Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 15, 2010

Ceita carca marba

Salam Ramadhan..

Masih tiada cerita yang aku boleh berkongsi dengan semua. (ceh..macam la semua rahsia sangat kan..) aku tak bermaksud macam tu cuma aku memang betul2 tiada masa untuk meng"hupdate" cerita terbaru. Yang aku tahu balik kerja masa untuk diri sendiri dan terus masuk tidur dan esoknya ke kerja semua. Memang takde life langsung kan? tapi nak buat macam mana..aku kena pikul juga tanggungjawab yang diamanahkan pada aku.

Aku minta maaf pada kawan2 yang mana ada yang terasa dengan aku. Lain kali arrange program bagitahu awal2 k. At least aku boleh arrange masa aku ikut schedule and dateline kerja. Memang aku rasa bersalah tapi aku rasa, aku patut utamakan yang mana utama dulu. Bukan bermaksud aku anti social. Ok! lain kali kita kumpul ramai2 ye. Luv u all =)

Ok, aku nak cerita lain pulak..hari ni dah masuk 5 hari umat Islam berpuasa tapi nampak gayanya aku belum berjaya nak latih Kimi supaya berpuasa even setengah hari pun. Bila balik kerja, aku tanya mak pasal Kimi dan anak-anak buah yang lain. Mak terus cakap, Kimi balik sekolah je terus minta susu. Alahai....tak boleh jadi ni. Tapi aku tak nak paksa Kimi yang baru 5 tahun tu berpuasa cuma aku rasa aku nak buat latihan awal pada dia.

Hari ni juga mak baru memulakan kariernya semula sebagai tukang masak yang profesional. Selama ni adik aku yang sibuk memasak sejak dia habis study. Memandangkan hari ini dia kena lapor diri di Kem PLKN Kluang sebagai penceramah jemputan selama 5 hari, maka mak la yang akan menyediakan juadah berbuaka puasa. Aku suruh masak simple2 je sebab kami berdua je yang makan.

Aku stop dulu setakat ni. Mak dah panggil suruh beli barang kat kedai. Mesti ada yang tak cukup tu.

Buat adik, All d best dan buat semua, selamat berpuasa dan berbuka lah nanti.

Ok mak, orang turun ni.....

2 comments:

yonna said...

eceh.mcm short note dr artis untuk peminat2 pulak :p takpe bro. take care! :)

AiE bAhRi said...

hehehe...take to u too yonna..=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails