Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 28, 2009

Nikmat bertemu amat nikmat

Dengan izin Allah saya selamat sampai di negeri yang dikenali dengan serambi mekah dengan selamatnya pada pagi tadi. Alahmdulillah mama, adik2 sabar menanti dengan penuh kesabaran di stesen keretapi Kuala Krai.Masih terasa dakapan hangat mama dan ciuman adik2 ketika menyambut kehadiran saya.Terungakai segala kekusutan dalam fikiran ini.Mereka juga sebenarnya menjadi pendorong utama saya selain kelurga saya di JB.

Dalam perjalanan menuju ke rumah, bual punya bual, terkeluarlah dari mulut mama, "Aie macam mana?keluarga, study, kawan2?(dengan dialek kelate).

Saya pun terdiamlah.Selama 5 bulan saya tidak berjumpa dengan mereka sebenarnya banyak yang ingin saya kongsi bersama mereka walaupun setiap hari mama akan menelelefon bertanya khabar.Macam mana nak cerita,Kalau nak cerita bukan sikit, banyak.Bukan banyak saja, panjang.

Perbualan mama sepanjang perjalanan menuju ke rumahnya banyak menyentuh tentang semua kegiatan hidup saya.Saya leka bercerita sehingga saya leka untuk bergurau dengan adik2 terlebih dahulu.Segala kekusutan dalam fikiran saya, saya luahkan.Tanpa jemu mama mendengar setiap apa yang saya ceritakan dan diselangi dengan nasihat berunsur jenaka.

Alangkah nikmatnya jika setiap hari saya dapat bertentang mata dengan mereka ini.Pertemuan kali ini betul2 bermakna bagi saya kerana perbualan dalam telefon setiap hari belum lagi dapat menyembuhkan apa2 yang terluka di hati melainkan jika kita sudah bertemu secara berdepan.

notakakikukumalu :

Seringgit senang dibelanja.Sebentuk senyuman sukar dicari.Seringgit hilang nilainya tapi senyuman memberinya tambahan nilai.Saya mungkin kehilangan serinnggit apabila menghubungi kalian tetapi saya dapat menawan senyuman kalian.

12 comments:

a.b geldofg said...

indahnya kelantan

Sulamankasihabadi said...

hehehe..teruja yer..senyum sokmo..

CikYana(",) said...

kelantan?
lme nye cik yana xpegi kelantan
teringin nk pegi tau

AniS GalaXy said...

salam aie.
lama kite x borak sama.
hope aie sehat k

kirim salam pd family k.
anis doakan aie bahagia bersama keluarga...

addyaholix said...

dah lama aku tak peluk mak.
hampir setengah tahun aku tak jejak kampung halaman.
memang mak ayah datang sini jumpa aku, tapi perasaannya tak sama.

Kapten Luffy said...

senyuman adalah add value terhadap apa yg kita lakukan...

ateh... said...

betul yg kamu ckp tu..ateh pun rindu gile2 kat emak n abah kat malaysia..ateh nak balik cepat nk peluk dia org ...sedih betul la....lambat lagi ke nak balik ni..hihihii

BurungBelatuk said...

best ko dapat balik kampung...kalu aku,hu2...setahun sekali baru balik...

MaSHee said...

Senyum lar selalu sebab senyum tu membahagiakan..menghilang resah...

tapi..

kalau senyum terlebih pun x boleh gak..nanti ada yg kata kamu gila ker??

AzmaMurni Aziz said...

salam Aie..

kasih sayang drpd keluarga memang tak ternilai dik.. hayatilah dakapan kerinduan mereka dan sempurnakan kasih itu dengan sentiasa mengingati bila berjauhan.

tenangnya hati datangnya dari lunaknya suara seorang ibu dan hiburan yang paling membahagiakan adalah tawa ria adik-adik.

CikYana(",) said...

cumel la sgt..cumel je..tp kuat gigit kaki cik yana..sakit woo..pnh rse??

Sitie BUm BUm said...

pertemuan mmg indah..tp perpisahan tu perit!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails