau diberi pilihan untuk bahagia atau sengsara, selesa atau tidak selesa..pasti kita akan pilih yang bahagia dan selesa.Sebab apa?sebab itu adalah fitrah manusia.Inginkan kesempurnaan dalam hidup. Tetapi untuk berada pada tahap yang selesa,kita mesti harungi suasana yang tidak selesa terlebih dahulu.Benar..memang ada manusia yang lahir terus berada dalam kehidupan selesa dan bahagia tapi dalam kelompok itu berapa ramai juga yang mengucapkan syukur kepada yang Maha Esa?

Tinggal dua hari. Ya! cuma tinggal dua hari sahaja lagi untuk saya menyempurnakan pengajian saya. Selepas itu, saya akan menempuhi satu lagi fasa baru. Itu pun jika saya ada rezeki sebabnya saya belum menghantar sebarang resume di mana-mana firma. Minggu ini saya hanya akan menduduki dua peperiksaan sahaja iaitu pada hari Selasa dan hari Rabu.Moga-moga Allah berikan saya kekuatan, kesihatan dan ilham yang baik semasa menjawab dua kertas tersebut.Jika dibandingkan pada minggu lepas yang penuh dengan kerisauan, saya harap pada minggu ini saya dapat hadapi dengan tenang. Saya masih belum berkesempatan lagi berkongsi cerita berkenaan dengan pembentangan tesis saya pada minggu lepas. Alhamdulillah! itu sahaja yang saya mampu ucapkan semasa pembentangan itu.

Apa yang saya harap, ini bukanlah titik akhir saya untuk menamatkan proses pembelajaran kerana proses pembelajaran bukan hanya berlaku semasa kita menuntut tetapi skopnya lebih meluas lagi di mana proses pembelajaran berlaku di mana-mana sahaja. Jika saya ditadirkan untuk mendapat pekerjaan yang lebih awal, InsyaAllah saya sudah bersiap sedia untuk ke arah itu. Saya bersedia untuk memberi khidmat yang diperlukan cuma mungkin saya perlu mengambil masa untuk menyesuaikan keadaan.

Semoga saya dan rakan-rakan lain dapat menduduki peperisaan dengan tenang. Semoga apa yang kita pelajari dari tenaga pengajar di kampus, dapat kita aplikasikan untuk hari-hari yang mendatang. Cuma perlu ingat, bukan semua kerja kita lakukan berdasarkan "buku rujukan" sahaja kerana pengalaman juga penting untuk dijadikan sebagai medium pembelajaran.

Semoga berjaya untuk semua! Untuk selesa, kita harus tempuhi zon yang tidak selesa ini walau sesukar mana sekalipun.

9 comments:

imHepPie said...

gudluck..nnti da bjaya blanja mkn eh

Watierman said...

Salam Dik..moga kamu berjaya...dengan cemerlang akak sentiasa doakan..& moga terus berjasa buat Bonda bahagia!!

mamai said...

selamat maju jaya

ASYIQ said...

Selamat berjaya aie...patut la lama tak nmpk dia di umah akak. Sibuk rupanya.

Semoga berjaya....cemerlang!!!

sharamli said...

all da best aie..insyaallah..
xaci..2 paper je..ha3

addyaholix said...

gud luck aie. kau mampu buat yang terbaik. usaha, doa dan tawakkal. amin~

Qasih said...

Manisnya kejayaan
apabila jalan-jalan yang terpaksa kita tempuh ke arahnya
adalah berliku dan penuh duri.
Yang senang itu
indahnya sementara
tapi yang sukar untuk diraih...
indah dan manisnya menggetar jiwa
apabila kejayaan itu
telah menyentuh hidup kita
dengan amat payah dan sukar
sekali...

*semoga berjaya, dik.. InsyaAllah.. :)

Tirana said...

Alhamdulillah dah habis exam..moga Aie berjaya..

pijah@hakuna said...

aie aku doakan kau semoga berjaya. nnti dah dapat bgtahu ek...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails