Setiap kali kita berkaca di hadapan cermin,apa yang kita fikirkan?akukah ini?Digilai dan menggila untuk digilai?atau kita menekup muka lalu melarikan diri dari cermin dan rasa tak sanggup lagi untuk berkaca?
Sambutan tahun baru sudahpun masuk hari yang ketiga..Ermm..sedang2 berkaca di hadapan cermin, ada yang perhatikan,ada tak kasut yang tertinggal semasa menyambut malam tahun baru?Kenapa kasut?sebabnya adalah....
Balik dari kampus, saya terus memotong rambut.Padahal bukan panjang pun tapi cuma ingin kelihatan smart sahaja.Dah siap, saya terus menghadap cermin..rambut semakin sikit...
Sedang asyik menghadap cermin, saya terfikir..mengapa saya bercermin sehingga saya leka membelek setiap inci muka..
Apabila cermin menghadap cermin, yang terbias adalah biasan lebih kuat.Wajah kita menghadap cermin, yang terhasil adalah wajah kita sebenar. Di hadapan cermin kita akan temui bayangan kita sendiri.Rupanya bayangan itu adalah kemampuan diri kita sebenar, yang sebenarnya amat kuat dan luar biasa sekali;ketakterbatasan yang memberi kekuatan untuk menembus batas rintangan diri, yang sebenarnya dibiaskan oleh diri kita sendiri.
Cermin diri kita dengan diri kita sendiri.Singkirkan cermin2 diri orang lain.Di sana hanya terdapat kekurangan dan kelemahan kita yang akan memupuk ketidakpuasan.Dan ini akan menjerumuskan kita dalam jurang kekecewaan.
Apabila kita mula kecewa dengan diri kita sendiri, kita telah meletakkan cermin yang salah dan keunikan2 yang tersembunyi itu akan lebih sukar ditemukan.Kita adalah diri kita sendiri.
Sebab itu kita kena berkaca dengan cermin diri, jangan berkaca dengan wajah orang, kelak kita temukan kekuatan, sebab kekuatan itu duduknya di hati,sedangkan berkaca di wajah orang, hati kita akan dibuai iri.
"Don't measure yourself by what you've accomplished,but rather by what you should have accomplished with your abilities."
notakakikumalu :
Kekuatan diri terletak pada dalaman diri sendiri.
16 comments:
kalau saya keluar, saya takkan pandang cermin (sbb muka x lawa pon)
saya tak pernah memikirkan apa2 ketika becermin... tgk cermin mungkin sekadar nak pastikan rambut disikat dgn cara betul, baju seluar dlm kedudukan kemas...
bercermin utk menilai diri... pada saya sesekali kita perlu menjadikan org lain ebagai cerminan... utk dibuat pedoman... pilihlah org2 berjaya. jadikan dia sebagai cermin. sebagai petunjuk. bila dah ada petunjuk, bolehlah kita betulkan mana2 yg senget atau membersihkan habuk2 di pipi...
ya! kekuatan kita pada diri kita... tetapi melihat kekuatan org lain juga perlu untuk kita menambahkan lagi kekuatan yg telah kita sedia ada...
btul ko ckp tu
Aie..
Sahabat sejati boleh jadi cermin kepada diri kita tapi untuk mencari sahabat sejati itu yang payah..
ya btuullll!!!! tiada yg btul slain yg betul sebetul2nya...
Salam dik Aie cayang...
Apa khabar hari ni? Dah makan tengah hari ke belum?
Akak suka dengan tulisan-tulisan Aie di blog ini. Tahniah, Aie! Aie seorang penulis yang baik ;-)
Tentang entri ini, memang ada benarnya. Tetapi dik, kita juga memerlukan orang lain sebagai cermin buat diri kita. Sebabnya, apabila bercermin, kita hanya nampak bahagian hadapan kita. Yang di belakang, tidak dapat dilihat oleh kita. Kalaupun melihat bahagian belakang dengan menggunakan dua buah cermin, ada sudut yang masih tidak mampu untuk kita lihat.
Walaupun menggunakan orang lain sebagai cermin, jangan rasa tergugat apabila mereka membicarakan yang negatif tentang diri kita. Sebaliknya, gunakan 'kata-kata' mereka tentang kelemahan kita itu sebagai point untuk memantapkan diri.
Jika mereka mengatakan yang positif, gunakannya juga untuk menyerlahkan lagi sinar yang ada dalam diri.
Paling penting, yakin dengan abiliti diri.
assalamualaikum aie..
nice blog..hebat btol kata2 aie ni hehhee
tapi akak suka tengok cermin..dengan cermin akak dapat cakap ngan diri akak sendiri..i can speak with my eyes, nose, mouth..hehhe semua daaa..buat akak lebih confident..
:-)
bagus entri ni. setiap insan memang ada kelebihan masing2
i lap cermin...ekkekekek
aku pantang bila tengok cermin.
ngelamun aku akan panjang bila aku lihat wajah aku sendiri.
malu le nak tgok cermin~~ takot tak seindah apa yang difikirkan!!:P
epi new year
belilah cermin yang kecik..baru kita akan rasa diri kita besar...hehehehee
salam...
suma masing2 ada pndgn. hehhe ochie bila dah bercermin.. mcm nak pecah jak cermin tu ochie kerjakan sbab duk lama sgt hadap nak hiasi diri.. hahahha...
apapun.. bila hadap cermin.. kita rasa kebesarnNYA.. indah snguh ciptaaNYA.. so. hargai diri tu sebaiknya.. hehe jgn sia2 kan..
hehe. bg ak. cermin tu reflective kepada empunya diri. ape yg kita da wt mse past, cermin papar siapa kita hari ni. blax3
haku akan berada di depan cermin dalam 15 - 30 saat jer sehari.,huhu
sbb haku naik moto kena pakai helmet.,nak sikat rambut lame2 pun x gune beb.,
Post a Comment