Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 22, 2009

Hari-hari yang kecewa

Melewati hari-hari sebagai seorang insan yang serba kekurangan memang banyak dugaan dan rintangan.Entah mengapa seolah2 terasa ada batu besar yang menghempap di atas kepala.Adakah ini petanda awal sesuatu yang buruk akan berlaku pada tahun 2009 ini?

Kekecewaan sering sahaja menghinggap dalam diri ini sepanjang seminggu.Benar!memang saya terlalu sibuk pada minggu ini tapi kesibukan itu tidak seteruk seperti mana kekecewaan yang saya alami sepanjang seminggu.

Kadang2 terasa terlalu betapa lemahnya sehingga saya diuji dengan pelbagai situasi yang memang mengecewakan saya.Saya tak mengeluh tapi saya kecewa. Kekecewaan saya bermula apabila tetamu istimewa dalam keluarga saya telah pulang ke kampung halaman.Saya tak pasti untuk berapa lama lagi tempoh kami akan bertemu semula.Tapi, ingin saya luahkan kekecewaan saya apabila kami sekeluarga dianggap tidak mengingati mereka.Apa salah keluarga kami?Bukan kami tak mengingati tapi kadang2 masa dan jarak yang membataskan semuanya.

Bukan setakat itu sahaja.Saya diuji lagi dengan karenah manusia yang memang pelbagai ragam.Saya tak kisah apabila mereka ‘terlupa ‘untuk tepati janji yang telah ditabur.Saya bersungguh pada masa itu menyiapkan diri untuk bersama2 meluangkan masa bersama mereka.Tapi, hasilnya?saya ditinggalkan tanpa diberitahu terlebih dahulu.Apa salah saya pada kalian?Sakit hatikah melihat saya hidup dengan sentiasa mengukir senyuman walaupun saya dilanda masalah pada ketika itu?Kalian terasa rugi ke apabila saya hadir ke kuliah dengan menggunakan pakaian kemeja baru?Kepada kalian, saya tak mengharapkan apa2 pada kalian..saya hadir ke dunia sebagai insan yang serba kekurangan di sisi Maha Esa tanpa menggunakan sesen pun duit kalian untuk memenuhi kehendak saya.Usah khuatir, jika biasiswa JPA saya mencukupi (memang akan mencukupi malah lebih lagi), InsyaAllah saya akan buat makan2 di rumah saya sebagai balasan kalian telah mengecewakan saya.Cuma satu pinta saya, jangan jadi manusia yang berpura2.

Saya juga mendapat berita yang sememangnya mengecewakan saya.Dan cerita ini, saya belum bersedia untuk menceritakan kepada sesiapa kecuali kepada dua orang sahabat saya yang telah saya anggap sebagai adik saya sendiri.Harap2 berita yang saya terima itu tidak benar!Dan semoga Allah memudahkan segala urusan saya dalam perkara ini.Saya telah bersedia!.Itu yang mampu saya katakan.

Dan hari ini, saya kecewa lagi.Sebabnya saya tidak dapat pulang ke Kelantan yang akan merungkai segala kenangan saya bersama keluarga angkat tersayang.Buat keluarga di sana, maafkan aie kerana kali ini kita juga tiada rezeki untuk bercuti bersama2.InsyaAllah jika diizinkan, kita akan bertemu lagi.

Saya bersyukur..dalam kekecewaan ini, Yang Maha Esa dan keluarga adalah ubat yang paling mujarab dalam merungkai segala kesakitan dan kekecewaan dalam hati ini…

notakakikukumalu :

Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian kita akan dibenci, fikirkan kekecewaan kita akan dikecewa,Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam.Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan.

44 comments:

addyaholix said...

tahun baru aku tak bermula dengan baik. tahun baru sambut aku dengan perkara-perkara yang mengecewakan. aku kecewa dengan segelintir teman-teman aku. aku kecewa dengan keadaan sekeliling. aku kecewa dengan perkara-perkara yang dah aku tempuh. dan aku hampir kecewa dengan diri sendiri. tapi dalam aku kecewa aku tetap syukur bila DIA sentiasa ada untuk aku. dan DIA juga ada untuk kau sebenarnya. DIA ada untuk setiap kita.

AiE bAhRi said...

Addy,
InsyaAllah DIA sentiasa bersama kita untuk tiap masa dan ketika.Hidup ini memang tidak lari dari suka, duka, kecewa dan sebagainya.Sebab itulah lumrah alam untuk mewarnai kehidupan.Kepada DIA, aku bersyukur kerana merasai nikmat betapanya kecewa.

ateh... said...

aduh sian nye..jgn la sedih2 mcm tu..kuat kan semangt tau..di sebalik hujan lebat yg dtg pasti akan ade pelangi yg cantik selepas itu..ingt kate2 tu...

dr itu! said...

bersabar la dengan semua karenah manusia, kerana kita juga manusia =)

fahruzzaman.Ismail said...

insyaallah setiap masalah yg Dia uji kepada kita ada ubat dan jalan untuk menyelesaikan...
Sabar...keceriaan itu bakal datang jika masih tetap denganNya....
Kawan2 kamu tetap masih ada untuk kau..

Aidy Shahiezad said...

kesabaran yang berlipat gali ganda pasti akan dibalas dengan kenikmatan yang tiada tara pada akhirnya... cuma, percayalah pada diri...

Tirana said...

Always think positively...setiap yang berlaku adalah ketetapan Allah yang mengandungi seribu rahmat dan hikmah yang kadang2 terlindung daru pandangan mata kasar...

fazemy said...

Kita hidup ini tak slalunya kat atas. kdg2 kita rasa sedih..kadg2 kita rasa gembira sgt..kata2 sesuatu buat kita rasa down..tp smua tu akn buat kita lbh tabah..lbh kuat unt hadapi hidup ini. Lgpun klw kita gembira slalu boring la jugak kan. So kekecewaan akn mengajar kita erti lbh dewasa. enjoy ur kedewasaan:-)

Kapten Luffy said...

anggap semua ini satu proses belajar untuk kita menjadi seorang yang tabah.

prinsip kita sama... kita benci org kita akan dibenci. susahkan orang kita juga akan disusahkan.

jadi berbuat baiklah kepada org lain

unknown said...

hmm...
be positive ok

Unknown said...

tahun nih pun permulaan yg x bagus bagi aku.huhu.kecewa tul.huhu.member tinggal member nih plg xleh blah rasa menyampah.da janji.pastu cakap ok2.pastu blah camtu siap tinggal je kite.lagi menyampah sebab terpaksa berkawan dengan orang yg gewwdik.eee..tak tahan tul!!!

D.L Sumunie said...

Saya percaya setiap kita yang lahir didunia ini akan melalui pelbagai keadaan salah satu adalah kekecewaan. walaupun kita tak menginginkannya. kekuatan hati dan kecekalan yang ada dalam diri kita akan memulihkan kekecewaan tersebut...jangan ada dendam dan benci kerana kecewa...sabar lah ya aie..

Myza Pesona said...

Sabar banyak2 Aie. Apapun yang berlaku pasti ada hikmahnya!Sesungguhnya, DIA MAHA MENGETAHUI, apa yang baik untk hambanya!

Anonymous said...

Aie,

"Tuhan hanya menguji... hambanya yang mampu diuji" ~ lebih atau kurang DIA yang tentukan..

seperti kamu dan entah berapa ramai lagi yang mengalami kronologi kekecewaan yg sama di awal tahun baru.. saya juga turut diuji.. Hampir jatuh, hampir tersungkur... malah hampir tidak lagi kuat untuk bangun semula... Adakala spt mahu menjerit.. persoalkan dugaan yg tak putus2 datang... namun siapalah kita..

Semoga setiap masalah yang datang akan terus dan terus menjadi peluang terbaik untuk memperbaiki diri kita...

"don't ask things to be easier..
Ask yourself to be better"

alif-mikail said...

sabar.. dan terus bersabar

Keri AlHaj said...

Hidup mcm tulah... bukan semua perkara akan mengembirakan. Kecewa, sedih, cabran hidup yg buat kehidupan kita lebih berwarna-warni dan menjadi pengajaran agar kita lebih berhati-hati lagi di masa depan. Org tak akan pernah tahu apa yg ada di hati kita... sama mcm kita juga tak akan tahu apa yg ada kat hati orang lain.

Ada satu pesan emak pada saya yg saya tak berapa nak setuju sangat - "buat baiklah walaupun pada org yg buat jahat pada kita"... secara seriusnya saya tak setuju sangat. Tapi, katanya lagi hanya dengan kebaikan musuh boleh berubah jadi sahabat... Jadi, bersangka baiklah sentiasa lebih2 lagi pada Allah yg bagi ujian pada kita.
Kecewa tu kecewalah - tapi jgn terlau terbawa2 dgn perasaan ya. relax jerr

Idayu said...

Hidup n tak lekang dr ujian.Semua tu tuk menguji kesabaran dan keimanan. Moga Allah melimpahkan kebaikan atas segala ujian dan kesabaran aie.

Kdg2 itulah kemanisan hidup yg pahit tuk ditelan:)

BurungBelatuk said...

sabarla aie...xsemua bende jadi baik menjelang tahun baru...sape tau dah masuk pertengahan tahun rezeki ko ok....ha...pada mereka yang berperangai xbetul tu,ignore ja...remember 1 thing la,what u put is what u get...lambat atau cepat tu urusan Allah...

Ren said...

Ish awat kecewa jer bunyinya?????

a.b geldofg said...

tlisan ko slalu mgisafkan aku...tq

AiE bAhRi said...

Ateh,
Saya tak bersedih cuma kecewa sedikit.insyaAllah saya akan tunggu pelangi itu walaupun saya tak tahu entah bila ianya akan muncul.

AiE bAhRi said...

Alhaqimi,
Tq ingatan tu sebab kadang2 saya lupa untuk menjaga hubungan sesama manusia

AiE bAhRi said...

Iffaruzzaman,
Betul.setiap masalah ada cara untuk menyelesaikannya.

AiE bAhRi said...

Aidy,
Tq atas ingatan =)

AiE bAhRi said...

Kak tirana,
Terima kasih kak.Kadang2 saya leka dan alpa dengan semua itu.

AiE bAhRi said...

Bro fazemy,
Memang kehidupan itu diwarnai dengan macam2 perasaan dan situasi.tapi kali ini, perasaan saya memang betul2 kecewa

AiE bAhRi said...

Monkey D Luffy,
Kebaikan tidak minta dibalas tapi cukup bagi aku untuk dihargai walaupun sedikit.Dan dari peristiwa itu, memang aku dapat belajar sesuatu.

AiE bAhRi said...

Khairil,
Ok!i will be positive =)

AiE bAhRi said...

Sakuraba,
Sebab kat dunia ni sebenarnya ada juga insan yang masih mementingkn diri sendiri.Ketawa bersama tapi bila kita tersungkur dibiarkan kita terkapai2 keseorangan.

AiE bAhRi said...

D.L Sumunie,
Tq.InsyaAllah tidak akan wujud perasaan benci dan dendam kerana kecewa tapi saya akan belanja mereka makan meraikan mereka telah mengecewakan saya dan mengajar saya tentang sesuatu dalam kehidupan.he3

AiE bAhRi said...

Kak Myza,
Tq kak (",)

AiE bAhRi said...

SERI yang SENI,
Permulaan tahun yang betl2 mengajar saya untuk menghadapi sesuatu yang lebih mencabar lagi.Semoga ada peluang untuk perbaiki keadaan diri.

AiE bAhRi said...

Bro Alif,
Sedang sabar dan sabar lagi...

AiE bAhRi said...

Abg Chime,
Mak saya juga pesan sepetimana mak abg chime pesan.Tapi saya juga tak bersetuju sebab sampai bila2 orang akan ambil kesempatan dalam diri kita.
InsyaAllah kekecewaan ini tak terbawa2 dan masih sekarang saya masih mengukir senyuman kepada mereka yang mengecewakan saya.he3

AiE bAhRi said...

Kak Ayu,
Terima kasih kak..

AiE bAhRi said...

Burung Belatuk,
Sedang besabar =)
Harap2 macam tu la..smoga pertengahan tahun dan seterusnya menjajnjikan sinar yang lebih gemilang lagi.

AiE bAhRi said...

Abg Janggel,
Yups!memang saya sedang kecewa.Tapi sekarang saya abaikan kekecewaan itu untuk membina kekuatan dalam diri.

AiE bAhRi said...

ab geldofg,
ye ke bro?tak perasan la boleh menginsafkan.Takpe, kita saling ingat mengingati.

Mogen Ali Rico said...

Salam singgah..
Semoga Jgn berputus asa dan sentiasa berusaha dan terus berusaha hingga ke akhirnya

Percayalah..tuhan menguji manusia dengan kenikmatan dan musibah.Jangan ada ragu!!!

dir&fara said...

sabor ye aie.. ko kan penah suruh aku sabor time aku dilande murung dulu.. skang aku plak nak suruh ko banyak2 bersabor ye.. macam ko cakap, mane ade org bole senang bile tgk kite senang.. tapi kalau ko senang2 trun le daiman bowl.. bole kite main seround bowl.. haaha

Qaseh Iman said...

aie..kenapa?..mungkin ini semua dugaan awal yg diberikan olehNYA..

cIk pEnNa said...

aie..
x pe..
kecewa nih la yg akan menguatkan semangat kite..
;)

a.b geldofg said...

ingin aku mjadi sprt ko....tapi syg...aku tk mpu

admin said...

solat lah yang menentukan sama ada kita Islam atau kafir...solatlah kita untuk Allah,untuk ketenangan abadi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails