Ini bukan jemputan majlis perkahwinan.
Ini adalah jemputan hari konvokesyen saya di UTM pada hari Ahad petang ini. Bukan sekadar saya yang menjemput, tapi emak terlebih dahulu menjemput satu kampung dan saudara mara. Hahaha!!!
Terima kasih kepada sahabat saya dari Sarawak yang mengirimkan hadiah kepada saya. Juga kepada insan yang istimewa yang tidak dapat hadir pada hari konvokesyen saya. Terima kasih kiriman hadiah kalian.
Majlis konvo kali ini memang saya tidak bersemangat seperti mana pada majlis konvo diploma. Entah kenapa! Oh! yang pasti saya belum membeli seluar untuk majlis pada hari tersebut dan handbag untuk emak. Harap-harap masih ada kesempatan.
Kepada kawan-kawan yang saya ingati, TAHNIAH UNTUK SEMUA! Langkah kita semakin rancak untuk membina kehidupan.InsyaAllah..
Friday, March 26, 2010
Friday, March 19, 2010
Moga tidak alpa
Assalamualaikum kepada pembaca sekalian,
Rasanya...dah lama tak menulis. Memang iya. Dalam bulan ni baru 1 entri sahaja yang aku hasilkan. Sungguh! Rindu aku membuak-buak untuk aku menulis dalam ruangan ini tapi apakan daya…Kalau setakat tulisan biasa meluah rasa, aku tak panggil itu penulisan. Itu mungkin sekadar luahan hati untuk melepaskan rasa. Aku pun malu nak tunjuk muka bila yang membaca hanya boleh tengok blog ni dan rasa "ini je? apasal dengan dia ni?".Macam ada something wrong je budak ni” Itu mungkin persepsi orang.
Sejak kebelakangan ini saya dilanda kesibukan yang amat sangat. Macam dah takde masa untuk diri sendiri. Mujur minggu ni emak saya ke Kelantan melawat kakak saya sekeluarga di sana selama seminggu. Sekurang-kurangnya emak tidaklah berasa bosan disebabkan saya sering pulang lewat malam. Kadang-kadang kasihan juga bilamana saya pulang lewat malam dan emak tiada teman untuk berbicara. Pada kebiasaanya, apa-apa yang berlaku emak akan mengadu pada saya.
Kesibukan duniawi inilah yang sering saya fikirkan. Sampai bila manusia akan berlari-larian untuk mengejar apa yang ada di duniawi sampai lupa apa yang diperintahkan Allah. Kadang-kadang masa kita untuk lakukan kerja duniawi adalah lebih lama berbanding masa yang kita luangkan untuk menghadap dan berbicara dengan Yang Maha Esa ketika solat. Sebab apa? Sebab kita bekerja kita akan nampak hasilnya hujung bulan tapi masa untuk akhirat kita tidak nampak hasilnya di depan mata.
Itulah manusia…jika hasil yang nampak jelas dan nyata, maka semuanya akan lari untuk mengejar hasilnya tapi yang tak nampak hasilnya secara nyata, maka semuanya diambil ringan. Ermmm..kalaulah Allah kasi pahala dan ganjaran kebaikan dalam bentuk yang kita boleh lihat..aku yakin pasti semuanya berebut!
Jujurnya, kadang-kadang aku alpa dengan suruhan-Nya. Bekerja setengah mati tapi terasa jiwa kosong. Untuk mencapai kebahagiaan duniawi, ukhrawi lagi harus dititikberatkan..
Moga kita semua tidak alpa. Wallahualam.

Thursday, March 11, 2010
Jap eh!
Nanti saya update cerita terbaru.
Rindu nak jengah blog kalian.
Lately, busy sikit dengan tender document. Nanti saya update k. Jap tau. tapi tak janji berapa lama kejapnya..=)

Tuesday, March 02, 2010
Bantu saya, ada tak sesiapa tahu?
Ada tak sesiapa tahu pasang mirror krabb ni selain guna drill untuk bolt and clip..Kalau guna gam untuk lekatkan pada wall, agak2 boleh jatuh tak? Dan apa jenama gam untuk lekatkan mirror ni pada wall?
Alasan saya tak nak guna drill :
1) Nampak macam tak kemas
2) Nanti ada kesan lubang pada wall..nampak macam tak kemas.
Jadinya, saya nak guna gam, tapi boleh ke?
Please help me!=)
Subscribe to:
Posts (Atom)