Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 08, 2009

Ujian&Dugaan~asam garam hidup

Lewat malam tadi, saya menerima satu sms dari sahabat saya yang sedang dilanda masalah yang agak berat.Sms yang agak mengejutkan juga namun, saya gembira.Secara terperincinya.Inilah isi kandungan sms tersebut

"Aie, ko selalu bagi kata2 semangat supaya aku berbuat macam ni berbuat macam tu untuk selesaikan masalah tetapi ko tak tau betapa beratnya beban yang ditanggung oleh aku.Bercakap memang mudah sebab ko tak alami segala masalah tu.Hidup ko ceria dan bahagia.Memanglah senang hatikan!"

Saya ucapkan syukur.Alhamdulillah,terima kasih dengan doa tersebut.Terima kasih keran sudi mendoakan kebahagiaan dan keceriaan saya.Sungguh....saya tak marah,saya tak kecil hati.Namun saya tetap ingin jelaskan keadaan sebenar.Saya hanya mencadangkan sahaja kepada sahabat saya ini sebab dia memerlukan kekuatan dari seorang sahabat tapi tak sangka dia menghantar mesej kepada saya sebegitu.Walaupun begitu, tidak bererti saya tidak pernah diuji.Setiap orang mempunyai ujian dan dan dugaan hidupnya yang tersendiri.Ujian dan dugaan itu adalah asam garam dalam kehidupan.

Haaa......saya tak bercakap kosong.Sungguh,sepanjang hampir 24 tahun usia saya ini, sejak saya kenal dan mampu mengingati setiap yang berlaku dalam hidup saya, dalam tempoh belasan tahun ini, saya juga menerima pelbagai jenis ujian hidup.Maaf kerana tidak dapat menceritakan segalanya kerana saya juga mempunyai rahsia hudup saya sendiri. Cukuplah saya katakan saya pernah diejek, bukan sekadar ejekan tetapi cemuhan.Saya pernah dipanggil si dahi luas, si hitam dan macam2 lagi.Saya pernah gagal dalam ujian.Saya pernah tak makan selama 2 hari,hanya mengalas perut dengan air kosong.Saya pernah putus persahabatan malah diherdik oleh sahabat2 saya.Betapa harga diri saya dipijak2 ketika itu.

Sekarang ini, saya juga menerima ujian dan dugaan.Walaupun saya sentiasa rileks,ketawa namun hanya Dia yang mengetahui segala apa yang terpaksa saya lalui.Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dengan setiap ujian inilah,saya mampu tersenyum dan ketawa sekarang ini.Tanpa segala ujian yang pernah saya hadapi sebelum ini dan segala ujian yang bakal menghampiri, saya yakin agak sukar bagi saya menghadapi hidup dengan senyuman.

notakakikukumalu :

Apabila kita diuji,jangan hanya memandang mereka yang hidupnya lebih baik dari kita sebaliknya pandanglah mereka yang lebih susah.Dengan cara tersebut,kita pasti rasa bertuah dan berbangga dengan hidup kita.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

16 comments:

Sis Lin said...

hidup ini umpama roda,sekejap di atas tiba masa d bawah...ujian itu mgkin rahmat dn hikmah dr nye...

eiza in the house.. said...

betol tu aie..kehidupan penuh dgn ujian, cuma kita sebagai manusia harus tahu utk menjadi lebih waras dan rasional semasa menghadapi masalah itu..setiap berlaku ade hikmahnya tersendiri.

eidafarish said...

bersabar la dik dalam menghadapai ujian dari NYA..
mungkin esok atau bila2 ada sinar kehidupan tuk adik..

Qaseh Iman said...

aie..walaupun kiter tersenyum dan ketawa...namun senyuman dan ketawa itu bukan bereti kita bahagia..kadang2 senyum dan ketawa hanyalah penawar derita...kadang2 org salah anggap dengan senyuman dan ketawa...

*semoga aie tabah mengharungi kehidupan..sabar dan berdoa semoga kehidupan aie akan sentiasa di lindungi ALLAH s.w.t

Anonymous said...

sebagai seorang sahabat, kita hanya mampu untuk berikan pendapat ataupun cadangan utk seseorang yang mempunyai masalah spt kwn bro aie tu. Mmg x dinafikan, setiap orang mempunyai masalahnya yang tersendiri, tp ambil la pendapat kawan itu.. dan cuba selesaikannya dengan cara sendiri. dan sebagai rakan juga, kita sentiasa bantu rakan lain dari belakang...

bro aie setuju x dengan topek ni??

Ren said...

Hidup tanpa ujian umpama televisyen tanpa bekalan elektrik.. Ujian itu yang menjadikannya menarik untuk ditonton. ..

Anonymous said...

pengalaman mengajar erti kehidupan sebenar...tader dlm mana2 buku..have to cheer up, we still have a long way to go...steady, eat tomyam!

AniS GalaXy said...

dugaan....
perkataan yg paling org x suke
tp dugaan lah yg bantu kite terus kenal enti kehidupan.

bgs la aie tabah hadapi semuanya
biar org melihat kite tersenyum
jgn biarkan org melihat kite bermurung...
jaga diri...miss u so much

Sulamankasihabadi said...

ujian?he3 sesuai gan nick name aku..yang org panggil ujie n selalu di uji dgn mcm2 dugaan..tp ttp cool..ahaksss...

so..tabahkan ati n truskan perjalanan dgn senyuman...

dr itu! said...

bro aie :

hmm.. bagusnya ada sifat tenang n sabar ni.

Kadang2 manusia hilang pertimbangan akal bila perasaan menguasai diri. Mungkin penghantar sms dalam keadaan itu kot.

Ape pon.. Tahniah. Contoh perlakuan terbaik sebagai seorang insan. akhir kata : action beam.. hahahaha- lariks

jagoan said...

Kenal dulu erti susah sebelum senang. Esok bila dah susah. Sangat rimas dan lembik sebab tak biasa diberi susah.


Apa-apapun,

Wish U all the best!


.

.::c!kzUrA::. said...

sabarla aie..dugaan hidup tu datang dan pergi..cume cara kita masing2 berbeza..ada yg diduga mcm ni, ada yg diuji mcm tu..tserah pd kite sendiri tuk hadapi..

**mg aie trus tabah...

frens ya.. :)

Anonymous said...

salam dik....salam dari new blogged...
bersabar menempuhi segalanya..amin...

OJENG said...

salam.
kalau member bagi mesej mintak semangat dari u.thats means u memang someone yg dia trust la.so u kena betul2 bagi dia semangat.aku pun penah buat cam tue n so was my bestfrend.
so hargailah kawan semasa dia ada.huhu
kita semua tak lari dari ujian.
huhu.so face it and bersabar.huhu

Keri AlHaj said...

dah nama pun kehidupan... mana nak boleh lari dari segala ujian. setiap orang pun kena lalui ujian... tu yg buat hidup jadi meriah...
Tapi... Allah hanya beri ujian kepada hamba yg dikasihiNya sahaja...

zeti said...

stiap kita ni pasti diuji kan.. cuma ujian yg diberikan tu lain2 je.. tp ngan adanye ujian ni akn mmatangkan kita dlm mmbuat kputusan pd masa akn datang.. s'tiap kali diuji pasti ada hkmah yg tsmbnyi yg kita sndiri pun tatau :) moral of da the story.. s'tiap kali diuji, dkatkan diri pd Allah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails