Kisah ini saya sudah membacanya 3 hari yang lalu tetapi baru sekarang baru sempat untuk berkongsi dengan kalian semua. Kisah yang ada pengajaran buat saya dan kawan-kawan yang baru sahaja memulakan kerjaya masing-masing. sekadar ingin berkongsi dan untuk muhasabah diri. Kadang-kadang niat permulaan kita lari dari landasan yang sebenar.
January 5th, 2010 Abu Saif
“Sabarlah emak, Ina nak ke Shah Alam bekerja kilang ini sebab emak. Nak tolong emak. Dah lama emak susah” Ina teresak-esak menahan rasa.
Memeluk emak yang kesedihan mahu melepaskan anak.
Suasana di perhentian bas di tepi jalan berhampiran Sekinchan itu sungguh hiba dan pilu.
Drama ibu dan anak.
Setibanya Ina di rumah sewanya di Shah Alam, hampir 30 kali sehari beliau menghantar sms kepada emak di kampung.
“Mak, Ina dah makan. Mak dah makan?”
“Mak, tadi Ina beli sikat baru!”
“Mak, Ina nak tidur ni.”
Demikianlah pada minggu pertama.
Bulan kedua begitu juga.
Bulan ketiga, Ina bertemu dengan Udin.
Daripada 30 sms sehari, Ina menghantar 30 hari sekali satu sms!
“Maaf mak, Ina sibuk kerja banyak shif,” kata Ina.
Sibuk dengan Udin, si buayafriend yang cinta dua bulan mereka berjaya memadamkan cinta dua puluh tahun emak Ina di kampung.
KISAH SUAMI
“I kerja untuk you sayang!” kata suami sambil membawa pulang hadiah cincin belah rotan buat isterinya.
Semasa itu gajinya RM800 sebulan.
“I kerja untuk you sayang!” ulang suami sambil membawa pulang cincin solitare buat isteri yang dikasihi.
Gaji sudah meningkat RM4000 sebulan.
“I rasa nak buka cawangan barulah sayang!” kata suami membawa pulang ‘payung emas’ berupa surat izin untuk ditandatangani sang isteri.
Gaji ketika itu sudah RM10,000 sebulan.
Bukanlah poligami itu isunya.
Tetapi mengapa semasa bergaji RM800 sebulan, kerjanya untuk isteri, tetapi apabila gaji mencecah RM10,000, sudah bercadang mahu membuka cawangan?
BUKAN FIKSYEN
Kisah di atas bukan berdasarkan kejadian sebenar, tetapi banyak benarnya.
Tujuan awal lain, hala dituju kemudian lain pula.
Sesuai benar dengan pepatah Melayu yang menyebut, “lagi tinggi pokok yang dipanjat, lagi kuat angin yang menggoncang.”
Semua itu adalah terjemahan kepada kesan niat dalam perbuatan.
Bekerja kerana emak itu adalah bekerja atas satu tujuan yang berada di luar kita. Semakin jauh dan lama tujuan luar itu ditinggalkan, semakin pudar kesannya pada niat kita bekerja.
Bekerja kerana isteri itu adalah bekerja atas satu tujuan yang berada di luar kita. Semakin jauh dan lama tujuan luar itu ditinggalkan, bersaing pula dengan anasir luar yang semakin banyak di kejauhan perjalanan hidup, semakin pudar kesannya pada niat kita bekerja.
Bekerja kerana emak dan bekerja kerana isteri itu susah. Lebih susah kalau bekerja kerana slogan-slogan retorik, “demi agama, bangsa dan negara!”
KUASA NIAT
Itulah besarnya maksud pada pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang NIAT:
“Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat” [Al-Bukhari dan Muslim]
Niat bukan hanya soal menentukan dosa dan pahala di Akhirat.
Niat itu titik mula sebuah amal. Silap sedikit di titik mula, silap besar dan bertambah besar dengan pertambahan jarak dan masa.
Seperti sebuah pesawat yang sepatutnya terbang ke Jeddah, bisa sahaja di akhir perjalanan mendarat di Tel Aviv. Segalanya berpunca daripada tersasar beberapa darjah di permulaan kembara. Sikit-sikit lama-lama jadi penyakit. Kesilapan awal yang tidak diperbetulkan.
Allah mencipta manusia sebagai makhluk percaya. Dia akan bertindak mengikut apa yang dia percaya. Kepercayaan itu pula letaknya di dalam jiwa. Percaya di dalam, amal dan kerja di luar. Kerja luar adalah terjemahan kerja dalam. Betulkan dalam, eloklah luar. Justeru betulkan hati, tempat letak percaya diri.
Manusia adalah makhluk inside-out.
Tetapi manusia suka berniat dengan outside-in.
Kerana isteri, isteri tetap sengsara. Kerana bonda, bonda terus derita.
Sebab itu, hanya satu sahaja yang sejahtera diangkat menjadi percaya.
Bekerja kerana Allah.
Bekerja, niatnya biarlah kerana DIA, kerana Allah.
Kerana Allah, kita tidak lupa menjaga kebajikan bonda. Kerana Allah, kita sentiasa ingat keperluan isteri dan keluarga.
HIKMAH BISMILLAH
Bekerja kerana Allah itu sentiasa menjadi tujuan yang mengawal diri di sepanjang perjalanan mendaki kerjaya. Tidak keliru antara tujuan dan keperluan. Malah menjadikan tujuan, sebagai motivasi untuk memperbaiki keperluan.
Justeru kita diajar agar memulakan setiap satu perbuatan dengan membaca Bismillah.
“Setiap perkara penting yang tidak dimulakan padanya dengan Bismillah, maka perkara itu terputus” [Hadith riwayat Abu Daud, al-Nasaa'ie, Ibn Majah dan Ibn Hibban di dalam Sahihnya daripada Abu Hurairah]
Terputus daripada tujuan asal yang baik.
Terputus daripada Allah.
Seperti layang-layang terputus tali yang jatuhnya entah ke mana.
Itulah hikmah memulakan setiap pekerjaan dengan Bismillah.
Agar setiap kerja, kita kerjakan dengan sedar apakah tujuannya.
Bekerja kerana Allah, kerana Dia!
Bekal titik mula kita bersama…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Terima kasih ustaz atas artikel ini...
Friday, January 08, 2010
Monday, January 04, 2010
Biarkan Aku Jadi Mataharimu..
Entri ini saya dapat dari seorang teman..Saya telah meminta izin darinya untuk 'copy' di blog saya..Sekadar ingin berkongsi bersama rakan-rakan blog..Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.
Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.
Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.
Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.
Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.
Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.
Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya....
Sunday, January 03, 2010
Susah hati
............................................................................................................................................................
.....................................................................................
macam ada sesuatu tak kena...terasa berat bahu memikul apatah lagi untuk memikirkannya.
Saya perlukan penawar jiwa dan rohani.
Friday, January 01, 2010
Happy New Year 2010
Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul. He breaks our heart to make us whole. He sends us pain so we can be stronger. He sends us failure so we can be humble. He sends us illness so we can take care of ourselves.
Sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything. He gave us...ALLAH is great!
Hopes new year will bring us happiness, more properity and healthy life. Amin ya Rabb.

Tuesday, December 29, 2009
Sayang selalu buat Kimi
Hari ni genap usia Ammar Hakimi@Kimi 4 tahun. Pakchu doakan yang baik2 saja untuk kamu. Lagi beberapa hari Kimi dah nak masuk taska islam. Harap2 tak banyak ragam dan Kimi tahu untuk duduk diam seperti kawan-kawan lain. Yang pakchu risaukan, takut cikgu-cikgu Kimi penat dengan keletah Kimi yang hyper active tu. Sejak pakchu dah kerja, rasanya masa pakchu untuk anak-anak pakchu yang ada di Johor Bahru ni makin berkurangan. Apatah lagi anak-anak pakchu yang ada di Indonesia, Shah Alam dan di Kelantan. Alahai....
Buat Kimi, semoga menjadi anak dan cucu yang soleh, abang long yang baik untuk adik-adik dan menjadi pelajar yang cemerlang dalam taska dan peringat seterusnya. Kalau arwah bapa (kimi pun panggil bapa pada arwah atuknya) ada, pasti bapa juga bangga kerana hajat untuk menyekolahkan Kimi di taska Islam nampaknya berhasil.
Harap-harap cikgu-cikgu di taska faham tiap bicara Kimi sepertimana yang pakchu faham walaupun Kimi masih pelat dan jangan lupa cikgu dah pesan, kalau pergi sekolah, jangan lupa pakai ‘spender’ sebab cikgu takut terzip ‘anu’ Kimi bila buang air kecil nanti. hahaha
Kimi, pakchu sayang kamu sepertimana anak-anak pakchu yang lain juga. Semoga ulangtahun kelahiran Kimi yang ke 4 tahun menjanjikan keberkatan dalam kehidupan semua.
Hadiah pun pakchu tak beli lagi..Kimi nak apa?
Sunday, December 27, 2009
Notis tak update blog.Ambil perhatian!
Salam.
Kepada semua,
Maaf kiranya sudah lama saya tidak menziarahi teratak kalian. Saya juga tidak mempunyai masa untuk mengupdate blog buat masa ini. Mungkin perancangan masa saya yang tidak teratur sehinggakan tiada kesempatan masa.
Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan tahniah buat adik angkat saya yang berada di Kelantan, Muhammad Irfan bin Mougut yang memperolehi 8A 1B dan Kak Long (anak Kak Asyiq) yang memperolehi 8A dalam PMR baru-baru ini. Saya tahu dia kecewa kerana B yang diperolehi adalah untu subjek sains. Jangan kecewa! banyak masa lagi untuk kamu menggilap kejayaan pada masa akan datang!
Lain masa saya update panjang-panjang untuk lepaskan gian ye. Sayang semuanya.
Regards,
AieBahri

Thursday, December 17, 2009
Harapan sempena hijrah
Semoga Allah jadikan pagimucahaya, zuhurmu gembira, asarmu seronok, maghribmu keampunan dan isyakmu kebahagiaan serta doamu tidak ditolak dan diluaskan rezekimu serta ianya tidak diambil semula. Dan dibuka padamu pintu syurga tanpa sempadan.
Lahirnya manusia disambut azan. Matinya diiringi solat. Antara azan dan solat alangkah singkatnya hidup ini.
SALAM MAAL HIJRAH 1431 H
Lahirnya manusia disambut azan. Matinya diiringi solat. Antara azan dan solat alangkah singkatnya hidup ini.
SALAM MAAL HIJRAH 1431 H
Monday, December 14, 2009
Membina masjid tidak semudah membina pelamin yang indah dan gah
Ucapan ringkas dari saya :
Semoga masjid yang dibina akan berkekalan selamanya. Moga yang baik2 untuk kalian. Hidup berpasangan kena ada tolak dan ansur, kurang dan lebih, manis dan masam. Baru akan rasa indahnya rumahtangga.
Selamat menjalani kehidupan sebagai "SURI" dan "SURA" rumahtangga.
Tahniah!
:: suka ke majlis kahwin kawan2 untk meraikan hari bahagian mereka.Sambil2 boleh ambil semngat dan aura pengantin..=)

Sunday, December 06, 2009
Jangan mengalah
Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah buat adik-adik saya yang berjaya dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah baru-baru ini. Walaupun rasanya dah terlambat tapi saya tetap ingin ucapkan sekalung tahniah buat adik-adik saya.
Entri ini saya tujukan buat adik-adik saya. Kak Ngah di Kelantan yang berjaya memperolehi 5A dalam UPSR. Kak Ngah iaitu anak kepada Kak Asyiq dan Aina anak kepada Kak As yang kedua-duanya memperolehi 4A 1B. Tahniah dari saya.
Buat kak Ngah yang berada di Kelantan, abang Aie ucapkan tahniah kepada kak Ngah. Bila kak Ngah telefon menyatakan kak Ngah dapat 5A dan hanya 2 calon sahaja yang mendapat 5A di sekolah Kak Ngah, abang Aie rasa gembira sangat kerana abang Aie faham perasaan kak Ngah bilamana dugaan semasa kak Ngah di darjah 6 sangat mencabar.
Buat kak Ngah dan Kak Aina. Ini bukan titik pengakhir buat kalian berdua adikku. Masa perjalanan kalian panjang lagi untuk menggilap kejayaan demi kejayaan pada masa hadapan. Kalian bukanlah tidak berjaya tetapi kalian diuji oleh Allah dengan cara ini. Allah tidak akan menguji seseorang hambanya melainkan hambanya mampu menerima ujian tersebut dan kalian beruntung kerana dalam usia sebegini, kalian telah diduga dengan ujian ini.
Bilamana saya membaca entri dari Kak Asyiq menyatakan mata kak Ngah merah, saya mula teringat kejadian yang berlaku pada 12 tahun lalu bilamana saya juga mengalami keputusan yang sama seperti Kak Ngah dan Aina. Seakan tidak percaya. Adik-adikku, ini baru titik permulaan buat kalian untu menggilap masa hadapan kalian. Percayalah, Allah sentiasa membuka rezeki untuk hamba-hambanya yang sentiasa berusaha dan bersabar. Jadikan pengalaman ini sebagai dorongan untuk masa yang akan datang.
Kejayaan bukan sekali, kegagalan juga bukan sekali. Ianya pasti akan kita alami berkali-kali. Sama seperti seorang bayi, ia tidak akan terus berlari, tetapi ia akan jatuh, bangun dan jatuh semula untuk pandai berlari.
Adik-adikku, kuatkan semangat dan jangan terus mengalah! Pastikan kita akan menjadi bintang yang paling bersinar sekali pada suatu masa nanti walaupun kita pernah dilindungi di balik bulan suatu masa lalu.

Subscribe to:
Posts (Atom)