Thursday, September 23, 2010

.........

Rasanya dah lama tangan ni tak menaip apa2 cerita di sini. Bukan takde masa, cuma malas saja. Eh! bukan malas tapi takde masa. Aku rasa masa aku tak cukup 24 jam sehari. Gerak kerja pada waktu pagi, balik kerja memang tak jumpa matahari. Bukan masa tak cukup tapi barangkali aku yang tak pandai manage masa betul-betul.

Salam alaik pembuka bicara. Ya Allah! rindu pada blog! rindu pada kawan2 blog. Maaf, aku tidak berkesemapatan untuk jengah kalian lama2. Singgah baca sekejap untuk mengetahui berita kalian dan aku tidak tinggalkan sebarang jejak. Maaf ya!

Akhir-akhir tahun ni aku dihimpit dengan tugasan yang banyak. Satu pembelajaran yang baru bagi aku. Terima kasih kerana masih diberi kesempatan untuk belajar benda yang baru.

Seronok bekerja dalam dunia yang penuh kesibukan tapi mak sering ingatkan kerja jangan sampai kita lupa pada Allah. Pagi2 ke kerja, aku diriangkan dengan 3 orang anak sedara yang pagi2 lagi bersemangat untuk salam ketika aku hendak ke kerja. Yeay! sayang kalian!!

Oh! lupa nak ucapkan selamat datang kepada 2 orang staf baru. Pompuan pulak tu. Agak2 ada can tak? hahaha. Semoga kita dapat berkongsi ilmu dan pengalaman bersama.

Ok! aku takde entri yang menarik untuk dikongsi. Ada! tapi mungkin aku simpan rapat2 dulu. Sampai masa, aku hebahkan pada kalian. (",)

Aku undur diri dulu. Perlu rehat yang cukup. Oh! esok site meeting Legoland. Selamat malam semua. Perlu rehatkan fizikal dan mental untuk berhadapan dengan klien esok! =)

1 comment:

GRuNGe said...

Wah, kerja kerja kerja. Macam tu la bro rasa Aie. Apa pun, selamat dalam apa jua yang Aie buat yea.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails